Gadgets

Senarai Penuh Top 5 Finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 (ABPBH 35)

Undian Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 (ABPBH 2023) atau ABPBH 35 bagi 12 kategori utama dan 7 kategori Ekstra yang dipertandingkan telah pun ditutup pada hari Sabtu, 15 Julai, jam 11.59 malam.

Daripada 20 pencalonan dalam setiap kategori telah disenarai pendekkan menjadi top 5 finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 (ABPBH 35).

baca juga : senarai calon top 20 ABPBH

Tarikh Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 (ABPBH 2023) atau ABPBH 35 akan bersiaran secara langsung pada hari Jumaat, 21 Julai 2023 bertemakan “Ekspresi Legasi Seni” yang akan disiarkan secara langsung dari Panggung Sari, Istana Budaya.

Malam Anugerah berprestij yang dinantikan oleh industri dunia seni tanah air untuk melihat siapakah artis dan selebriti yang akan memenangi kategori-kategori yang dipertandingkan pada kali ini.

Top 5 Finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 ABPBH 35
sumber : BH

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), anugerah berprestij ini merupakan anugerah pilihan peminat yang akan diadakan setiap tahun sejak tahun 1987 lagi. Pada masa itu, ABPBH dikenali sebagai Anugerah Penyanyi dan Pelakon Popular 1987 (APPP87) – Nescafe Classic.

Kemudian, sejak tahun 1990, pihak penganjur memperkenalkan pula kategori Artis Paling Popular yang kini dikenali sebagai Anugerah Bintang Paling Popular yang merupakan kategori trofi berprestij dalam acara ABPBH.

ABPBH bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat seni tanah air. Selain itu, anugerah ini dapat memberi peluang kepada pembaca BH dan pengikut setia ABPBH memilih artis popular serta menyertai aktiviti dan promosi acara anugerah ini.

Selari dengan peredaran zaman, pihak penganjur telah memperkenalkan sistem undian secara online 100 peratus menerusi laman rasmi ABPBH bermula pada tahun 2017 berbanding sebelumnya pengundian melalui akhbar BH dan SMS pada tahun-tahun sebelumnya.

Kategori yang dipertandingkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 (ABHBP 35)

12 kategori utama ABPBH 35

Anugerah Kategori Utama Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 (ABPBH 35)
  1. BBNU Lelaki Popular
  2. BBNU Wanita Popular
  3. Penyanyi Lelaki Popular
  4. Penyanyi Wanita Popular
  5. Artis Kolaborasi/ Duo/ Berkumpulan Popular
  6. Aktor Filem Popular
  7. Aktres Filem Popular
  8. Aktor TV Popular
  9. Aktres TV Popular
  10. Penyampai Radio Popular,
  11. Pengacara TV Popular dan
  12. Artis Komedi Popular
7 Anugerah Kategori Ekstra ABPBH 35
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 (ABPBH) edisi ke-35 juga turut mempertandingkan 7 kategori ekstra yang memfokuskan kepada generasi Z iaitu :
  1. Couple Drama Popular
  2. Couple Filem Popular
  3. Drama Popular
  4. Lagu Paling Boom
  5. Content Creator Popular
  6. TikTokers Popular dan
  7. Video Viral Popular

Senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 (ABPBH 35)

BBNU Lelaki Popular
  1. Amir Ahnaf
  2. Danial Chuer
  3. Fadhli Masoot
  4. Meer Nash
  5. Mierul Aiman

BBNU Wanita Popular
  1. Anna Jobling
  2. Puteri Khareeza
  3. Qasrina Karim
  4. Siti Khadijah Halim
  5. Sophia Albarakbah

Penyanyi Lelaki Popular
  1. Amir Masdi
  2. Hael Husaini
  3. Haqiem Rusli
  4. Khai Bahar
  5. Naqiu

Penyanyi Wanita Popular
  1. Aina Abdul
  2. Ernie Zakri
  3. Nabila Razali
  4. Siti Nordiana
  5. Wany Hasrita

Artis Kolaborasi / Duo/ Berkumpulan Popular
  1. Dayang Nurfaizah & Amir Masdi
  2. Dolla
  3. Ernie Zakri & Syamel
  4. Nuha Bahrin & Naufal Azrin
  5. Siti Nordiana & Bunga Isme

Aktor Filem Popular
  1. Beto Kusyairy
  2. Datuk Adi Putra
  3. Fattah Amin
  4. Zizan Razak
  5. Zul Ariffin

Aktres Filem Popular
  1. Ahirine Ahirudin
  2. Diana Danielle
  3. Janna Nick
  4. Maya Karin
  5. Sophia Albarakbah

Aktor TV Popular
  1. Aedy Ashraf
  2. Ben Amir
  3. Kamal Adli
  4. Meerqeen
  5. Redza Rosli

Aktres TV Popular
  1. Anna Jobling
  2. Puteri Sarah Liyana
  3. Raysha Rizrose
  4. Sharifah Rose
  5. Siti Saleha

Penyampai Radio Popular
  1. DJ Lin
  2. DJ Sonic
  3. Haiza
  4. Johan
  5. Tyzo

Pengacara TV Popular
  1. Alif Satar
  2. Elly Mazlein
  3. Hawa Rizwana
  4. Janna Nick
  5. Sherry Alhadad

Artis Komedi Popular
  1. Bell Ngasri
  2. Jaa Suzuran
  3. Johan
  4. Syahmi Sazli
  5. Zizan Razak

Couple TV Popular
  1. Aedy Ashraf & Amelia Henderson (Kisah Cinta Kita)
  2. Aniq Suhair & Siti Khadijah Halim (Sekali Lagi Cinta Kembali)
  3. Kamal Adli & Uqasha Senrose (Setelah Terlafaznya Akad 2)
  4. Meerqeen & Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus)
  5. Redza Rosli & Raysha Rizrose (Bisik-Bisik Gelora)

Couple Filem Popular
  1. Datuk Aaron Aziz & Nadiya Nisaa (Dekatnya Cinta)
  2. Farid Kamil & Ahirine Ahirudin (Rempit 2)
  3. Naqiu & Elizabeth Tan (Mat Bond Malaya)
  4. Zizan Razak & Elizabeth Tan (Abang Long Fadil 3)
  5. Zul Ariffin & Azira Shafinaz (Tablis Iblis)

Drama Popular
  1. Bisik-Bisik Gelora
  2. Kisah Cinta Kita
  3. Melur Untuk Firdaus
  4. Rindu Awak Separuh Nyawa 2
  5. Sekali Lagi Cinta Kembali

Lagu Paling Boom Popular
  1. Casablanca (Nuha Bahrin & Naufal)
  2. Cinta Sejati (Aiman Sidek & Alin Sidek)
  3. Gatal (Janna Nick)
  4. Mimpi (Haqiem Rusli)
  5. Terus Hidup (Aina Abdul)

Content Creator Popular
  1. Alieff Irfan
  2. Arieff Yong
  3. DD Chronicle
  4. Qawiyaro
  5. Sofyank

Tiktoker Popular
  1. Aaabias
  2. Aleeya Zailan
  3. Hafiz Mahamad
  4. Sally Whoo
  5. Ustaz Ahmad Yusof

Lawak Viral Popular
  1. Airiena Yahaya
  2. Aldariya Dareesa
  3. Ryan Bakery
  4. Satthiya Kandi
  5. Syahmi Sazli, Hasif & Yoe Parey
10 calon Top 5 yang meraih undian terkumpul tertinggi setakat ini iaitu Aina Abdul, Amir Masdi, Anna Jobling, Bell Ngasri, Ben Amir, Ernie Zakri, Khai Bahar, Meerqeen, Sharifah Rose dan Siti Nordiana.

Siapakah pemenang trofi berprestij ABPBH 35? Nantikan pada 21 Julai 2023 nanti.

Tonton Siaran Langsung (Live) Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 (ABPBH 35)

Siaran lansung (Live) Malam kemuncak ABPBH 35 akan disiarkan dari Panggung Sari, Istana Budaya di ibu negara, pada 21 Julai 2023, jam 9.00 malam di saluran TV3 dan Strim Live HD di Tonton dan channel rasmi YouTube TV3

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.