Gadgets

JDT vs Selangor Live Streaming 29 Julai 2023 LS18

Pertembungan antara pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim, JDT dan Selangor FC dijadualkan berlansung pada hari Sabtu, 29 Julai 2023 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor. Sepak mula akan bermula pada jam 9:00 malam.

JDT vs Selangor FC merupakan perlawanan tumpuan bagi peminat bola sepak yang bakal menyaksikan pasukan JDT nombor 1 selaku Juara Liga bertahan menentang pasukan nombor 2 dalam carta Liga Super 2023 dengan beza 11 mata.

Bermain di tempat sendiri semestinya memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah. Misi pasukan JDT sudah tentu ingin terus mencipta kemenangan dan mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang Liga Super 2023 berlansung terutamanya di gelanggang sendiri.

Perlawanan tumpuan ini pasti akan berlansung sengit. Pasukan Selangor FC akan memberikan aksi yang terbaik menentang Pasukan JDT. Malangnya pemain tonggak utama pasukan pelawat Selangor FC, Faisal Halim tidak dapat beraksi dalam perlawanan ini kerana menerima hukuman digantung selama empat bulan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Saksikan perlawanan antara Skuad Harimau Selatan menentang Skuad Gergasi Merah di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada malam ini, Sabtu 29 Julai 2023 samada di stadium ataupun menonton siaran lansung di TV Okey, Sukan RTM dan Sooka.

JDT vs Selangor FC (LS18)

Waktu siaran : Sabtu, 29 Julai 2023, jam 9:00 malam
Tempat : Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri
Siaran TV/ Platform penstriman : TV Okey, astro (CH146), MYTV (110) | Sukan RTM, MYTV (111) dan Sooka

JDT vs Selangor Live Streaming 29 Julai 2023 LS18

Tiket perlawanan JDT vs Selangor FC

Tiket untuk perlawanan Liga Super antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC yang berlansung pada hari Sabtu, 29 Julai 2023 di Stadium Sultan Ibrahim mula dijual menerusi tickethotline.com.my pada 27 Julai bermula jam 2:00 petang.

Setiap penyokong hanya boleh membeli empat (4) tiket sahaja manakala pemegang pas bermusim hanya perlu menunjukkan pas di pintu-pintu masuk semasa masuk ke stadium. Tiket diperlukan untuk penyokong yang berusia 3 tahun ke atas.

Siaran Langsung dan Live Streaming JDT vs Selangor FC Liga Super 29 Julai 2023 LS18

Penonton di rumah boleh menyaksikan Siaran Lansung Liga Super 2023 JDT vs Selangor FC dari Stadium Sultan Ibrahim secara lansung percuma menerusi saluran TV Okey dan Sukan RTM.

Tonton secara online menerusi platform RTMKlik, aplikasi RTMKlik dan juga penstriman Sooka seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra perlawanan secara percuma.

Untuk menonton perlawanan LS17 berbayar yang lain, boleh tonton di platform penstriman Sooka dengan melanggan pas 1 perlawanan berharga RM7.90.

Keputusan masa penuh perlawanan JDT vs Selangor FC Liga Super 2023 (LS18)

FT : JOHOR DARUL TA'ZIM/ JDT (2) - (0) SELANGOR FC/ SEL
Heberty Fernandes 78'
Bérgson (P) 90+3'

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.