Gadgets

Cetaphil Gentle Healthy Cleanser Lah Pula

Sembang pencuci muka Cetaphil lagi. Tapi yang ini versi terbaru sebab entri sebelum ni gambar tahun lepas dan beberapa bulan kebelakang. Lama peram dalam draft begitulah. Mari dengar cerita yang baru ni.

Minggu lepas encik suami pergi ke Watsons nak membeli Cetaphil Bright Healthy Radiance Cleanser. Stok di rumah dah menyusut. Sebelum habis, baiklah kita sediakan payung sebelum hujan. Kang tiba-tiba buat hal habis kontang, naya tak ada pencuci muka!

Sebelum bayar, encik suami confirmkan dengan kirimkan gambar di whatsapp. Kita pun yakinnya kamu kata ye. Saya fikir mesti pek baru lagi. Macam saya cakap, set ni biasanya satu cleanser je. Rupanya tidak ye kawan-kawan.

Bila dah masuk kereta, saya tanya suami berapa harganya. Dia kata RM50 lebih macam tu. Eh, macam mahal je. Sebelum ni beli tak sampai RM50 pun. Encik suami pun ceritalah yang dia kata macam perasan di rak harga lain, scan nak bayar harga lain. Tapi tak tertanya pula di kaunter agaknya. Mungkin dia ingat harga dah mahal kot.

Sebelum ni pernah juga jadi macam tu, produk Cetaphil juga. Lepas check, dorang silap tak tukar harga ke camne entah. Bila jadi macam tu encik suami masuk semula. Staff kata harga tu betul sebab yang ni latest ada 'gentle'. 

Yang kami nak beli tu ada label di rak tapi tak out of stock dan harga RM29 macam tu. Itu yang encik suami perasan tapi produknya tak ada dah. Okay takpelah, kita redha je lah pakai yang ni. Entah-entah sama je, cuma tukar pek baru je kot. Cepat sangat bertukarnya pun!

baca juga : cetaphil bright healthy radiance set

Cetaphil Gentle Healthy Cleanser

Baca label macam lebih kurang je pun. Rasa macam kena scam lah pula. Haishhh..nak marah tapi kena sabarrr. Paras rup pek baru lebih kurang pek sebelumnya cuma ada warna pink ombre bahagian atas tu.

Update : 26 Julai 2023
Semasa saya buka nak guna cleanser baru ni, Lahhh..cleanser ni lain. Bukan jenis krim, tapi jenis gel translucent dengan microbeads. Inilah yang dikatakan 'gentle' tu ye. Kalau macam ni rupa dia. Memang jauh beza dan memang tak sama lah. 

Tersasar jauh sangkaan saya yang isinya sama. Rupanya beza. Memang berbeza. Jadinya kalau nak beli yang lama tu kena ada label 'creamy', Brightness reveal creamy cleanser!

Cetaphil Gentle Healthy Cleanser

Bila pakai memang gentle pada kulit. Seolah olah macam pakai oil cleanser versi tak ada minyak gitu. Best juga cuma kurang buih sikit daripada yang creamy tu. Tapi kena pakai 2-3 kali seminggu sebab dia sejenis scrub.

Jadi, kenalah beli baru untuk cleanser kegunaan harian. Kiranya dalam set Bright Radiance ni dah ada 2 jenis cleanser lah ye. Lepas ni kena tengok label betul betul sebelum membeli.

8 comments:

  1. Pernah guna cleanser cetaphil, tak suka sgt pasal dia jenis tak berbuih. Yg ni buih tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cetaphil penutup biru tu ye? Yang tu pernah pakai. Memang jenis tak berbuih. Tapi yang ni jenis berbuih.

      Delete
  2. Akak masih setia guna yang biasa, penutup biru tu. Nanti kalau habis, nak try la yang radiance ni, kot makin elok muka 😄

    Jauh jugak beza harga bila tambah ‘gentle’ tu ek..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti cubalah yang ni pulak kak Ujie. Haa tu lah pasal, hampir sekali ganda harganya tu. tak 'gentle' betul.

      Delete
  3. nk cuba nanti lah.. review bagus. tunggu eversoft nina habis. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni jenis scrub Nina. Saya silap beli. Kena cuba yang creamy untuk cleanser harian tu.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.