Gadgets

Senarai koleksi Ucapan Maal Hijrah, Awal Muharam Tahun 1445 Hijrah (2023 Masihi)

Salam Maal Hijrah 1445H/2023M. Sambutan tahun baru Islam, Maal Hijrah atau Awal Muharram tahun ni jatuh pada hari Rabu, 19 Julai 2023 yang juga merupakan cuti umum seluruh Malaysia. Selamat bercuti buat semua.

Tema dan Sambutan Awal Muharam, Maal Hijrah 1445 Hijrah/ 2023 Masihi di Malaysia

Tema sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun 1445H/2023M adalah “Perpaduan Dagangan Dunia Kuala Lumpur”.

Sambutan akan diadakan pada 19 Julai 2023 jam 7.00 pagi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Siaran langsung akan bermula pada jam 7.00 pagi di RTM TV1 dan media sosial rasmi JAKIM

Senarai Koleksi Ucapan, pantun dan poster Salam Maal Hijrah (Salam Awal Muharam)

Sempena tahun baru Islam, 1 Muharam 14445H/2023, inilah peluang untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah 1445H kepada keluarga, sanak-saudara serta rakan di media sosial seperti facebook, instagram, Whatsapp, twitter dan di platform media sosial yang lain sebagai caption.

Tak ada idea untuk caption media sosial atau nak tulis apa dalam kad ucapan sempena Maal Hijrah ini, boleh rujuk senarai ucapan, pantun atau gunakan poster Maal Hijrah 2023 di bawah.

baca juga
lirik lagu Maal Hijrah
doa akhir tahun 1444H dan doa awal tahun 1445 H, Awal Muharam

Senarai koleksi Ucapan Maal Hijrah Awal Muharam Tahun 1445 Hijrah 2023 Masihi

Senarai ucapan Maal Hijrah

Hijrah itu pengorbanan iaitu mengorbankan kehendak hawa nafsu yang tidak bertepi.
Hijrah itu perjuangan iaitu mujahadah meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah SWT bukan mudah, namun tidak harus menyerah kalah dan lelah.
SALAM MAAL HIJRAH 1445H
Selamat tinggal tahun 1444 Hijrah, Selamat datang 1445 Hijrah. Semoga tahun Hijrah ini jauh lebih baik dari tahun sebelumnya. Salam Maal Hijrah 1445 Hijrah.
Salam Maal Hijrah 1445H
Semoga tahun baru ini dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada-Nya. Aamiin...
Awali bulan dan tahun baru yang baik dengan doa yang terbaik.
Selamat Tahun Baru 1 Muharram 1445 Hijrah.
Selamat Menyambut Tahun Baru 1445 Hijrah.
Semoga kita dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan di tahun baru ini.
Jiwa akan sepi tanpa teman, Hati akan mati tanpa iman, Hari ini adalah kenyataan, Semalam adalah kenangan, esok adalah impian, Jadi, sucikan hati, Jernihkan fikiran, Sambutlah Maal Hijrah Dengan Keazaman Baharu.
Salam Maal Hijrah 1445H
“Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”—Surah al-Nisa’ ayat 100
Detik demi detik, 
Hari demi hari,
Hingga bulan demi bulan telah mengusung banyak cerita,
Suka duka, menjadi warna nyata dalam hidup kita,
Tapi biarkan semua menjadi kenangan yang terpahat,
Kini tahun baru Islam telah mendatangi kita,
Tibanya kita kemperbaiki kegagalan menjadi kejayaan, meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
Kita buka lembar kisah baru dengan semangat dan keceriaan. 
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1445H.
Salam Awal Muharam 1445H
Saya doakan semua dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan keimanan, dikurniakan pemikiran dan pertimbangan yang terbaik, kesihatan yang baik, berjaya di dunia & akhirat dan sentiasa mendapat rahmat dari-Nya.
Aamiin Aamiin Ya Rabb Al Aalamiin...
Umat Islam melakar penghijrahan, Hijrah lambang perpaduan ummah, Bersatu hati membentuk perpaduan. SALAM MAAL HIJRAH 1445H
1 Muharram 1445H
Selamat Tahun Baru Hijrah
Hijrah daripada kebatilan kepada kebenaran
Hijrah daripada kegelapan kepada cahaya
Hijrah daripada penindasan kepada keadilan
Hijrah daripada perpecahan kepada kesatuan
Salam Ma’al Hijrah 1445H
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah keadaan mereka”—Surah al-Ra’d ayat 11
Harapan kita, semoga tahun baru hijrah ini kita akan memiliki visi baru, misi baru, hidup baru, penghijrahan baru yang akan lebih baik dari penghijrahan sebelumnya.
Salam Maal Hijrah 1445H
Selamat menyambut kedatangan tahun baru Hijrah 1445H
“Hijrah dituntut ke atas setiap umat Islam. Untuk berubah, setiap kita perlu melakukan hijrah.
Hijrah dan perubahan menuntut pengorbanan”
Kini tiba bulan Muharram 1445 Hijrah, Semoga dapat menyinari hidup kita dengan memperbaiki diri, meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Jadikan tahun baru ini lebih baik dari tahun lalu. Salam Maal Hijrah 1445H, Selamat Tahun Baru Islam.

 

Senarai pantun Maal Hijrah

Dari Mekah ke Kota Madinah,
Umat Islam melakar penghijrahan,
Hijrah lambang perpaduan ummah,
Bersatu hati membentuk perpaduan.
Awal Muharam menjelma lagi,
Mengatur azam di tahun baru,
Panjang umur murah rezeki,
Moga sihat ceria selalu.
Memburu rusa di dalam rimba,
Rehat sebentar di Pokok Sena,
Awal Muharam telah tiba,
Moga hijrah lebih bermakna.
Menjelma lagi tahun baru,
Penyatuan ummah jiwa dan raga
Muharram membuka lembaran baru
Tingkatkan amalan menuju Syurga.
Hijrah itu bukan pelarian,
Tetapi tuntutan dari tuhan,
Sama-sama tingkatkan amalan,
Agar hidup sentiasa aman.
Burung murai hinggap di dahan,
Mencari makan untuk bekalan,
Hayati Hijrah dengan kesungguhan,
Penuh dengan lambang pengorbanan.
Hijrah itu pengorbanan,
Hijrah itu perjuangan,
Hijrah itu persaudaraan,
Hijrah membentuk perpaduan.

Koleksi poster Maal Hijrah 1445H/2023M

Senarai koleksi Ucapan Maal Hijrah Awal Muharam Tahun 1445 Hijrah 2023 Masihi

Senarai koleksi Ucapan Maal Hijrah Awal Muharam Tahun 1445 Hijrah 2023 Masihi

Senarai koleksi Ucapan Maal Hijrah Awal Muharam Tahun 1445 Hijrah 2023 Masihi

Senarai koleksi Ucapan Maal Hijrah Awal Muharam Tahun 1445 Hijrah 2023 Masihi

Senarai koleksi Ucapan Maal Hijrah Awal Muharam Tahun 1445 Hijrah 2023 Masihi

Senarai koleksi Ucapan Maal Hijrah Awal Muharam Tahun 1445 Hijrah 2023 Masihi

Senarai koleksi Ucapan Maal Hijrah Awal Muharam Tahun 1445 Hijrah 2023 Masihi

Senarai koleksi Ucapan Maal Hijrah Awal Muharam Tahun 1445 Hijrah 2023 Masihi

Senarai koleksi Ucapan Maal Hijrah Awal Muharam Tahun 1445 Hijrah 2023 Masihi

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.