Terengganu vs Kedah Live Streaming 3 Julai 2023 LS15

Perlawanan seterusnya melibatkan Skuad Sang Penyu, Terengganu FC bertemu Skuad Sang Kenari, Kedah FC yang dijadualkan berlansung pada hari Isnin, 3 Julai 2023, jam 9.00 malam di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu.

Perlawanan Terengganu FC vs Kedah FC merupakan perlawanan ke-104 minggu kelima belas dalam aksi Liga Super 2023.

Berdasarkan rekod terkini carta Liga Super 2023, pasukan Terengganu berada di kedudukan ke-8 dengan 20 mata. Manakala pasukan Kedah FC berada di kedudukan ke-4 dengan 28 mata.

Pada aksi LS14, Terengganu FC terpaksa akur dengan kekalahan 1 gol berbalas 3 gol menentang JDT. Kedah FC beraksi cemerlang dengan kemenangan besar 3 gol berbalas 0 menentang Perak FC.


Pembelian tiket perlawanan Terengganu FC vs Kedah FC

Penyokong yang ingin menyaksikan perlawanan Terengganu FC vs Kedah FC Liga Super 2023 LS15 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), boleh mendapatkan tiket secara online menerusi laman web rasmi : www.tickethotline.com.my 

Harga tiket online
Dewasa : RM20.00 (caj diserap)
Kanak- kanak : RM10.00 (caj diserap)
Tarikh jualan ditutup : Isnin, 3 Julai 2023, jam 8.30 Malam atau tiket habis dijual

Pembelian tiket juga boleh dibuat melalui aplikasi Terengganu FC yang boleh dimuat turun melalui Appstore dan Play Store.

Jualan tiket fizikal
Tarikh : Isnin, 3 Julai 2023
Masa : 9.00 Pagi -9.30 Malam
Tempat : Kaunter A dan C Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
*Kaunter akan ditutup jika tiket habis dijual

Harga tiket fizikal
Kanak-Kanak (6-12 tahun) : RM10.00
Dewasa : RM20.00

Siaran Langsung/ Live Streaming Terengganu FC vs Kedah FC Liga Super 3 Julai 2023 LS15

Penonton di rumah boleh menyaksikan Siaran Lansung Terengganu FC vs Kedah FC Liga Super 2023 secara lansung menerusi saluran 803 astro Arena Bola atau Astro GO dan platform penstriman Sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel seawal jam 08:30 malam bermula dengan siaran pra perlawanan.

Juga boleh menonton perlawanan siaran lansung Terengganu FC vs Kedah FC live streaming LS15 2023 di platform penstriman Sooka dengan melanggan pas 1 perlawanan berharga RM7.90.

Terengganu vs Kedah Live Streaming 3 Julai 2023 LS15

Live Terengganu FC vs Kedah FC (LS15)

Waktu siaran : Isnin, 3 Julai 2023, jam 9.00 malam 
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Siaran TV/ Platform penstriman  : Astro Arena Bola (CH803), Astro GO dan Sooka

Keputusan masa penuh perlawanan Terengganu FC vs Kedah FC Liga Super 2023 (LS15)

FT : TERENGGANU FC (1) - (0) KEDAH FC
 Engku Nur Shakir 16'

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.