Gadgets

Senarai Lokasi Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri 2023

Menjelang sambutan Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos 2023, pelbagai program menarik telah dirangka bagi menyemarakkan lagi bulan Kebangsaan/ Kemerdekaan pada tahun ini. 

Bulan Kebangsaan dimulakan dengan pelancaran Bulan Kemerdekaan 2023, Program 6600 Langkah Perpaduan yang berlansung pada hari Ahad, 16 Julai 2023 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, Ipoh bermula jam 9.00 pagi.


Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim serta melepaskan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2023. 

Selepas program tersebut, Majlis pelancaran bulan Kebangsaan dan kibar Jalur Gemilang peringkat negeri 2023 akan dijalankan di setiap negeri. 

LOKASI MAJLIS PERLANCARAN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT NEGERI 2023
sumber : Merdeka360

Berikut senarai lokasi Majlis pelancaran bulan Kebangsaan dan kibar Jalur Gemilang peringkat negeri 2023

 JULAI
16 Julai 2023 : Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru, Ipoh, PERAK
21 Julai 2023 : Jalan Padang Kota Lama (Esplanade), PULAU PINANG
24 Julai 2023 : Mydin Mall Tanjung, KELANTAN
27 Julai 2023 : Dewan Theatrette Wisma Negeri , Negeri Sembilan, NEGERI SEMBILAN
30 Julai 2023 : Dataran Terbuka MAIPS (Bersebelahan Perpustakaan Awam Perlis), PERLIS

OGOS
1 Ogos 2023 : Dataran Bandar Diraja Pekan, PAHANG
1 Ogos 2023 : Dewan Serbaguna Anak Bukit, Wisma Persekutuan Anak Bukit, Alor Setar, KEDAH
3 Ogos 2023 : Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, SARAWAK
4 & 5 Ogos 2023 : KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA
  • SMK Seri Titiwangsa
  • IPG Bahasa Melayu, Lembah Pantai
  • Dataran Merdeka
  • Dewan Serbaguna Kampung Malaysia Tambahan, Bandar Tun Razak
  • Dataran Putra, Putrajaya
5 Ogos 2023 : Dataran Bandaraya MBMB, Ayer Keroh, MELAKA
7 Ogos 2023 : Dewan Jubli Perak (SUK Shah Alam), SELANGOR

2 comments:

  1. pejam celik pejam celik, dah nak merdeka balik kita ni ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat masa berlalu kan KakRet. Tak lama lagi pun tahu tahu nak masuk tahun baru dah

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.