Responsive Ad Slot

Slider

Doa Akhir Tahun 1444 Hijrah & Doa Awal Tahun 1445 Hijrah (2023 Masihi) Dalam Jawi & Rumi Serta Maksudnya

Bacaan doa akhir tahun Islam 1444H dan awal tahun 1445H dalam jawi dan rumi serta waktu baca doa akhir dan awal tahun Islam Hijrah 2023.
Tarikh 1 Muharam 1445H, Awal Muharam atau disebut juga Maal Hijrah jatuh pada hari Rabu bersamaan 19 Julai 2023 Masihi. Sambutan Awal Muharam merupakan tarikh cuti umum bagi seluruh rakyat Malaysia.

Awal Muharam, Maal Hijrah

1 Muharam, Awal Muharam adalah salah satu hari kebesaran dan peristiwa sejarah terpenting dalam Islam yang menandakan bermulanya tahun baru dalam kalendar (Takwim) Islam. Sambutan Awal Muharam disambut oleh seluruh umat Islam di serata dunia.

Tahun Hijrah adalah tahun Islam yang dipersetujui dan dipilih bermula pengiraannya dari tarikh perpindahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Konsep Hijrah difahami sebagai perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah. Dalam kehidupan zaman kini konsep hijrah perlu difahami dan dimanfaatkan sebaiknya.

Maal Hijrah merupakan kejayaan Hijrah Nabi Muhammad SAW bersama para sahabat baginda dari kota Mekah ke Kota Madinah berlandaskan sikap ikhlas dan sanggup berkorban. Dua sikap ini pasti membuahkan hasil dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan. Insha Allah...

Oleh itu, sambutan tahun baharu hijrah perlu mencapai matlamat sebenar, tepat dan selari dengan kehendak Islam. Sambutan tahun baharu Hijrah bukanlah seperti sambutan tahun baru Masihi yang dimeriahkan dengan percikan bunga api berwarna warni dengan dentuman di angkasa. 

Akan tetapi sambutan tahun baru Hijrah merupakan azam baharu kita bagi meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. 

Umat Islam perlu menghayati Maal Hijrah dengan kembali mematuhi tuntutan agama. Islam menghendaki umat Islam berhijrah mencari kebaikan dan kejayaan. Sambutan Maal Hijrah juga adalah satu peluang bagi umat Islam untuk bermuhasabah diri mencari kekuatan dan kelemahan diri. Apabila telah berhijrah, perlulah Istiqomah. 

baca juga
lirik lagu Maal Hijrah
senarai koleksi ucapan, pantun dan poster Maal Hijrah 1445H/2023M

Hukum membaca doa akhir tahun Islam 1444 Hijrah dan awal tahun 1445 Hijrah 

Peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW membuka lembaran baru ke arah penyebaran Islam yang lebih meluas. Perpindahan tersebut bukanlah semata-mata melarikan diri mahupun berputus asa.

Akan tetapi penghijrahan itu adalah satu bentuk usaha untuk merubah keadaan yang lebih baik, mengatur strategi yang lebih baik supaya dapat mengembangkan syiar Islam di seluruh dunia.

Hijrah itu dalam konsep kehidupan sekarang adalah mencari kehidupan yang lebih baik dan maju di masa akan datang. Hijrah seharusnya membawa perubahan yang lebih baik dan diredai Allah dimana hasilnya adalah kemenangan kita dalam mempertahankan akidah, agama, cara hidup dan nilai-nilai yang kita amalkan.

Hijrah juga memerlukan pengorbanan. Pengorbanan yang ikhlas akan memudahkan proses penghijrahan. Sebuah pengorbanan memerlukan semangat jihad dan keyakinan yang tinggi dalam diri.

Oleh itu, perubahan dan pengorbanan adalah suatu tuntutan hidup, iaitu berubah dari yang buruk kepada yang baik, dari yang baik kepada yang lebih baik. Begitulah penghijrahan yang dimaksudkan.

Sempena dengan sambutan Maal Hijrah atau Awal muharam, umat Islam digalakkan untuk membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Hukum membaca doa akhir tahun dan awal tahun adalah sunat.

Sempena dengan kedatangan Tahun Baru Islam 1445H bersamaan 1 Muharam 1445H ini, marilah sama-sama kita mengakhiri penghujung tahun dan memulakan awal tahun baru Islam dengan membaca doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah.

Doa Akhir Tahun 1444 Hijrah & Doa Awal Tahun 1445 Hijrah (2023 Masihi) Dalam Jawi & Rumi serta waktu bacaan doa

Waktu bacaan doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah
Doa Akhir Tahun Hijrah (1444H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zulhijjah 1444H bersamaan 18 Julai 2023 Masihi hari Selasa. Dibaca 3 kali sesudah waktu asar atau sebelum waktu Maghrib.

Doa Awal Tahun Hijrah (1445H) dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 1 Muharam 1445 Hijrah bersamaan 18 Julai 2023 Masih hari Selasa. Dibaca 3 kali sesudah waktu Maghrib.

Berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas waktu maghrib.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun 1444 Hijrah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
الحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ العَالَمِينَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّـدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ. اَللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِى هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَمْ نَتُبْ مِنْهُ، وَلَمْ تَرْضَهُ وَلَمْ تَنْسَهُ، وَحَلِمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جَرَاءَتِنَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ، فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لَنَا، وَمَا عَمِلْنَا مِمَّا تَرْضَاهُ، وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابَ، فَنَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ يَا كَرِيمُ يَا ذَاالجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ، أَنْ تَتَقَبَّـلَهُ مِنَّا وَلاَ تَقْطَعْ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيمُ. رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّى اللهُ وَسلَّمَ عَلَى سَيـِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ وَالحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ العَالَمِينَ.


Bacaan doa akhir tahun Hijrah dalam rumi

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, Wassolatu Wassalamu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajmain.
Allahumma Maa ‘Amilna Fii Hazihis-sanati Mimma Nahaitana ‘Anhu, Falam Natub Minhu Walam Tardohu Walam Nashasu.
Wahalumta ‘Alaina Ba’da Qudrotika, ‘Ala ‘Uquubatinaa, Wada’utana Ilat-taubati Minhu Ba’da JurAtina ‘Ala Maghsiyatika.
Fainnana Nastaghfiruka Faghfirlana, Wamaa ‘Amilna Fiihaa Mimma Tardohu Wawa ‘Adtana ‘Alaihit-tawwab, FanasAluka Allahumma Ya Karimu Ya Dzal Jalaali Wal Ikramm.
An Tataqobbalahu Minna Walaa Taqtogh RajaaAna Minka Ya Karim, Rabbanaa Aatina Fiddunya Hasanatan Wa Fil Aakhirati Hasanatan Waqina ‘Aazabannar.
Was Sollallahu ‘Ala Sayyidinaa Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajmain, Walhamdulillahi Rabbil ‘Alamin.

Maksudnya :
Ya Allah, apa-apa tegahan dan larangan-Mu yang kami lakukan sepanjang tahun ini dan kami belum bertaubat daripadanya sedangkan Engkau tidak lupa dan tidak meredhainya, Engkau juga telah berlemah-lembut kepada kami sedangkan Engkau berkuasa memaksa kami bertaubat daripada perbuatan maksiat yang sengaja kami lakukan, maka sesungguhnya kami memohon keampunan-Mu.
Apa-apa perbuatan kami sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dengan pemberian pahala yang Engkau janjikan, maka dengan kemuliaan dan kebesaran-Mu, kami memohon dan berharap menerimanya, dan janganlah Engkau hampakan harapan kami kepada-Mu.
Aamiin ya Rabbal ‘alamin...

DOA AWAL TAHUN HIJRAH

Doa Awal Tahun 1445 Hijrah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
الحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ العَالَمِينَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الأَنْـبِيَاءِ وَالمُرْسَلِينَ سَيِّـدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ. اَللَّهُمَّ أَنْتَ الأَبَدِيُّ القَدِيمُ الأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ العَظِيمِ وَجُودِكَ المُعَوَّلِ، وَهَذَا عَامٌ جَدِيدٌ قَدْ أَقْبَلَ عَلَيْنَا، نَسْئَـلُكَ العِصْمَةَ فِيهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ وَأَوْلِيَاءِهِ وَجُنُودِهِ، وَالعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اللأَمَّارَةِ بِالسُّوءِ، وَالاِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى. اَللَّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ الأَحْوَالِ حَوِّلْ حَالَنَا إِلَى أَحْسَنِ الأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيزُ يَا مُتَعَالٍ. رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّى اللهُ وَسلَّمَ عَلَى سَيـِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ وَالحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ العَالَمِينَ.


Bacaan doa awal tahun Hijrah dalam rumi

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, Wassolatu Wassalamu ‘Ala Asyrafil Anbiya'i Walmursalin Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajmain.
Allahumma Antal Abadiyyul Qadiimul Awwal, Wa ‘Ala Fadlikal ‘Azimi Wujuudikal Mu ‘Awwal
Wahazaa ‘Amun Jadiidun Qad Aqbala ‘Alaina, NasAlukal ‘Ismatafiihi Minassyaitaanir-rajim Wa Auliyaaihi Wajunuudihi Wal ‘Auna ‘Alaa Hazihin-Nafsil Ammarati Bissu’i Wal Isyta-rgholi Bima Yuqorribuna Ilaika Zulfa.
Allahumma Ya Muhawwila Ahawali Hawwil Halana I'la Ahsani Akwali Bilhaulika Wakuwwatika Ya Azizu Ya Mutaalin
Rabbanaa Aatinaa Fiddunyaa Hasanatan Wafil Akhiroti Hasanatan Waqinaa ‘Azaabannar.
Wasollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajmain, Walhamdulillahi Rabbil ‘Aalamin...

Maksudnya :
Ya Allah Yang Kekal Abadi, dengan limpah kurnia dan kemurahan-Mu pada tahun baharu yang menjelang tiba ini, kami memohon pemeliharaan dan perlindungan-Mu daripada syaitan yang direjam dan semua pengikut serta pembantu-pembantunya. Kami memohon pertolongan-Mu mengatasi nafsu yang sentiasa mendorong kepada kejahatan, dan bantulah kami melakukan segala perkara yang memungkinkan kami mendampingi-Mu.
Ya Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa mengubah segala keadaan, dengan kekuasaan-Mu Yang Maha Agung, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan.
Aamiin ya Rabbal ‘alamin...

DOA DIBACA DARI AWAL MUHARAM HINGGA HARI KESEPULUH MUHARAM

(Dibaca sebanyak 3 kali)
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ إِنَّكَ قَدِيمٌ وَهَذَا عَامٌ جَدِيدٌ قَدْ أَقْبَلَ وَسَنَةٌ جَدِيدَةٌ قَدْ أَقْبَلَتْ، نَسْئَـلُكَ مِنْ خَيْرِهَا وَنَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّهَا، وَنَسْتَـكْفِيهَا فَوَاتَهَا وَشُغْلَهَا فَارْزُقْنَا العِصْمَةَ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ. اَللَّهُمَّ إِنَّكَ سَلَّطْتَ عَلَيْنَا عَدُوًّا بَصِيرًا بِعُيُوبِنَا وَمُطَّلِعًا عَلَى عَوْرَاتِـنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِينَا وَمِنْ خَلْفِنَا وَعَنْ أَيْمَانِنَا وَشَمَائِلِنَا يَرَانَا هُوَ وَقِبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لاَ نَرَاهُمْ، اَللَّهُمَّ آيِسْهُ مِنَّا كَمَا آيَسْـتَهُ مِنْ رَحْمَتِكَ وَقَـنِّطْهُ مِنَّا كَمَا قَـنَّطْتَهُ مِنْ عَفْوِكَ وَبَاعِدْ بَيْـنَنَا وَبَيْـنَهُ كَمَا حُلْتَ بَيْـنَهُ وَبَيْنَ مَغْفِرَتِكَ، إِنَّكَ قَادِرٌ عَلَى ذَلِكَ وَأَنْتَ الفَعَّـالُ لِمَا تُرِيدُ. وَصَلَّى اللهُ تَعَالَى عَلَى سَيـِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلَّمَ.



DOA  ASYURA’ DIBACA PADA HARI KESEPULUH MUHARAM

Pertama (Dibaca sebanyak 70 kali)
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الوَكِيلُ نِعْمَ المَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيرُ


kedua (Dibaca sebanyak 7 kali)
سُبْحَانَ اللهِ مِلْءَ المِيزَانِ وَمُنْتَهَى العِلْمِ وَمَبْلَغَ الرِّضَا وَزِنَةَ العَرْشِ لاَ مَلْجَأَ وَلاَ مَنْجَا مِنَ اللهِ إِلاَّ إِلَيْهِ. سُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ الشَّفْعِ وَالوِتْرِ وَعَدَدَ كَلِمَاتِ اللهِ التَّآمَّاتِ كُلِّهَا أَسْئَلُكَ السَّلاَمَةَ كُلَّهَا بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيمِ، وَهُوَ حَسْبِى وَنِعْمَ الوَكِيلُ نِعْمَ المَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيرُ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيـِّدِنَا مُحَمَّدٍ كُلَّمَا ذَكَرَهُ الذَّاكِرُونَ وَغَفَلَ عَنْ ذِكْرِهِ الغَافِلُونَ

Ketiga
اَللَّهُمَّ يَا مُفَرِّجَ كُلِّ كَرْبٍ وَيَا مُخْرِجَ ذِي النُّونِ يَوْمَ العَاشُورَآءَ وَيَا جَامِعَ شَمْلِ يَعْـقُوبَ يَوْمَ العَاشُورَآءَ وَيَا غَافِرَ ذَنْبِ دَاوُودَ يَوْمَ العَاشُورَآءَ وَيَا كَاشِفَ ضُرِّ أَيُّوبَ يَوْمَ العَاشُورَآءَ وَيَا سَامِعَ دَعْوَةِ مُوسَى وَهَارُونَ يَوْمَ العَاشُورَآءَ وَيَا خَالِقَ رُوحِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَبِيبِهِ وَمُصْطَفَاهُ يَوْمَ العَاشُورَآءَ وَيَا رَحْمَـٰنَ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ لاَ اِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ اِقْضِ حَاجَتِي فِى الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَأَطِلْ عُمْرِي فِى طَاعَتِكَ وَمَحَبَّتِكَ وَرِضَاكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ وَصَلَّى اللهُ تَعَالَى عَلَى سَيـِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلَّمَ

Amalan bulan Muharam

Amalan yang boleh kita dilakukan di bulan Muharam adalah dengan melaksanakan puasa sunat. Rasulullah SAW berkata, bulan yang paling baik untuk berpuasa selepas Ramadan ialah puasa pada Muharam. Anjuran berpuasa sunat pada 9, 10 dan 11 Muharam mengikut mazhab Syafie.

Dalam kita bersemangat untuk berpuasa sunat pada Hari ‘Asyura, kita juga sering diingatkan untuk turut berpuasa pada Hari Tasyu’a iaitu hari sebelum (9 Muharam) atau hari selepasnya (11 Muharam).

Tarikh puasa sunat bulan Muharam 1445H

Puasa awal tahun Hijrah : Rabu, 1 Muharam 1445H/ 19 Julai 2023
Puasa Tasyu'a : Khamis, 9 Muharam 1445H/ 27 Julai 2023
Puasa Hari Asyura' : Jumaat, 10 Muharam 1445H/ 28 Julai 2023

Menurut perkongsian dari Mufti Wilayah Persekutuan, amalan berpuasa pada hari sebelum atau selepas 10 Muharam adalah bertujuan bagi menyelisihi amalan penganut agama Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharam sahaja.

Tema dan Sambutan Awal Muharam, Maal Hijrah 1445 Hijrah/ 2023 Masihi di Malaysia

Tema sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun 1445H/2023M adalah “Perpaduan Dagangan Dunia Kuala Lumpur”.

Sambutan akan diadakan pada 19 Julai 2023 jam 7.00 pagi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Siaran langsung akan bermula pada jam 7.00 pagi di RTM TV1 dan media sosial rasmi JAKIM

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat tahun baru Hijrah. Semoga tahun Hijrah yang baru bermula akan membawa sinar kejayaan lebih baik kepada seluruh umat Islam. Semoga tahun baru lebih baik buat kita semua. Begitu juga dengan keimanan dan ketqawaan kepada Allah juga semakin bertambah. Insha Allah...Aamiin...

Marilah tanam azam kepada kebaikan dan memperbanyakkan amalan ibadah. Hijrah diri menjadi hamba yang lebih baik, taat kepada Allah SWT serta bermanfaat untuk ummah. Berdoalah dengan lebih khusyuk perkara yang baik. Sesungguhnya Allah maha mendengar.

6
( Hide )

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu