Kuala Lumpur City vs Terengganu Live Streaming 7 Julai 2023 LS16

Perlawanan Kuala Lumpur, KL City FC vs Terengganu FC membuka tirai Liga Super 2023 minggu keenam belas (LS16). Skuad The City Boys akan melayani kunjungan Skuad Sang Penyu dalam meraih 3 mata penting yang dijadualkan berlansung pada hari Jumaat, 7 Julai 2023, jam 9.00 malam di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

Berdasarkan Carta Liga Super 2023 terkini, kedudukan kedua-dua pasukan hanya beza satu anak tangga dengan jumlah mata yang sama, 23. Pasukan KL City turun 1 anak tangga, terkini di kedudukan ke-7, manakala pasukan Terengganu FC naik 2 anak tangga di kedudukan nombor 6 dalam carta Liga Super 2023 selepas LS15.

Pada aksi LS15, pasukan tuan rumah KL City terpaksa akur dengan kekalahan bolos 6 gol ketika menentang pasukan juara bertahan Liga Super, JDT. Dalam kekalahan itu, pasukan KL City berjaya meledak 1 gol JDT, bermakna JDT baru bolos 3 gol sepanjang musim Liga 2023 setakat ini.


Pembelian tiket perlawanan KL City FC vs Terengganu FC

Penyokong yang ingin menyaksikan perlawanan KL City FC vs Terengganu FC Liga Super 2023 LS16 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, boleh mendapatkan tiket secara online menerusi laman web rasmi : www.tickethotline.com.my 

Siaran Langsung/ Live Streaming KL City FC vs Terengganu FC Liga Super 7 Julai 2023 LS16

Penyokong di rumah boleh menyaksikan Siaran Lansung KL City FC vs Kedah FC Liga Super 2023 secara lansung menerusi saluran 803 astro Arena Bola atau Astro GO dan platform penstriman Sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel seawal jam 08:30 malam bermula dengan siaran pra perlawanan.

Juga boleh menonton perlawanan siaran lansung KL City FC vs Terengganu FC live streaming LS16 2023 di platform penstriman Sooka dengan melanggan pas 1 perlawanan berharga RM7.90.

Kuala Lumpur City vs Terengganu Live Streaming 8 Julai 2023 LS16

Live KL City FC vs Terengganu FC (LS16)

Waktu siaran : Jumaat, 7 Julai 2023, jam 9.00 malam 
Tempat : Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
Siaran TV/ Platform penstriman  : Astro Arena Bola (CH803), Astro GO dan Sooka

Keputusan masa penuh perlawanan KL City FC vs Terengganu FC Liga Super 2023 (LS16)

FT : KL CITY FC (3) - (3) TERENGGANU FC
Omid Nazari 29'
Giancarlo 36'
Paulo Josue 42'
 Romel Morales 45+1'
Hakim Hassan 50'
Ivan Mamut 59'

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.