Gadgets

Siaran Lansung (LIVE) Keputusan JDT vs KL City Akhir Piala FA 2023

Perlawanan akhir Piala FA 2023 antara pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim, JDT menentang pasukan Kuala Lumpur, KL City merupakan aksi kemuncak Piala FA 2023 yang dinantikan oleh penyokong dan peminat bola sepak di seluruh Malaysia. 

Siaran Lansung (LIVE) Keputusan JDT vs KL City Akhir Piala FA 2023

Pertembungan sengit antara dua kelab bola sepak hebat iaitu JDT dan KL City FC yang layak mara ke pentas akhir Piala FA 2023 Malaysia akan bertanding bagi merebut gelaran Juara Piala FA 2023 Malaysia. Dikatakan tiket perlawanan akhir JDT vs KL City telah habis dijual.

Pada edisi Piala FA 2022, pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim telah dinobatkan sebagai Juara Piala FA 2023, manakala pasukan Terengganu FC sebagai Naib juara. Adakah kali ini pasukan JDT akan mengulangi gelaran itu? Saksikan perlawanan akhir Piala FA 2023!

JDT vs KL City Akhir (Final) Piala FA 2023

JDT vs KL City Akhir (Final) Piala FA 2023 dijadualkan akan berlansung pada hari Sabtu, 22 Julai 2023, jam 9.00 malam bertempat di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor. 

Penyokong dirumah boleh menyaksikan siaran lansung perlawanan JDT vs KL City secara percuma menerusi saluran TV Okey, Sukan RTM, Astro Arena (801 & 804) atau secara live streaming di platform penstriman RTMKlik, Astro Go dan Sooka.

JDT vs KL City Akhir Piala FA 2023

Siaran Lansung (Live Streaming) Akhir Piala FA 2023 JDT vs KL CITY FC dan Keputusan Masa Penuh

Waktu siaran : Sabtu, 22 Julai 2023, 8.30 malam
Tempat : Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor
Siaran TV/ Platform penstriman : Di TV OkeySukan RTM, atau strim di aplikasi RTMKlik dan Astro Arena (CH801 & 804), Astro GO atau strim di Sooka

FT : JDT/ JOHOR DARUL TA'ZIM (2) - (0) KLC/ KUALA LUMPUR CITY FC
Hong Wan 66'
 Leandro Velázquez 74'


Pentas Akhir Piala FA Malaysia 2023 merupakan perlawanan bola sepak di Malaysia bagi menentukan kelab manakah juara Piala FA Malaysia 2023. Ianya sebuah kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Akhir Piala FA 2023 adalah perlawanan akhir edisi ke-33 Piala FA Malaysia.

Juara Piala FA Malaysia 2023 secara automatiknya layak untuk bertanding dalam kejohanan AFC peringkat kumpulan musim 2024 – 2025 kelak.

Format perlawanan Piala FA Malaysia 2023

Kejohanan Piala FA mengikut tradisinya disertai oleh kelab dari Liga Super Malaysia, Liga Premier Malaysia, Liga M3 Malaysia dan Liga M4 Malaysia. Piala FA 2023 tahun ini menyaksikan penyertaan daripada 14 pasukan dari Liga Super dan 6 pasukan daripada Liga M3.

Senarai pasukan yang bertanding dalam Piala FA 2023 ialah :
Liga Super
  1. Johor Darul Ta’zim
  2. Kedah Darul Aman
  3. Kelantan
  4. Kelantan United
  5. Kuching City
  6. Kuala Lumpur City
  7. Negeri Sembilan
  8. Penang
  9. Perak
  10. PDRM
  11. Sabah
  12. Selangor
  13. Sri Pahang
  14. Terengganu
Liga M3
  1. Imegresen
  2. BRM Kuala Kangsar
  3. Manjung City
  4. Melaka
  5. PIB Shah Alam
  6. SAINS

Senarai Juara Piala FA dari tahun 1990 sehingga 2022

1990 - Perak
1991 - Selangor
1992 - Sarawak
1993 - Kuala Lumpur
1994 - Kuala Lumpur
1995 - Sabah
1996 - Kedah
1997 - Selangor
1998 - Johor
1999 - Kuala Lumpur
2000 - Terengganu
2001 - Selangor
2002 - Pulau Pinang
2003 - Negeri Sembilan
2004 - Perak
2005 - Selangor
2006 - Pahang
2007 - Kedah
2008 - Kedah
2009 - Selangor
2010 - Negeri Sembilan
2011 - Terengganu
2012 - Kelantan
2013 - Kelantan
2014 - Pahang
2015 - LionsxII
2016 - Johor Darul Ta'zim
2017 - Kedah
2018 - Pahang
2019 - Kedah
2022 - Johor Darul Ta'zim
2023 - Johor Darul Ta'zim

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.