Terengganu vs JDT Live Streaming 9 Jun 2023 LS14

Azhafizah MN
By -
2

Perlawanan antara pasukan Terengganu FC vs JDT merupakan perlawanan tumpuan saingan Liga Super 2023 minggu keempat belas (LS14) yang dijadualkan berlansung pada hari Jumaat, 9 Jun 2023 jam 9.00 malam bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

Skuad Sang Penyu, Terengganu FC akan menerima kunjungan Harimau Selatan, Kelab bolasepak Johor Darul Ta'zim dalam saingan LS14 bagi menambah 3 lagi mata.

Pasukan tuan rumah Terengganu FC dalam perlawanan LS13 memberikan aksi yang cukup cemerlang menentang Perak FC dengan kemenangan 3 gol berbalas 0. Namun, penambahan 3 mata tidak merubah kedudukan dalam carta. Terengganu FC masih kekal di tangga ke-7.

Pasukan pelawat, Johor Darul Ta'zim (JDT) terus gah di persada Liga Super 2023 dengan mengekalkan kemenangan rekod tanpa kalah sepanjang separuh musim pertama. 13 minggu dengan 13 kemenangan dan kekal di tangga teratas carta Liga Super 2023 dengan 39 mata. 

Pada perlawanan LS13 menentang pasukan Penang FC, JDT menang dengan jaringan 2 gol tanpa balasan gol.

baca juga
Penang FC vs JDT LS13
Perak vs Terengganu LS13

Pembelian tiket perlawanan Terengganu FC vs JDT

Penyokong pasukan bola sepak Terengganu FC dan JDT yang ingin menyaksikan perlawanan Terengganu FC vs JDT Liga Super 2023 LS14 di Stadium Darul Makmur Kuantan Pahang, boleh mendapatkan tiket secara online menerusi www.tickethotline.com.my.

Harga jualan tiket
Harga tiket dewasa : RM20
Harga tiket kanak-kanak : RM10

Tarikh jualan dibuka : 7 Jun 2023
Tarikh Jualan ditutup : 9 Jun 2023 (9.30 Malam ) / Tiket habis dijual

Pembelian tiket juga boleh dibuat melalui aplikasi Terengganu FC yang boleh dimuat turun melalui Appstore dan Play Store.

Terengganu vs JDT Live Streaming 9 Jun 2023 LS14

Siaran Langsung/ Live Streaming Terengganu FC vs JDT Liga Super 9 Jun 2023 LS14

Penonton di rumah juga boleh menyaksikan Siaran Lansung Liga Super 2023 Terengganu FC vs JDT secara lansung menerusi saluran 804 astro Arena Bola 2 atau astroGO dan platform penstriman Sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel seawal jam 08:30 malam bermula dengan siaran pra perlawanan.

Juga boleh tonton Perlawanan Siaran Lansung Terengganu FC vs JDT Live Streaming LS14 2023 di platform penstriman Sooka dengan melanggan pas 1 perlawanan berharga RM7.90.

Live Terengganu FC vs JDT (LS14)

Waktu siaran : Jumaat, 9 Jun 2023, pukul 9.00 malam
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak
Siaran TV/ Platform penstriman  : astro Arena Bola 2 (CH804), astroGo dan Sooka

Keputusan masa penuh perlawanan Terengganu FC vs JDT Liga Super 2023 (LS14)

FT :TERENGGANU FC (1) - (3) JDT FC
Fernando Forestieri 20'
Sony Nordé 28'
 Bergson (P) 45+2'
 Endrick 90+5'
 
Tags:

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment