Gadgets

Keputusan Penuh Juara dan Pemenang Big Stage 2023 Musim Ke- 5 (BS5) Akhir

Pentas Akhir Big Stage Musim 5 (BS5) yang berlansung pada hari Ahad, 9 Julai 2023 dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi saluran 104 astro Ria dan Astro GO jam 9:00 malam telah pun berakhir.

Keputusan penuh Big Stage 5 Final/ Akhir sudah pun diketahui. Seramai 6 bintang BBNU (Budak Baru Nak Up) layak ke peringkat Akhir Big Stage Musim 5 iaitu Nadeera Zaini, Aufahaniee, HoonDoo, Puteri Khareeza dan Putera Muhammad berentap merebut gelaran Juara Big Stage Musim Ke-5.
Keputusan Penuh Juara dan Pemenang Big Stage 2023 Musim 5 Akhir

Konsert Minggu 10, pentas akhir Big Stage 5 yang berlansung pada 9 Julai 2023 bertemakan Ultimatum & Battle Mashup. Dato' Ramli M.S sebagai Juri Jemputan dan Jihan Muse sebagai Presiden netizen memeriahkan pentas akhir Big Stage 5.

Senarai lagu pentas akhir Big Stage 5

  1. Nadeera Zaini : Never Enough (Loren Allred)
  2. Aufahaniee : Pudar (Indah Ruhaila)
  3. HoonDoo : Beautiful (Crush)
  4. Puteri Khareeza : Pelukan Angkasa (Sekumpulan Orang Gila ft. Shila Amzah)
  5. Putera Muhammad : Fantasia bulan Madu (Search)
  6. Waode : I'd Do Anything For Love (But I Won't Do That) (Meatloaf)
Lagu Battle Mashup
  1. Nadeera Zaini : Gundah (Ernie Zakri) ft Waode : Semalam (Aina Abdul)
  2. Puteri Khareeza : Toxic (Britney Spears) ft Aufahanie Titanium (David Guetta & Sia)
  3. Putera Muhammad : Bunga Angkasa (Terra Rossa) ft HoonDoo : Gemuruh (Search)

Elly Mazlein dan Rina Nose selaku pengacara (hos) program Big Stage. Manakala Ajai dan Aina Abdul pula selaku juri tetap.

Keputusan Penuh Big Stage 2023 Musim 5 (BS5) Akhir

Juara : Nadeera Zaini
Naib Juara : Waode
Tempat Ketiga : Putera Muhammad
Tempat Keempat : HoonDoo
Tempat Kelima : Aufahanie
Tempat Keenam : Puteri Khareeza

Juara Big Stage Musim 5 akan membawa pulang wang tunai RM100,000 dengan trofi. Naib Juara akan memenangi RM30,000 beserta trofi. Tempat ketiga pula akan menerima RM25,000 dan juga trofi. Tempat keempat akan menerima sejumlah RM20,000 dan trofi.

Hadiah tempat kelima dan keenam, masing-masing akan membawa pulang RM15,000 dan RM 5,000 berserta trofi.

Tahniah kepada semua pemenang-pemenang Big Stage 2023!

Senarai pemenang Juara Big Stage Musim 1- Musim 5

Juara Big Stage 1 : Sarah Suhairi
Juara Big Stage 2 : Jang Han Byul
Juara Big Stage 3 : Azzam Sham
Juara Big Stage 4 : Elica Paujin
Juara Big Stage 5 : Nadeera Zaini

2 comments:

  1. tahniah nadeera!!! harap lepas ni boleh konsisten utk jd penyanyi berjaya!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.