Balik dari Banting, tak pulang dengan tangan kosong. Anak buah bagi tempe daun yang dibuat sendiri menggunakan kacang soya non-gmo. Saya pernah ceritakan sebelum ni dalam entry tempe organik.

Masa saya sampai di Banting tu, dia tengah membungkus tempe. Jadi, bawa balik tu kenalah peramkan selama 2 hari barulah menjadi tempe. Saya letakkan di atas meja makan je. Tapi kelihatan kering sikit daunnya. Mungkin sebab panas.

Tempe Daun by Tempeten

Walaupun begitu, hasilnya tetap masih elok, gebu gebas kejadiannya. Bau tempe yang wangi dengan kacang soya non-gmo ni. Tak ada bau pelik. Nak makan terus pun boleh. Makanan prebitiotik yang bagus untuk penghadaman dan sumber protein yang sihat.

Tempe Daun by Tempeten

Cantik kejadian tempenya pun. Dibungkus dengan rapi menggunakan daun lebak. Susah nak jumpa tempe daun sekarang ni kan. Tempe daun jugalah yang sedap berbanding tempe yang dibungkus menggunakan plastik.

Tempe Daun by Tempeten

Anak buah saya pergi kelas belajar buat tempe dan dapatlah sambil-sambil tu menjual tempe. Kalau nak order contact je nombor di bawah ni. Harga berbaloi dengan rasa dan saiznya. Boleh order sehari dua awal untuk dapatkan tempe yang segar dan padat.

Tempe Daun by Tempeten

Boleh dapatkan di sekitar Banting, Sri Kembangan, Serdang dan Putrajaya.