Gadgets

Check Out Padi Sentral Homestay, Tamat Percutian 2 Hari 1 Malam Di Sekinchan

Usai mandi dan solat subuh, terus bersiap turun bawah nak ambil gambar di 4 port yang menarik sekitar Padi Sentral Homestay sebelum check out tengahari tu. Walaupun malam tu dah bergambar di tempat-tempat ni. Tapi itu malam, kita bergambar waktu siang lah pula.
  1. Hayun sawah padi
  2. Sawah padi hati cinta
  3. Tangga pelangi 15 kaki
  4. Sawah padi rainbow gate
Keluar je dari Padi Sentral Homestay, nampak pelangi. Rasa lama betul tak nampak pelangi. Dapat tengok depan mata macam ni pun dah rasa happy dah. Tak lupa untuk potretkan si pelangi ni.
 
Pelangi Di Padi Sentral Homestay

Mula-mula kita bergambar di Bangunan tepi Padi Sentral Homestay. Tema hitam dan kelabu. Kena dengan suasana disitu serba industri style. Pagi-pagi cuma ada seorang dua je di luar. Ngam lah tu, masa yang sesuai untuk bergambar. 

baca juga
tempat menarik di sekitar padi sentral homestay


Check Out Padi Sentral Homestay

1. Hayun sawah padi

Lepas tu kita bergambar dan main buaian di hayun sawah padi. Tak ada orang, boleh juga lama-lama di sini. Kita hayun sikit sikit je. Risau kalau-kalau ada kejadian tak diingini berlaku. Mana lah tahu kan...Kita ni muatan berat. Hihi...

Hayun sawah Padi Sentral Homestay

2. Sawah padi hati cinta

Apooo..siang siang pun gambar kelam. Pagi-pagi berkabus tanpa cahaya matahari terang nak buat macamana. Kita ambil je lah. Nanti dah terang confirm ramai orang. 

Sawah padi hati cinta Padi Sentral Homestay

3. Tangga pelangi

Waktu malam dah seram nak naik sampai atas, inikan waktu sianga. Lagi jelas nampak ketinggian tu. Memang tak beranilah nak naik sampai atas. Setakat itu sahaja yang mampu. Bolehlah acah-acah berani kan.

Di tangga pelangi ni ada perkhidmatan drone. Boleh bayar untuk bergambar dan video dengan drone. Masa kami check in pun ramai yang beratur. Yang berani sampai ke atas tu okaylah kan. Kalau rasa tak berani, rugi je bayar tak naik sampai platform atas tu. 

Tangga Pelangi Padi Sentral Homestay

4. Sawah padi rainbow gate

Port sawah padi rainbow gate tu yang berwarna hijau, kuning, merah dan biru. Kami tak ambil gambar disitu sebab macam kurang menarik dan pemijaknya senget. Risau kalau jatuh dalam longkang tengah-tengah tu.

Sawah rainbow gate Padi Sentral Homestay

Lepas bergambar di port menarik sekitar Padi Sentral Homestay, terus gerak ke Kapal Terbang Sekinchan dan beli makan untuk sarapan pagi. Setumbler saiz venti caramel macchiato panas, croissant kosong dan donut. Lepas tu cari nasi lemak bungkus daun pisang, RM2.50.

Breakfast di Rooftop Padi Sentral Homestay

Konon macam nak lepak sarapan di rooftop tapi pagi-pagi pun dah panas. Kita makan di bilik je lah lebih selesa gitu.

Rooftop Padi Sentral Homestay

Sebelum ke bilik, kita ambil dulu panorama dari rooftop Padi Sentral Homestay. 

Rooftop Padi Sentral Homestay

Rooftop Padi Sentral Homestay

Kawasan sawah padi tak sah kalau tak ada binatang ni. Dulu masa study di UiTM Penang memang popular serangga bernama 'Charlie' ni. Siapa tak pernah kena memang hebatlah. Kalau kena ni ibarat macam kulit kena air panas. Melempuh dan meninggalkan parut. Dulu selain ubat Pusat Kesihatan, pakai krim fair n lovely nak cepat hilangkan parut dia. 


Sementara tunggu lif sempat juga ambil gambar yang macam menarik je untuk digambarkan. Tangga ni untuk turun ke bawah kalau taknak nai lif. Boleh je turun tangga ni untuk kebilik sebab 1 level je. Tapi malas menguasai diri, kita guna lif je lah. Hiks~

Rooftop Padi Sentral Homestay

Kita suruh encik suami duduk di tingkap ni. Eh, nampak cantik pula siluet (silhouette) ni.

Rooftop Padi Sentral Homestay

Suruh dia pula ambil gambar kita. Ala, tak secantik gambar di atas. Biasalah kan, kalau orang ambil gambar kita memang begitu. Hihi...itu perkara biasa. I is dah lama redha...Silap angle barangkali.

Rooftop Padi Sentral Homestay

Lepas sarapan sempat juga berehat seketika sebelum check out. Menikmati permandangan sawah padi dari tingkap bilik menghampiri waktu tengahari. Cantik sungguh cerah dan ceria. Mesti lagi menarik kalau musim padi menghijau. Harap ada kesempatan datang menginap di sini bila musim padi tiba.

View Sawah Padi Dari Bilik Padi Sentral Homestay

Gambar terpaling saya suka di Padi Sentral Homestay. Gambar berdua di tingkap bilik dengan berlatarkan permandangan sawah padi yang cantik.

Potret Padi Sentral Homestay

Bergambar berdua juga bersama orang-orang sawah padi.

Potret Padi Sentral Homestay

Logo Padi Sentral Homestay waktu siang. Urusan check out lama sikit berbanding urusan check in sebab staff kena check bilik dan pastikan tiada kerosakan. Kalau ada kerosakan, kena bayar atau tak dapat deposit semula.


Potret Padi Sentral Homestay

Jalan masuk ke Padi Sentral, jalan ni jauh sikit. Jalan yang dekat sedang dibuat. Nanti lebih dekat lah nak masuk ke Padi Sentral Homestay.

Potret Padi Sentral Homestay

Selamat tinggal Padi Sentral Homestay, semoga berjumpa lagi di musim sawah padi jika tiada halangannya dan ada rezeki masa serta bajetnya. Best menginap di sini setara dengan bayarannya. Hotel yang menarik dan rare di Sekinchan. Sesekali menginap di hotel rare macam ni pun best juga.

Macam biasa, harga on weekend mahal sikit dari hari biasa. Kalau nak jimat boleh bercuti pada hari biasa.

Okay, tamat sudah percutian kami 2 Hari 1 Malam di Sekinchan. Lain kali kami datang lagi.


6 comments:

  1. Kalau padi tengah menghijau dan menguning mesti cantik view diaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..maknanya kena repeat datang masa padi tengah menghijau nanti. Harap ada rezekilah merasa datang lagi.

      Delete
  2. Cantik-cantik gambarnya!
    Suasana waktu malam dan siang memang berbeza. Tak rugi ambil gambar dalam dua keadaan itu.
    Sewaktu kami di Perak tempoh hari, kakak pesan singgah Sekinchan tengok kapal terbang. Tapi tak sempat pula sebab nak cepat balik kampung emak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Amie. Ya, tak rugi ambil gambar dalam dua mood berbeza.

      Lain kali bercuti lama bolehlah singgah sini kak Amie. Mana tahu masa tu musim padi menghijau, dapatlah tengok dengan suasana yang lebih menarik gitu.

      Delete
  3. Bestnya bercuti! Ok, masuk list...Kena try satu hari nanti ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bercuti memang menyeronokkan! Kena cuba menginap disini nanti Nona.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.