Gadgets

Logo Burung Biru Twitter Kini Bertukar Kepada Logo X

Pada 24 Julai 2023, pemilik Syarikat milik bilionair Elon Musk telah melancarkan logo baharu yang memaparkan imej 'X' berlatarbelakangkan warna hitam menggantikan logo twitter burung biru. Maknanya logo burung biru kini bertukar menjadi logo 'X'. Tiada lagi ciapan si burung biru.

Logo Burung Biru Twitter Kini Bertukar Kepada Logo X
sumber : Artortoise

Elon Musk secara rasmi menukar logo burung biru kepada "X" sebagai sebahagian proses menjenamakan semula platform tersebut secara menyeluruh serta mencapai visinya untuk mengubah Twitter menjadi pusat audio, video, mesej juga perbankan.

Penggunaan "X" tidak asing dalam beberapa rangkaian perniagaan Elon Musk seperti Space X. Menurut Musk, selepas ini tweet akan dipanggil "x's" manakala panggilan untuk retweet sedang difikirkan.

Halaman media sosial tersebut masih telah memaparkan logo baharu syarikat berkenaan tapi URL masih memaparkan pautan twitter.com. Fungsi ‘Tweet’ juga masih kelihatan. Mungkin akan diubah secara berperingkat agaknya lah.

Musk dan Ketua Pegawai Eksekutif baharu Twitter, Linda Yaccarino mengumumkan rancangan penjenamaan semula platform media sosial itu semalam dengan berkata bahawa syarikat berkenaan akan dikenali sebagai X.

Musk turut mengubah gambar profilnya lewat semalam kepada logo baharu syarikat yang disifatkan bilionair itu sebagai ‘dekorasi seni minimalis’.

Beliau juga telah menamakan syarikat induk Twitter sebagai X Corporation serta menambah, pengambilalihan gergasi media sosial itu merupakan langkah pantas bagi mewujudkan X, iaitu aplikasi yang mempunyai segalanya.

Diasaskan pada 2006, Twitter mengambil nama daripada bunyi burung mencicip dan sejak itu, ia menggunakan jenama tersebut. – AFP

Sumber : TechNave | kosmo

Evolusi Logo Twitter

Evolusi Logo Twitter

Suka logo Twitter 2012 dan 2010. Kira dah minimalist dah tu. Tapi kalau lawan dengan X, X lah lagi minimalist. Itu memang tak disangkal lagi.

8 comments:

  1. Alamak tweet jdi x's dah macam Ex bekas kekasih...trauma nk guna twitter...kikiki

    ReplyDelete
  2. ehh lama dh tak ada account tweet last2 tukar logo pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah bertukar baru dah Nina. Bolehlah tu create X pulak, alang-alang.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.