Drama Obsesi Dia (TV3)

Azhafizah MN
By -
0
Tonton Drama Obsesi Dia, drama inspirasi daripada novel The Witness karya Suhailah Selamat dibintangi pelakon Sophia AlBarakbah, Zaki Azeman, Zahiril Adzim, Ashraf Muslim dan ramai lagi. 

Drama Obsesi Dia episod 1 arahan Eoon Shuhaini mula bersiaran pada 5 Julai 2023 di Slot Samarinda TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam.

DRAMA OBSESI DIA

Jumlah episod : 15
Mula siaran : 5 Julai 2023
Waktu siaran : Isnin-Khamis, jam 10:00 malam
Siaran TV/ Platform penstriman : Slot Samarinda TV3, astro (CH103), Tonton
Penulis skrip : Rozie Rashid, PGRs Team
Pengarah : Eoon Shuhaini
Produksi : Saphire Screen Sdn. Bhd.

Tonton Drama Obsesi Dia TV3

PELAKON DAN WATAK

Pelakon Obsesi Dia dibarisi pelakon Sophia AlBarakbah, Zaki Azeman, Zahiril Adzim, Ashraf Muslim, Faha Azhar, Alif Hadi, Anies Hann, Kak Girl, Natasya Mahyan, Jay Iswazir, Fify Azmi, Razman Mahayuddin, Zazly Baginda dan ramai lagi.

  • Sophia AlBarakbah sebagai Affiyah
  • Zaki Azeman sebagai Zacky
  • Ashraf Muslim sebagai Rizq
  • Alif Hadi sebagai Adam
  • Anies Hann sebagai Nura
  • Kak Girl sebagai Susan
  • Fify Azmi sebagai Adelia Sofei

SINOPSIS OBSESI DIA

Obsesi dia mengisahkan tentang Affiyah menjadi yang telah menjadi saksi kepada satu pembunuhan secara tidak sengaja. Sejak itu dia diburu oleh lelaki berhudi (berjaket hud). Satu persatu orang kesayangan Affiyah menjadi mangsa. 

Pembunuh itu mahu buat Affiyah sengsara sebelum menjadikan Affiyah sebagai mangsa terakhirnya. Kejadian disatu malam membuatkan Affiyah cedera kerana dilanggar kereta. Malam bersamaan ayahnya dibunuh dengan kejam oleh pembunuh psiko itu. 

Affiyah yang koma terlantar di hospital mengalami amnesia. Rizq, abang Affiyah bertindak menukar identiti Affiyah kepada Alliyah untuk melindunginya daripada pembunuh psiko demi keselamatan Affiyah.

Bila tersedar, Affiyah lupa siapa dirinya tetapi mendapati dia mempunyai kelebihan. Affiyah dapat melihat gambaran buruk diri seseorang apabila dia menyentuhnya. Masa berlalu, sekali lagi Affiyah menjadi mangsa buruan pembunuh tersebut bila identiti sebenar Affiyah diketahui. Sekali lagi Affiyah diburu.

Saksikan kisahnya dalam Drama Obsesi Dia setiap hari Isnin hingga Khamis mulai 5 Julai 2023, jam 10.00 malam di slot Samarinda TV3 dan secara online strim di Tonton.

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)