Gadgets

Penang vs Kelantan Live Streaming 8 Julai 2023 LS16

Perlawanan ke-110 saingan Liga Super 2023 minggu keenam belas (LS16) melibatkan pasukan Penang FC bertemu Kelantan FC pada hari Sabtu, 8 Julai 2023 yang berlansung di Stadium Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Sepak mula akan bermula pada jam 9.00 malam.

Terdahulu dalam saingan LS15, pasukan Penang FC berjaya membawa pulang 1 sama setelah terikat seri 1 sama menentang Skuad Jang di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi. Berdasarkan rekod terkini, Penang FC berada di kedudukan ke-10 dengan 16 mata.

Skuad The Red Warrior, Kelantan FC masih berada di tangga tercorot dengan 4 mata . Dalam saingan LS15, Kelantan FC terpaksa akur tewas di tempat sendiri bila gawang gol dibolos dengan 5 gol oleh pasukan Sri Pahang FC.

Saksikan pertempuran antara pasukan Penang FC dan Kelantan FC dalam saingan Liga Super 2023 minggu keenam belas. Pasukan manakah yang mampu meraih 3 mata penuh atau terikat seri dengan 1 mata. 


Pembelian tiket perlawanan Penang FC vs Kelantan FC

Penyokong yang ingin menyaksikan perlawanan secara lansung Penang FC vs Kelantan FC di Stadium Majlis Bandaraya Pulau Pinang boleh mendapatkan tiket perlawanan di laman web ticket.tickethotline.com.my

Penang vs Kelantan Live Streaming 8 Julai 2023 LS16

Siaran Langsung/ Live Streaming Penang FC vs Kelantan FC Liga Super 8 Julai 2023 LS16

Penyokong di rumah boleh menyaksikan Siaran Lansung Liga Super 2023 Penang vs Kuching City FC secara lansung menerusi saluran 804 Arena Bola 2 dan Astro GO. 

Juga boleh tonton secara online live streaming di platform penstriman Sooka seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra perlawanan.

Untuk menonton perlawanan LS16 yang lain, boleh tonton di platform penstriman Sooka dengan melanggan pas 1 perlawanan dengan harga RM7.90.

Live Penang FC vs Kelantan FC (LS16)

Waktu siaran : Sabtu, 8 Julai 2023, jam 9.00 malam
Tempat : Stadium Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Siaran TV/ Platform penstriman  : Arena Bola 2 (CH804) dan Sooka

Keputusan masa penuh perlawanan Penang FC vs Kelantan FC Liga Super 2023 (LS16)

FT : PENANG FC (4) - (3) KELANTAN FC
Harith Hakim 10' 46'
Hadin Azman 19' 30'
Rafael Vitor 41'
N.Siringoringo 45+3'
Alif Ikmalrizal 84'

2 comments:

  1. sengit juga game ni...
    dengar kata kelantan bakal dapat owner baru. zam saham nak jual kelantan pada seorang pelombong emas katanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masing masing taknak kalah berlawan gol. Oh ye ke..tapi bukan DSV lah kan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.