Drama Metro Crime Series (MCS) Siapa Lelaki Itu? (Tonton)

Azhafizah MN
By -
2
Tonton Drama Metro Crime Series : Siapa Lelaki Itu? lakonan Zahirah Macwilson, Aloy Paradoks, Mustaqim Bahadon, Chew Kin Wah dan ramai lagi. Drama Metro Crime Series, sebuah drama genre jenayah mula bersiaran pada 6 Julai 2023 di platform penstriman Tonton yang mengangkat kisah wartawan meja jenayah di akhbar popular tanah air, Harian Metro.

Metro Crime Series (MCS) Siapa Lelaki Itu?, drama arahan Megat Sharizal & Faizul A Rashid terbitan Razors Edge Pictures. Skrip pula ditulis oleh Hafiz Abdullah dan dua beradik iaitu Hadi M Nor dan Haris M Nor yang merupakan anak kepada kartunis tersohor, Datuk Lat.

DRAMA METRO CRIME SERIES (MCS) : SIAPA LELAKI ITU?

Jumlah episod : 10
Mula siaran : 6 Julai 2023
Siaran TV/ Platform penstriman : Tonton
Penulis skrip : Hafiz Abdullah, Hadi M Nor dan Haris M Nor
Pengarah : Megat Sharizal & Faizul A Rashid
Produksi : Razors Edge Pictures

DRAMA METRO CRIME SERIES (MCS) : SIAPA LELAKI ITU?

PELAKON DAN WATAK

Dibintangi oleh Zahirah Macwilson, Aloy Paradoks, Mustaqim Bahadon, Chew Kin Wah, Wan Raja, Nia Atasha, Aqilah Abas, Megat Adli, Amanda Tan, Azhar Sulaiman, Azri Iskandar, Aleza Shadan, Zarynn Min dan ramai lagi.
  • Zahirah Macwilson sebagai Fatema
  • Aloy Paradoks sebagai Rozimi
  • Mustaqim Bahadon sebagai Marzuki

SINOPSIS METRO CRIME SERIES (MCS) SIAPA LELAKI ITU

Kisah fiksyen yang diilhamkan dari kes-kes jenayah berprofil tinggi yang pernah berlaku di Malaysia. Fatema, seorang wartawan Harian Metro yang panas baran, kuat merokok, memperjuangkan hak wanita dan nekad untuk menegakkan kebenaran.

DRAMA METRO CRIME SERIES (MCS) : SIAPA LELAKI ITU?

Fatema dan Rozimi, dua orang wartawan di meja jenayah, Harian Metro ditugaskan untuk melaporkan kes pembunuhan berprofil tinggi, gadis bernama Syerinie yang dibunuh oleh seorang lelaki misteri. Kehidupan Syerinie yang pernah bekerja di kelab malam dan kemudian menghilangkan diri selama setahun menyulitkan lagi siasatan.

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. macam best...kat mana nak tengok selain tonton hahahaha

    ReplyDelete
Post a Comment