Gadgets

Rancangan Realiti Real Men Malaysia Wira Merah (Astro Ria)

Real Men Malaysia: Wira Merah, sebuah rancangan realiti terbaru di Astro Ria yang ditayangkan mulai 30 Julai 2023, setiap hari Ahad jam 9:00 malam di saluran 104 Astro Ria. Real Men Malaysia: Wira Merah diadaptasi daripada rancangan realiti Korea Selatan yang menampilkan lapan selebriti yang terdiri daripada 6 lelaki dan 2 perempuan dari latar belakang yang berbeza.

Berbeza dengan versi Korea, Real Men Malaysia:Wira Merah memperlihatkan kesemua peserta menyertai latihan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

8 selebriti ini akan merasa pengalaman kehidupan dan latihan sebagai seorang rekrut baharu dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Setiap daripada mereka perlu menjalani latihan yang berat dan ringan untuk mengasah diri mereka dan menjadi sebahagian daripada pasukan bomba dan penyelamat.

REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH

Jumlah episod : 8
Mula siaran : 30 Julai 2023
Waktu siaran : Ahad, jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Ria (CH104)

Senarai 8 Selebriti Real Men Malaysia : Wira Merah

Lapan selebriti yang menyertai dalam rancangan realiti ini adalah atlet negara speed climbing Mat Redho, pempengaruh media sosial Arieff Yong, pelawak Shashic, model Eric Lay, hos Daniel Cheang dan Hawa Rizwana serta pelakon Wafiy dan Jasmine Suraya.

Real Men Malaysia Wira Merah Astro Ria

Lokasi penggambaran

Lokasi penggambaran rancangan Real Men Malaysia Wira Merah 8 episod ini dilakukan sepenuhnya di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai, Terengganu bagi menunjukkan kehidupan sebenar ahli bomba dan penyelamat Malaysia menerusi paparan barisan selebriti yang dipilih. 

Cabaran Real Men Malaysia: Wira Merah

Setiap episod menunjukkan realiti emosi dan cabaran yang perlu diharungi oleh pasukan bomba Malaysia termasuk tatacara memakai pakaian operasi, membentang dan menggulung hos, teknik penyelamatan di bangunan yang runtuh, teknik pemadaman kebakaran dan selainnya.

Real Men Malaysia Wira Merah Astro Ria

Saksikan cabaran tersebut dalam rancangan program realiti Real Men Malaysia: Wira Merah setiap hari Ahad jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria.

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.