Gadgets

Kelantan vs JDT Live Streaming 14 Julai 2023 LS17

Perlawanan antara Kelantan FC bertemu pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim, JDT merupakan perlawanan tumpuan di minggu ketujuh belas Liga Super 2023 (LS17). Perlawanan antara Kelantan FC vs JDT akan berlansung pada hari Jumaat, 14 Julai, jam 9.00 malam.

Skuad Harimau Selatan kali ini akan berkunjung ke Stadium Sultan Muhammad Ke-IV bagi membawa pulang 3 mata penting bagi mengekalkan kedudukan di tangga teratas Liga Super 2023.

Seterusnya dapat mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini dengan hanya bolos 3 gol. 16 minggu perlawanan, 16 kali JDT Juara. Itulah pasukan JDT yang masih gah di persada Liga Super 2023.

Saingan Perlawanan Kelantan FC vs JDT akan berlansung sengit dimana pasukan teratas liga akan berlawan dengan pasukan tercorot. 

Semasa perlawanan LS16, Kelantan FC beraksi dengan baik dan memberi saingan sengit kepada pasukan lawan Penang FC yang menang tipis dengan 4 gol berbalas 3 gol.

Pasukan Kelab Bolasepak JDT pula hanya berjaya meledak 2 gol hasil tandukan Feroz Baharudin pada minit ke 21 dan sepakan percuma dari Leandro Velázquez pada minit ke-44 ketika menentang Skuad Jang, Negeri Sembilan FC pada LS16.

baca juga
keputusan Penang FC vs Kelantan FC LS16
keputusan JDT vs Negeri Sembilan FC LS16

Pembelian tiket perlawanan Kelantan FC vs JDT

Dapatkan tiket  perlawanan antara pasukan Kelantan FC vs JDT Liga Super 2023 (LS17) pada hari Jumaat, 14 Julai 2023 yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV menerusi laman rasmi ticket.tickethotline.com.my

Kelantan vs JDT Live Streaming 14 Julai 2023 LS17

Siaran Langsung dan Live Streaming Kelantan FC vs JDT Liga Super 14 Julai 2023 LS17

Penonton di rumah boleh menyaksikan Siaran Lansung Liga Super 2023 Kelantan FC vs JDT secara lansung menerusi saluran 803 Astro Arena Bola dan Astro Go.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, boleh tonton secara online menerusi platform penstriman Sooka seawal jam 8.30 malam bermula dengan siaran pra perlawanan. Untuk menonton perlawanan LS17 yang lain, boleh melanggan pas 1 perlawanan berharga RM7.90 di platform penstriman Sooka.

Live Kelantan FC vs JDT (LS17)

Waktu siaran : Jumaat, 14 Julai 2023, jam 9.00 malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Siaran TV/ Platform penstriman : Astro Arena Bola (CH803), Astro GO dan Sooka

Keputusan masa penuh perlawanan Kelantan FC vs JDT Liga Super 2023 (LS17)

FT : KELANTAN FC/KEL (0) - (5) JDT/ JOHOR DARUL TA'ZIM
Fernando Forestieri 9' 60'
 Óscar Arribas 22'
 Bergson da Silva 64'
 Akhyar Rashid 77'

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.