Kedah vs Perak Live Streaming 7 Jun 2023 LS14

Perlawanan kedua minggu keempat belas Liga Super 2023 (LS14) menyaksikan perlawanan di antara Skuad Sang Kenari, Kedah FC melawan Skuad Sang Badak, Perak FC yang dijadualkan berlansung pada hari Rabu, 7 Jun 2023 pukul 9.00 malam.

Kedah FC akan melayani kunjungan pasukan lawan Perak FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar bagi merebut 3 mata berharga dalam saingan Liga Super 2023.

Pada perlawanan minggu ketiga belas, pasukan tuan rumah, Kedah FC menang tipis dengan 2 gol berbalas 1 menentang Sabah FC dan berjaya naik satu anak tangga menyamai kedudukan dengan pasukan Sri Pahang FC dengan 25 mata.

Pasukan pelawat Perak FC pula kekal dikedudukan ke 11 tanpa menambah sebarang mata akibat kekalahan bolos 3 gol di tempat sendiri menentang pasukan Terengganu FC.

Perlawanan tumpuan saingan Liga Super antara Kedah FC vs Perak FC sudah pastinya berlansung sengit dalam merebut 3 mata berharga pada malam ini. 


Pembelian tiket perlawanan Kedah FC vs Perak FC

Bagi peminat dan penyokong pasukan bola sepak Kedah FC dan Perak FC yang ingin menyaksikan perlawanan Kedah FC vs Perak FC Liga Super 2023 LS14 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, boleh mendapatkan tiket secara online melalui laman rasmi www.tickethotline.com.my.

Jualan tiket secara fizikal di Kaunter F & Kaunter B, Stadium Darul Aman
Rabu, 7 Jun 2023 : 10.00 pagi - 9.00 malam (Rehat : 1.00 petang - 2.30 petang)

Harga jualan tiket
Terbuka : RM15
Pavilion : RM25
Grandstand : RM35

*Kanak-Kanak (12 tahun dan kebawah wajib bertiket):
Terbuka & Pavilion : RM10 
Grandstand (Terhad 200 tiket) : RM20 

Siaran Langsung/ Live Streaming Kedah FC vs Perak FC Liga Super 7 Jun 2023 LS14

Peminat bolasepak di rumah boleh menyaksikan Siaran Lansung Liga Super 2023 Kedah FC vs Perak FC secara lansung menerusi saluran 803 astro Arena Bola atau astroGO dan platform penstriman Sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel seawal jam 08:30 malam bermula dengan siaran pra perlawanan.

Boleh juga langgan Perlawanan Siaran Lansung Kedah FC vs Perak FC Live Streaming LS14 2023 di platform penstriman Sooka dengan melanggan pas 1 perlawanan dengan berharga RM7.90. 

Kedah vs Perak Live Streaming 7 Jun 2023 LS14


Live Kedah FC vs Perak FC (LS14)

Waktu siaran : Rabu, 7 Jun 2023, pukul 9.00 malam
Tempat : Stadium Darul Aman, Alor Setar
Siaran TV/ Platform penstriman  : astro Arena Bola (CH803), astroGo dan Sooka

Keputusan masa penuh perlawanan Kedah FC vs Perak FC Liga Super 2023 (LS14)

FT : KEDAH FC (3) - (0) PERAK FC
Amirbek Juraboev 26' 54'
 Willian Lira 67'

2 comments:

  1. x sangka kedah mng semalam sbb sblm ni kan prestasi hijau kuning mcm yo yo

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.