Gadgets

Pertama Kali Makan Amplang Sotong Berperisa Kari Dari Sabah

Sedang makan kek birthday anak buah, adik ipar pun bersuara " Tu ada amplang". Macam pernah dengar amplang. Apa ek? Rupanya sejenis cemilan. Atau yang biasa kita sebut, kudapan. Sejenis keropok lah senang faham.

Amplang ini sejenis sejenis makanan ringan berasaskan ikan yang merupakan salah satu makanan tradisional yang popular di Sabah terutama di Tawau. Ia merupakan keropok yang diperbuat daripada ikan

Amplang ini berasaskan ikan, berbentuk bulat dan berwarna putih. Apabila diperisakan dia akan menjadi warna lain. Contohnya seperti sotong perisa kari, amplang akan menjadi warna kemerahan macam dalam gambar.

Amplang Sotong Berperisa Kari Dari Sabah

Amplang sotong berperisa kari maksudnya keropok ikan perisa sotong kari lah kan? Bukan keropok sotong perisa kari? sebabnya amplang ni berasaskan ikan sahaja bukan?

Amplang sotong berperisa kari ni sedap. Keropoknya rangup disaluti taburan bijan dan perisa sotong kari buat lagi sedap. Pertama kali rasa amplang ni sebenarnya. Amplang ni cemilan terkenal di Sabah. Cemilan wajib beli kalau ke Sabah katanya.

Ini pun sepupu encik suami bagi mak mentua di kampung. Dia baru balik bercuti di Sabah. Dalam hari yang sama tu, kami balik kampung dapatlah juga merasa. Dapat jugalah buat bekalan balik rumah mak bagi. 


20 comments:

  1. Beriy kan org pergi Sabah beli amplang bawa balik. Kalau kat Rengit, ada jual kat Azhar Food.. macam² flavor ada. Tak pasti mmg bawa dari Sabah atau tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin di semenanjung dah banyak orang jual kot. Cuma tu lah macam akak cakap, tak tahu dari Sabah ke tidak. Yang beli bila bercuti di Sabah tu kira macam ole ole lah. Beli yang ori dari Sabah gitu.

      Delete
  2. Sedap makan amplang macam makan keropok susah nak berhenti 😀
    Dulu masa g Kota Kinabalu, gigih akak angkut pek besar amplang ni balik Semenanjung. Tak ingat dah amik yang original atau perisa apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh..betul betul borong tu kak Ujie. Kalau suka memang kena beli banyak konsepnya kan. Boleh share dan puas makan juga.

      Delete
  3. Bau dia menusuk hidung tapi rasa dia sedap. Letak dalam bekas, sedar-sedar dah habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pulak saya bau. Hihi...Rasa dia memang sedap. Rangup betul!

      Delete
  4. pertama kali baca dan dengar amplang. rasa dan lihat belum pernah lagi

    ReplyDelete
  5. salam. adeh. ngences plak tgk amplang sotong ni. ade lecturer dri sabah kala balik sana mmg beri kami amplang yg ikan tu.sedaplah makan dgn nasi panas. mcm keropok. tpi yg sotong ni. adei.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh dah biasa ye makan amplang. Macam rare juga makan dengan nasi. Menarik juga.

      Delete
  6. Adik akak baru bagi amplang...tapi jenis ikan tu..yang ni x pernah cuba lagi

    ReplyDelete
  7. aritu masa outstation sabah..ada rasa mcm2 jenis perisa amplang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye? Untung juga kesana dapat rasa macam macam perisa amplang.

      Delete
  8. pertama kali jugak tgk ni..selalu yg biasa tu je..mesti sedap ni

    ReplyDelete
  9. Sedapnya amplang 😍 Kalau dah makan tak boleh nak stop. Bahayaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..saya pertama kali makan. Boleh makan sikit sikit. Tak bahaya sangat pada saya.

      Delete
  10. Memang Tawau pengeluar keropok amplang. Macam-macam jenis ada. Kalau kami ke Tawau mesti beli amplang bawa balik LD. Selalunya amplang dijadikan oleh-oleh kalau balik Malaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira oleh oleh wajib beli lah ni kan Kak Amie kalau ke Tawau.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.