Balik dari Pekan Sehari Temerloh, terus sarapan. Meriah sarapan kami makan nasi lemak, nasi dagang, kuih pena, kuih badak berkubang, kuih kole kacang dan kacang kuda. Ingatkan nak lelap lepas tu. Nak tidur rasa bersalah pula kan baru lepas makan.
Yelah malam tadi tak dapat tidur yang cukup gara-gara bunyi motor mat rempit yang kuat tu. Tidur dalam kereta je lah dalam perjalanan balik nanti. Lepas sarapan berehat kejap dan mengemas barang. Lebih kurang hampir jam 12 tengah hari tu baru check-out.
Sepanjang di Temerloh ni tak rancang nak kemana-mana sangat. Apa yang menarik di Temerloh ni selain Pekan Sehari Temerloh tu? Cer kabo. Boleh juga masuk list. Kotlah nanti-nanti akan ke Temerloh lagi.

Cantik rupa paras luar kedainya. Boleh bergambar tanda hadir makan di sini. Tapi kami tak bergambarlah kat situ. Terus masuk ke dalam je. Masuk-masuk je nampaklah banyak hidangan lauk-pauk atas meja. Tak ambil gambar satu-satu lauk.

Memang banyak pilihan lauk-pauknya tapi ini je yang saya ambil. Nasi 2 senduk, ulam raja, ulam penggaga, kentang berlada dan juga sambal belacan. Kemain besar lagi daun ulam penggaga dia. Tak banyak ulam yang ada, kita ni pula pencinta ulam.

Ini je yang saya selera makan. Nak makan siput sedut tak ada pula. Kecewa sungguh lah. Takpelah, belum rezeki saya lagi kan. I is pasrah...
Tak Pahang lah kalau tak kena patin tempoyak. Encik Suami jenis suka makan berkuah. Baru surrr katanya. Ambil semangkuk patin tempoyak bahagian isi. Pekerja kedai tanya nak bahagian mana dan dia cedokkan. Range harga RM19-RM25 macam tu. ke RM21 entah. Lupa!
Ambil bahagian isi baru puas makan. Saya ambil isi dan kuah sikit. Saya bukan penggemar ikan patin, jadi ambil sikit buat rasa-rasa. Sebenarnya tak makan ikan patin.

Encik suami kata kuahnya agak masam sikit. Lebih suka patin tempoyak di Selera Patin Bangau Temerloh, Kancil pun kurang katanya. Kalau sesetengah tempat panggil lauk ni asam tempoyak, memang masak sikit. Lain tempat lain masakan dia. Selera masing-masing pun berbeza.
Yelah malam tadi tak dapat tidur yang cukup gara-gara bunyi motor mat rempit yang kuat tu. Tidur dalam kereta je lah dalam perjalanan balik nanti. Lepas sarapan berehat kejap dan mengemas barang. Lebih kurang hampir jam 12 tengah hari tu baru check-out.
![]() |
| shades of green + blacky |
Sepanjang di Temerloh ni tak rancang nak kemana-mana sangat. Apa yang menarik di Temerloh ni selain Pekan Sehari Temerloh tu? Cer kabo. Boleh juga masuk list. Kotlah nanti-nanti akan ke Temerloh lagi.
Sebelum balik tu ingatkan nak makan tengah hari di Shah Patin Tempoyak pengaruh rakan blogger Kak SK dan Na. Tapi tak jadi sebabnya malas nak naik ke atas lagi. Teringin makan siput sedut sebenarnya. Dah berbulan teringin makan siput sedut.
Nak masak sendiri ikut selera sendiri tapi siput sedutnya tak jumpa pula. Kawan Encik Suami orang Bera cadangkan makan di Angah Maju Selera Patin Tebing Sungai yang memang kami lalu situ dalam perjalanan balik.
Elok sangatlah tu, senang nak singgah tak perlulah nak patah balik gitu. Kedai pun tepi jalan je, perasan masa nak pergi Temerloh haritu.

Cantik rupa paras luar kedainya. Boleh bergambar tanda hadir makan di sini. Tapi kami tak bergambarlah kat situ. Terus masuk ke dalam je. Masuk-masuk je nampaklah banyak hidangan lauk-pauk atas meja. Tak ambil gambar satu-satu lauk.

Memang banyak pilihan lauk-pauknya tapi ini je yang saya ambil. Nasi 2 senduk, ulam raja, ulam penggaga, kentang berlada dan juga sambal belacan. Kemain besar lagi daun ulam penggaga dia. Tak banyak ulam yang ada, kita ni pula pencinta ulam.
Ambil sikit je sambal belacan takut pedas. Saya suka makan lauk-lauk kering je, bukan jenis berkuah banjir tu kecuali kuah masak lemak cili api tapi tak banjir sangatlah.

Ini je yang saya selera makan. Nak makan siput sedut tak ada pula. Kecewa sungguh lah. Takpelah, belum rezeki saya lagi kan. I is pasrah...
Tak Pahang lah kalau tak kena patin tempoyak. Encik Suami jenis suka makan berkuah. Baru surrr katanya. Ambil semangkuk patin tempoyak bahagian isi. Pekerja kedai tanya nak bahagian mana dan dia cedokkan. Range harga RM19-RM25 macam tu. ke RM21 entah. Lupa!
Ambil bahagian isi baru puas makan. Saya ambil isi dan kuah sikit. Saya bukan penggemar ikan patin, jadi ambil sikit buat rasa-rasa. Sebenarnya tak makan ikan patin.
Tapi ikan baung makan pulak kan. Padahal sama je dua tu. Sebab tak biasa makan patin, biasa makan baung je dari kecil. Itu yang tak makan patin.

Kuah pekat dan sedap saya rasa sikit. Isi pun okay tak hanyir macam yang saya bayangkan. Sedap je ikan patin tempoyak kat sini.
Kami pesan air teh ais dan teh o ais. Kaw betul teh ais dia. Minum sikit je lepas tu minta penutup cawan tu dan bawa balik je. Boleh jadi bekal air sepanjang perjalanan. Tak membazir.

Encik suami ambil nasi sikit juga dengan ulam kacang bendi. Sebelum makan kita wefie dulu berlatarbelakangkan permandangan yang cantik makan di tebing sungai. Makan with view orang kata.

Alhamdulillah. habis licin kami makan semua. Ikan patin tu of course lah Encik Suami habiskan dia suka ikan patin selain ikan keli. Dua jenis ikan tu memang taklah saya masak, nak makan kena cari kat kedai lah. hihihi...

Mujurlah saya bawa kipas ni, pedas dan berpeluh makan sambal belacan. Pedas lain macam! Tu ada sikit sambal belacan tak habis. Tak mampu nak habiskan.

Banyak ruang makan yang menarik di kedai ni. Pilihlah nak duduk dimana yang selesa. Kat depan batang pokok ni pun boleh ha.

Alhamdulillah semuanya sedap dan licin pinggan tinggal tulang dan batang penggaga dan baki sambal belacan sikit. Tambah berselera makan di tebing sungai ni. Dapat menikmati permandangan sungai depan mata.

Banyak ruang makan yang menarik di kedai ni. Pilihlah nak duduk dimana yang selesa. Kat depan batang pokok ni pun boleh ha.
Total kami makan semuanya RM34. Mahal ke murah? Pada saya okay je harga tu dengan rasa dan suasana di sini.

Selain hidangan lauk pauk, ada juga mee celup, maggie telur sotong, ikan bakar, ikan pais seperti dalam banner. Tapi tak ada pula asap bakar-bakar tu. Tak perasan pula mana letaknya ikan bakar. Dah balik baru perasan banner ni.
Kalau datang Temerloh nak cari kedai makan ikan patin Temerloh tepi sungai, bolehlah makan di Angah Maju Selera Patin Tebing Sungai ni.
Misi mencari siput sedut perlu diteruskan lagi. Teringin siput sedut masak lemak cili api campur keladi. Sedapnya!

4 Comments
sedap tgk menu ikan patin tu..nk plak mkn view sungai nyaman
ReplyDeletePeminat patin mesti suka. Sambil makan sambil layan view tu yang syok lagi tu.
DeleteNasib baik ambil sedikit sahaja sambal belacan. Samalah akakpun kurang dengan patin masak tempoyak mungkin sebab jarang makan. Buat rasa je.
ReplyDeleteAlhamdulillah sedap licin makan tapikan tengok nasi di pinggan Aphizha dan suami sedikit sangat.
Itulah tu, nasib baik ambil sikit je. Buat rasa -rasa pun jadilah kan.
DeleteMemang kami makan nasi portion sikit je. Kat rumah pun masak nasi 1/2 cup je untuk makan berdua sekali makan/hidang.