Gadgets

Kelantan United vs PDRM Live Streaming 28 Julai 2023 LS18

Pertembungan seterusnya melibatkan pasukan Kelantan United vs PDRM yang dijadualkan berlansung pada hari Jumaat, 28 Julai 2023 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, Kelantan. Sepak mula pada jam 9:00 malam dan siaran pra perlawanan bermula seawal jam 8:30 malam.

Skuad Sang Kijang Hijau akan menerima kunjungan Sang Saka Biru bagi merebut 3 mata penuh. Misi dan cabaran yang cukup besar buat pasukan tuan rumah dimana 3 mata jadi incaran Sang Kijang Hijau beraksi di laman sendiri.

Pasukan tuan rumah, Kelantan United FC perlu menang bagi memperbaiki kedudukan dalam carta liga supaya tidak tersingkir dalam liga. MFL telah mengumumkan 2 pasukan tercorot Liga Super bakal tersingkir ke liga M3. 

PDRM pula sebuah pasukan yang hebat dalam saingan Liga Super 2023 kali ni. Sudah pasti perlawanan ini akan berlansung sengit. Walaubagaimanapun pada perlawanan LS17 yang lalu, pasukan PDRM FC terikat seri tanpa jaringan menentang pasukan Terengganu FC.

baca juga
keputusan Kedah FC vs Kelantan United FC LS17
keputusan PDRM vs Terengganu FC LS17

Kelantan United FC vs PDRM FC (LS18)

Waktu siaran : Jumaat, 28 Julai 2023, jam 8.30 malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, Kelantan
Siaran TV/ Platform penstriman : Astro Arena Bola 2 (CH804), Astro GO, Sooka

Kelantan United vs PDRM Live Streaming 28 Julai 2023 LS18

Tiket perlawanan Kelantan United vs PDRM FC

Tiket untuk perlawanan Liga Super antara pasukan Kelantan United FC dan PDRM FC yang berlansung pada hari Jumaat, 28 Julai 2023 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV boleh didapati menerusi tickethotline.com.my.

Siaran Langsung dan Live Streaming Kelantan United FC vs PDRM FC Liga Super 28 Julai 2023 LS18

Penonton di rumah boleh menyaksikan Siaran Lansung Liga Super 2023 Kelantan United FC vs PDRM FC dari Stadium Sultan Muhammad Ke-IV secara lansung di saluran 804 Arena Bola 2 dan Astro GO seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-perlawanan.

Boleh juga menonton perlawanan ini di platform penstriman Sooka dengan melanggan pas 1 perlawanan berharga RM7.90 untuk pilihan yang lebih fleksibel tonton online dimana sahaja berada.

Keputusan masa penuh perlawanan Kelantan United FC vs PDRM FC Liga Super 2023 (LS18)

FT : KELANTAN UNITED/ KLU (2) - (2) PDRM FC/ PDRM
 Mohamad Nabil Ahmad Lapti 47'
 Uche Agba 54'
 OJ Porteria 56'
 Sharvin Selvakumaran 70'

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.