Gadgets

Siaran langsung (LIVE) Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 (ABPBH 35)

Siaran langsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 (ABPBH 35) akan disiarkan secara langsung/ live streaming dari Panggung Sari, Istana Budaya menerusi saluran TV3 dan Strim Live HD di Tonton dan channel rasmi YouTube TV3 dan Berita Harian. Selain itu, turut disiarkan melalui aplikasi video TikTok.

Edisi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 (ABPBH 35) kali ini memberi fokus utama kepada golongan generasi Z dengan memberi pengiktirafan kepada anak muda dalam meningkatkan potensi diri serta berkongsi bakat dan nilai positif dalam menggapai kegemilangan selain turut tidak melupakan orang lama dalam industri sebagai senior dalam bidang seni kreatif.

Sebanyak 12 kategori utama dipertandingkan dan 7 kategori Ekstra! iaitu ketegori tambahakan diperkenalkan bagi membolehkan peminat dari generasi Z membuat pilihan siapakah yang lebih layak untuk dianugerahkan tujuh kategori popular bersifat semasa dan ‘trending’. 

Ini termasuk kandungan popular platform digital. Bagi memartabatkan kredibiliti acara anugerah yang sinonim dengan BH juga, pembaharuan dan evolusi telah dibuat dengan Pelantikan Lembaga Juri ABPBH 35.

Selain keputusan 12 kategori utama dan tujuh kategori sampingan, Ekstra! serta Bintang Paling Popular, malam kemuncak ABPBH 35 juga bakal menyaksikan dua bintang menerima trofi anugerah khas yang dibawakan khusus bagi edisi ke-35 acara anugerah berprestij ini.

Pengacara utama

Johan, Penyampai radio Hot FM akan bergandingan bersama pengacara popular, Ain Edruce sebagai hos utama pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 (ABPBH 35). Turut bersama, Erra Fazira. Manakala Fizi Ali dan Riena Diana sebagai hos karpet merah.

Siaran langsung (LIVE) Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 (ABPBH 35)

Antara barisan artis dan selebriti penyampai trofi adalah pelakon baharu seperti Meerqeen, Siti Hariesa dan Anna Jobling termasuk Puteri Sarah Liyana dan Raysha Rizrose.

Tidak ketinggalan, pelakon hebat seperti Beto Kusyairy dan primadona filem Melayu, Erra Fazira serta pengarah, penerbit dan pelakon, Erma Fatima dan Janna Nick. Turut memeriahkan acara adalah pengacara radio dan televisyen (TV) seperti Fara Fauzana dan AG serta Sherry Alhadad dan Che Puan Sarimah Ibrahim.

Barisan artis yang membuat persembahan turut membabitkan bintang yang layak bergelar lagenda, selain bakat baharu yang pantas mendaki tangga populariti.

Pentas ABPBH 35 bakal dihangatkan dengan persembahan Datuk Ramli Sarip, Datuk Yusni Hamid, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Amelina, Aizat Amdan, Aina Abdul, Sufian Suhaimi dan Baby Shima.

Selain itu, Roslan Madun, Haziq Rosebi, Luca Sickta, Kmy Kmo, Luqman Podolski, Aya Amiruddin dan Norreen serta kumpulan Mergasatwa turut memeriahkan acara. Sebagai elemen kejutan, peminat bakal disajikan satu lagi slot persembahan yang masih dirahsiakan.

Tema Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 (ABPBH 35)

Tema Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 (ABPBH) edisi ke-35 ialah Ekpresi Legasi Seni yang mana ianya membawa peminat seni tanah air untuk menelusuri evolusi industri kreatif bermula dari era kegemilangan Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Biduanita Negara, Allahyarham Puan Sri Saloma hingga bakat pelapis era digital.

Siaran langsung (LIVE) Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 (ABPBH 35)

Tonton Siaran Langsung (Live) Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 (ABPBH 35)

Siaran lansung (Live) Malam kemuncak ABPBH 35 akan disiarkan dari Panggung Sari, Istana Budaya di ibu negara, pada 21 Julai 2023, jam 9.00 malam di saluran TV3 dan Strim Live HD di Tonton dan channel rasmi YouTube TV3 yang diajaibkan oleh penaja utama, Fellera Skin.

SIARAN LANSUNG ABPBH 35
Waktu siaran : Jumaat, 21 Julai 2023, jam 9.00
Tempat : Panggung Sari, Istana Budaya
Siaran TV/ Platform penstriman : TV3, astro (CH103), Tonton, Xtra, YouTube TV3, TikTok TV3
Pengacara : Johan, Ain Edruce dan Erra Fazira

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 (ABPBH 35)

Anugerah Bintang Paling Popular : Bell Ngasri

Tahniah Bell Ngasri! Sepanjang career nya dalam bidang seni, ini merupakan anugerah ABP pertama beliau. Semoga karya seni Bell Ngasri akan terus menyinar dan diingati sampai bila bila! Tahniah Bell, anda selayaknya.

Anugerah Bintang Paling Popular 2023 ABPBH 35
sumber : TV3


BBNU Lelaki Popular : Amir Ahnaf
  1. Amir Ahnaf
  2. Danial Chuer
  3. Fadhli Masoot
  4. Meer Nash
  5. Mierul Aiman
Penyampai : Sherry Al-hadad, Merqeen & Siti Hariesa

BBNU Wanita Popular : Anna Jobling
  1. Anna Jobling
  2. Puteri Khareeza
  3. Qasrina Karim
  4. Siti Khadijah Halim
  5. Sophia Albarakbah
Penyampai : Sherry Al-hadad, Merqeen & Siti Hariesa

Tiktoker Popular : Sally Whoo
  1. Aaabias
  2. Aleeya Zailan
  3. Hafiz Mahamad
  4. Sally Whoo
  5. Ustaz Ahmad Yusof
Penyampai : Sherry Al-hadad, Merqeen & Siti Hariesa

Penyanyi Lelaki Popular : Khai Bahar
  1. Amir Masdi
  2. Hael Husaini
  3. Haqiem Rusli
  4. Khai Bahar
  5. Naqiu
Penyampai : Mas Idayu & Sissy Iman

Penyanyi Wanita Popular : Aina Abdul
  1. Aina Abdul
  2. Ernie Zakri
  3. Nabila Razali
  4. Siti Nordiana
  5. Wany Hasrita
Penyampai : Mas Idayu & Sissy Iman

Artis Kolaborasi / Duo/ Berkumpulan Popular : Dolla
  1. Dayang Nurfaizah & Amir Masdi
  2. Dolla
  3. Ernie Zakri & Syamel
  4. Nuha Bahrin & Naufal Azrin
  5. Siti Nordiana & Bunga Isme
Penyampai : Mas Idayu & Sissy Iman

Aktor Filem Popular : Beto Kusyairy
  1. Beto Kusyairy
  2. Datuk Adi Putra
  3. Fattah Amin
  4. Zizan Razak
  5. Zul Ariffin
Penyampai : Haiza, Anna Jobling & Raysha Senrose

Aktres Filem Popular : Sophia Albarakbah
  1. Ahirine Ahirudin
  2. Diana Danielle
  3. Janna Nick
  4. Maya Karin
  5. Sophia Albarakbah
Penyampai : Haiza, Anna Jobling & Raysha Senrose

Aktor TV Popular : Merqeen
  1. Aedy Ashraf
  2. Ben Amir
  3. Kamal Adli
  4. Meerqeen
  5. Redza Rosli
Penyampai : Che Puan Sarimah, Erma Fatima & Beto Kusyairy

Aktres TV Popular : Anna Jobling
  1. Anna Jobling
  2. Puteri Sarah Liyana
  3. Raysha Rizrose
  4. Sharifah Rose
  5. Siti Saleha
Penyampai : Che Puan Sarimah, Erma Fatima & Beto Kusyairy

Pengacara TV Popular : Elly Mazlein
  1. Alif Satar
  2. Elly Mazlein
  3. Hawa Rizwana
  4. Janna Nick
  5. Sherry Alhadad
Penyampai : Khairy Jamaluddin (KJ), Fara Fauzana & AG

Penyampai Radio Popular : Tyzo
  1. DJ Lin
  2. DJ Sonic
  3. Haiza
  4. Johan
  5. Tyzo
Penyampai : Puteri Sarah Liyana & Janna Nick

Artis Komedi Popular : Bell Ngasri
  1. Bell Ngasri
  2. Jaa Suzuran
  3. Johan
  4. Syahmi Sazli
  5. Zizan Razak
Penyampai : Puteri Sarah Liyana & Janna Nick

Couple TV Popular : Meerqeen & Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus)
  1. Aedy Ashraf & Amelia Henderson (Kisah Cinta Kita)
  2. Aniq Suhair & Siti Khadijah Halim (Sekali Lagi Cinta Kembali)
  3. Kamal Adli & Uqasha Senrose (Setelah Terlafaznya Akad 2)
  4. Meerqeen & Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus)
  5. Redza Rosli & Raysha Rizrose (Bisik-Bisik Gelora)

Couple Filem Popular : Datuk Aaron Aziz & Nadiya Nisaa (Dekatnya Cinta)
  1. Datuk Aaron Aziz & Nadiya Nisaa (Dekatnya Cinta)
  2. Farid Kamil & Ahirine Ahirudin (Rempit 2)
  3. Naqiu & Elizabeth Tan (Mat Bond Malaya)
  4. Zizan Razak & Elizabeth Tan (Abang Long Fadil 3)
  5. Zul Ariffin & Azira Shafinaz (Tablis Iblis)

Drama Popular : Melur Untuk Firdaus (A-Ten Alliance)
  1. Bisik-Bisik Gelora
  2. Kisah Cinta Kita
  3. Melur Untuk Firdaus
  4. Rindu Awak Separuh Nyawa 2
  5. Sekali Lagi Cinta Kembali

Lagu Paling Boom Popular : Terus Hidup (Aina Abdul)
  1. Casablanca (Nuha Bahrin & Naufal)
  2. Cinta Sejati (Aiman Sidek & Alin Sidek)
  3. Gatal (Janna Nick)
  4. Mimpi (Haqiem Rusli)
  5. Terus Hidup (Aina Abdul)

Content Creator Popular : Alieff Irfan
  1. Alieff Irfan
  2. Arieff Yong
  3. DD Chronicle
  4. Qawiyaro
  5. Sofyank

Lawak Viral Popular : Syahmi Sazli, Hasif & Yoe Parey
  1. Airiena Yahaya
  2. Aldariya Dareesa
  3. Ryan Bakery
  4. Satthiya Kandi
  5. Syahmi Sazli, Hasif & Yoe Parey
Anugerah Ekpresi Legasi Seni ABPBH 35 : Yunalis Zarai
Anugerah Khas Ekpresi Legasi Seni ABPBH 35 : Tan Sri Michelle Yeoh

2 comments:

  1. Saya undi Bell Ngasri!!! Hihihi... Beto pun..Ernie&Syamel.. Kamal Adli pun! Hoho..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.