Gadgets

Skintific Mugwort Anti Pores & Acne Clay Mask, Best Clay Mask For Pores And Acne

Tak pasal-pasal terkena racun TikTok. Pertama kalinya juga saya membeli barang melalui aplikasi TikTok. Racun TikTok tu benar ya teman-teman. Terbeli Skintific Products ni asyik lalu lalang je. Products Skintific ni viral juga, salah satunya Skintific mugwort anti pores & acne clay mask.

Memandangkan tak ada face mask jenis clay, itu yang membuak buak rasa nak membeli tu. Tambah lagi teracun bila katanya best clay mask for pores and acne. Memang sesuailah untuk kulit saya tu. 
  
skintific mugwort anti pores acne clay mask

Skintific mugwort clay mask ingredients

Key Ingredients
Anti-acne : Niacinamide, Salicylic Acid
Antioxidant : Oryza Sativa (Rice) Bran Oil, Centella Asiatica Extract, Sophora Flavescens Root Extract, Zingiber Officinale (Ginger) Root Extract

Mugwort

  • Mempunyai sifat anti-radang yang baik 
  • Membersih dan melembutkan kulit
  • Betulkan penghalang kulit
  • Mengecilkan pori-pori

Centella

  • Mempunyai sifat antioksidan 
  • Boleh tenang kulit
  • Menghidupkan semula penghalang kulit

Montmorilonit

  • Salah satu jenis topeng yang paling berkesan di Perancis 
  • Boleh hilangkan jerawat dan kawal sebum, kulit tak jadi Terasa kering. 

skintific mugwort anti pores acne clay mask

Didatangkan dengan spatula khas untuk sapuan clay mask pada muka. Tak payah kotorkan jari. Nak sapukan clay mask pada muka pun senang.

skintific mugwort anti pores acne clay mask

Cara pakai Skintific mugwort clay mask

1. Cuci muka dan keringkan terlebih dahulu.
2. Ambil clay mask dengan menggunakan spatula kemudian sapukan pada keseluruhan muka kecuali bahagian mata. 
3. Biarkan selama 15 minit.
4. Bilas muka dengan air suam.

Tekstur clay mask ni jenis licin dan mudah disapu pada kulit muka. 

skintific mugwort anti pores acne clay mask

Beli bulan hujung bulan Jun dan mula pakai awal bulan Julai. Lebih kurang 2 bulan lebih baru habis. Pertengahan bulan September saya restok Skintific Mugwort Anti Pores & Acne Clay Mask sebab ada perubahan baik pada kulit saya.

Selepas cuci muka pakai clay mask ni, muka rasa segar, kulit bersih, lebih cerah dan mengecilkan liang pori. Best sangat pakai. Kalau ada jerawat pun kecut! Kalau tengok TikTok pun ramai review yang kata produk ni bagus. Tapi kena konsisten pakai ler. Ada yang dah pakai berbekas bekas dah pun.

skintific mugwort anti pores acne clay mask review

Kontang bekas pertama Skintific Mugwort Anti Pores & Acne Clay Mask. Okay, next bekas kedua. Bekas kedua pun licin juga. Cuma tak ambil gambar je. Lepas tu tiada bekas ketiga sebab saya berhenti pakai. Bukan sebab tak bagus tapi sebab bajet ke arah lain pula. Hehe...

skintific mugwort anti pores acne clay mask review

Beberapa bulan lepas Skintific Mugwort Anti Pores & Acne Clay Mask keluarkan pek baru bukan lagi dalam jar ni. Tapi didatangkan dalam bentuk stick. Lagi mudah lah nak pakai. Dah beberapa bulan berhenti pakai ni, ada bajet nak beli jenis stick pula.

Kalau perasan, watermark tu tahun lepas. Ye, cerita pun tahun lepas. Tak perasan pula dok peram lama dalam draft. Mungkin dalam tempoh tu mood Writer's block menyapa kot. 

Dulu macam susah nak cari produk Skintific ni. Kena beli online di Shopee, Lazada atau TikTok Shop. Sekarang ni dah mudah nak beli. Boleh terus beli di Drugstore Guardian. Tapi nak murah beli di TikTok Shop lah kan. Sentiasa ada sale.


10 comments:

  1. ammi pun diracun juga...kadang-kadang 2 minggu sekali baru pakai sbb lupa, kadang-kadang ingat tapi nak bangun dan apply tu macam ahhhh malas banget

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..rajin nau dia lalu lalang FYP kan. Time malas tu memang malas betolll..Kena beli yang stick tu kot rajin sikit nak pakai.

      Delete
  2. nampak mcm best.. ada jugak nampak di Tiktok

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah, tahu pun dari TikTok. Hihi...Tapi memang best!

      Delete
  3. Nasib la kita takde tiktok hahaha.. rasa diri ni mcm dah tua bila tkde tiktok hahaha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..okaylah tu, jimat sebab tak teracun nak membeli.

      Delete
  4. ok sy try cari kat guardian dulu. kalau x de nnt sy cari kat shopee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan mencari. Make sure, sebelum pergi survey harga online dulu.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.