Gadgets

Kuala Lumpur City vs Kelantan Live Streaming 29 Julai 2023 LS18

Hari kedua minggu kelapan belas Liga Super 2023 (LS18) menyaksikan perlawanan antara pasukan Kuala Lumpur, KL City FC bertemu pasukan Kelantan FC. Perlawanan ini dijadualkan berlansung pada hari Sabtu, 29 Julai 2023, jam 5:30 petang di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

Sepak mula akan bermula pada jam 5:30 petang dimana siaran pra perlawanan seawal jam 5:00 petang. Skuad The Red Warriors (TRW), Kelantan FC akan berkunjung ke Kuala Lumpur bagi meraih 3 mata berharga menentang Skuad Warga Kota, KL City FC.

Bermain di tempat sendiri memberi kelebihan kepada Kelantan FC beraksi dalam perlawanan ini. Cabaran dan misi penting buat pasukan tuan rumah untuk memperoleh 3 mata bagi memperbaiki kedudukan di tempat tercorot dalam liga.

Pasukan KL City FC sudah tentu akan memberikan saingan yang sengit buat tuan rumah. KL City FC berada di kedudukan ketujuh dalam Liga Super 2023 dengan 25 mata. Beza 20 mata dengan pasukan Kelantan FC.

Pada perlawanan LS17 yang lalu, KL City terpaksa berpuas hati terikat 1-1 menentang Negeri Sembilan FC. Pasukan Kelantan pula terpaksa akur dengan kekalahan besar bolos 5 gol tanpa balasan bertemu dengan pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim, JDT.

baca juga
keputusan KL City vs Negeri Sembilan LS17
keputusan Kelantan vs JDT LS17

Kuala Lumpur, KL City FC vs Kelantan FC (LS18)

Waktu siaran : Sabtu, 29 Julai 2023, jam 5:30 petang
Tempat : Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
Siaran TV/ Platform penstriman : Astro Arena Bola 2 (CH804), Astro GO, Sooka

KL City vs Kelantan Live Streaming 29 Julai 2023 LS18

Tiket perlawanan Kuala Lumpur City FC vs Kelantan FC

Pembelian tiket untuk perlawanan Liga Super antara pasukan Kuala Lumpur City FC dan Kelantan FC yang berlansung pada hari Sabtu, 29 Julai 2023 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur boleh dibuat melalui laman rasmi tickethotline.com.my.

Siaran Langsung dan Live Streaming Kuala Lumpur City FC vs Kelantan FC Liga Super 29 Julai 2023 LS18

Peminat bola sepak di rumah boleh menonton Siaran Lansung Liga Super 2023 Kuala Lumpur City FC vs Kelantan FC dari Stadium Bolasepak Kuala Lumpur secara lansung di saluran 804 Arena Bola 2 dan Astro GO seawal jam 5:00 petang bermula dengan siaran pra-perlawanan.

Penonton juga boleh menyaksikan perlawanan ini di platform penstriman Sooka dengan melanggan pas 1 perlawanan berharga RM7.90 untuk pilihan yang lebih fleksibel tonton online dimana sahaja berada.

Keputusan masa penuh perlawanan Kuala Lumpur City FC vs Kelantan FC Liga Super 2023 (LS18)

LIVE : KUALA LUMPUR CITY FC/ KLC (5) - (1) KELANTAN FC/ KEL
Leonardo Rolón 3'
 Zhafri Yahya 25'
 Romel Morales 47' 65' 90+1'
 Partiban Janasekaran 83'

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.