Gadgets

Siaran Lansung Penang vs Sabah Live Streaming 30 Julai 2023 LS18

Perlawanan terakhir minggu kelapan belas Liga Super 2023 menyaksikan pertembungan antara pasukan Penang FC menentang pasukan Sabah FC yang berlansung pada hari Ahad, 30 Julai 2023, jam 9:00 malam bertempat di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

Skuad harimau kumbang akan melayani kunjungan Skuad Sang Badak dalam aksi saingan LS18 bagi menambah 3 mata berharga.

Cabaran besar buat pasukan tuan rumah, Penang FC yang kini berada di tempat kesepuluh carta liga menentang pasukan pelawat, Sabah FC yang berada di tempat kelima carta. 

Dalam perlawanan LS17 yang lalu, Pasukan Penang terpaksa akur dengan kekalahan di tempat lawan, Selangor FC. Gawang gol Penang bolos 3 gol tanpa balasan sekaligus membenam harapan pasukan Penang pulang tanpa mata.

Manakala pasukan Sabah FC pula beraksi dengan cemerlang apabila berjaya mencetak 4 gol tanpa balasan di tempat sendiri ketika menentang Sri Pahang FC.

Saksikan aksi perlawanan kedua-dua pasukan pada perlawanan LS18 di Stadiuam Bandaraya Pulau Pinang atau secara lansung live di TV secara percuma atau live streaming di platform penstriman Sooka.

Penang FC vs Sabah FC (LS18)

Waktu siaran : Ahad, 30 Julai 2023, jam 9:00 malam
Tempat : Stadium Bandaraya Pulau Pinang
Siaran TV/ Platform penstriman : TV2, astro (CH102), MYTV (102) | Sukan RTM, MYTV (111), Sooka

Penang vs Sabah Live Streaming 30 Julai 2023 LS18

Tiket perlawanan Penang FC vs Sabah FC

Tiket untuk perlawanan Liga Super antara pasukan Penang FC dan Sabah FC yang berlansung pada hari Ahad, 30 Julai 2023, jam 9:00 malam di Stadium Bandaraya Pulau Pinang boleh didapati menerusi tickethotline.com.my.

Siaran Langsung dan Live Streaming Penang FC vs Sabah FC Liga Super 29 Julai 2023 LS18

Penonton di rumah boleh menonton Siaran Lansung Liga Super 2023 Penang FC vs Sabah FC dari Stadium Bandaraya Pulau Pinang secara lansung percuma menerusi saluran TV2 dan Sukan RTM.

Tonton secara online menerusi platform RTMKlik, aplikasi RTMKlik dan juga penstriman Sooka seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra perlawanan secara percuma.

Untuk menonton perlawanan LS18 berbayar yang lain, boleh tonton di platform penstriman Sooka dengan melanggan pas 1 perlawanan berharga RM7.90.

Keputusan masa penuh perlawanan Penang FC vs Sabah FC Liga Super 2023 (LS18)

FT : PENANG FC/ PEN (1) - (2) SABAH FC/ SAB
 Irfan Fazail 9'
 Ramon 45+2'
 Alif Ikmalrizal Anuar 76'

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.