Telefilem Beruk Tok Ayah (TV3)

Azhafizah MN
By -
8
Beruk Tok Ayah, sebuah telefilem air mata kisah kekeluargaan lakonan barisan pelakon-pelakon hebat Wan Hanafi Su, Zamarul Hisham, Azhan Rani, Syafie Naswip, Intan Ladyana dan ramai lagi.

Telefilem Beruk Tok Ayah ulang siaran pada hari Sabtu, 29 Julai 2023, jam 10:00 malam di Slot Cerekarama TV3. Telefilem ini pernah ditayangkan pada tahun 2014 dibawah arahan Shuhaimi Lua dan diterbitkan oleh MacheAllStar United Sdn. Bhd.

TELEFILEM BERUK TOK AYAH

Waktu siaran : Sabtu, 29 Julai 2023, jam 10:00 malam
Siaran TV/ Platform penstriman : Slot Cerekarama TV3, astro (CH103), Tonton dan Xtra
Penulis skrip : MF Kencana
Pengarah : Shuhaimi Lua
Produksi : MacheAllStar United Sdn. Bhd.

Telefilem Beruk Tok Ayah TV3

PELAKON

Pelakon Beruk Tok Ayah dibintangi oleh Wan Hanafi Su, Zamarul Hisham, Azhan Rani, Syafie Naswip, Intan Ladyana, Keena Mentor dan ramai lagi.

WATAK

  • Wan Hanafi Su sebagai Tok Ayah
  • Zamarul Hisham sebagai Hisham
  • Intan Ladyana sebagai Junaidah
  • Azhan Rani sebagai Jusoh
  • Keena Mentor sebagai Lia

SINOPSIS BERUK TOK AYAH

Beruk Tok Ayah mengisahkan Tok Ayah yang hidup keseorangan selepas kematian isterinya. Beliau ditemani beruk kesayangannya yang digelar Comel. Comel dijadikan punca pendapatan mengambil upah memetik kelapa. 

Tok Ayah mempunyai anak bernama Hisham sudah berkahwin dengan Junaidah yang leka berjudi laga ayam. Dia cukup benci kepada Comel yang dianggapnya sebagai sial dan menjadi punca kematian ibunya serta punca Tok Ayah enggan menjual tanah pusaka.

Telefilem Beruk Tok Ayah TV3

Selain mengambil upah memetik kelapa. Tok Ayah juga mengajar Dikir Barat Dalam masa yang sama dimusuhi Jusoh, seorang pengusaha persembahan dikir barat yang membawa imej moden. Jusoh juga memusuhi Hisham yang telah merampas Junaidah yang merupakan bekas kekasihnya.

Namun, Tok Ayah gembira apabila hidupnya dijaga baik oleh anak angkatnya Syukor (Shafie Naswip) dan kekasihnya Lia Keadaan menjadi lebih teruk apabila Comel dibunuh. Siapa yang membunuhnya?

Tonton Telefilem Beruk Tok Ayah Online

Boleh juga tonton ulangan Telefilem Beruk Tok Ayah arahan pengarah tersohor Shuhaimi Lua dan skrip ditulis oleh MF Kencana secara online live streaming menerusi platform penstriman Tonton, Xtra atau muat turun aplikasi di Google Play atau Apple Apps Store.

Saksikan kesudahannya dalam Telemovie Beruk Tok Ayah di Slot Cerekarama TV3, hari Sabtu 29 Julai 2023 jam 10.00 malam.

Post a Comment

8Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Cerita ni macam pernah ada je dulu? ke Cuya deejavu? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin Cuya pernah tengok dulu kot. Agaknya Deejavu. hihi...

      Delete
  2. sik baik sempat tgk cerita ni dulu... pelakon2 semua mantap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak sempat tengok drama ni, macam pernah tengok sikit sikit je. Betul, pelakon mantap dan legend.

      Delete
Post a Comment