Telefilem Perempuan Di Hujung Kampung (TV9)

Azhafizah MN
By -
2

Tonton Telefilem Perempuan Di Hujung Kampung bersiaran pada hari Isnin, 24 Julai 2023, jam 8.30 malam di Slot Skrin di TV9 lakonan Amar Asyraf, Chacha Maembong, Marisa Yasmin, Fadilah Mansor, Esma Danial, Zalfa Zin dan ramai lagi.

Telefilem Perempuan Di Hujung Kampung arahan Jetlee Nazir Juhan dan idea asal oleh Adza Irdawati.



TELEFILEM PEREMPUAN DI HUJUNG KAMPUNG
Waktu siaran : Isnin, 23 Julai 2023, jam 8.30 malam
Siaran TV/ Platform penstriman : Slot Skrin di 9 TV9, astro (CH149), myFreeview 109, Tonton dan Xtra
Idea asal : Adza Irdawati Adenan
Pengarah : Jetlee Nazir Juhan
Produksi : ZK Creative Sdn. Bhd.

Telefilem Perempuan Di Hujung Kampung TV9

PELAKON, WATAK DAN SINOPSIS PEREMPUAN DI HUJUNG KAMPUNG

Pelakon Perempuan Di Hujung Kampung dibintangi oleh Amar Asyraf, Chacha Maembong, Marisa Yasmin, Fadilah Mansor, Esma Danial, Zalfa Zin dan ramai lagi.
  • Amar Asyraf sebagai Umar Ariffin
  • Cha Cha Maembong sebagai Bintang
  • Marissa Yasmin sebagai Embun
  • Datin Fadilah Mansor sebagai Nek Kasih
  • Esma Danial sebagai Ustaz Ghazal
Telefilem Perempuan Di Hujung Kampung mengisahkan tentang Umar Ariffin seorang wartawan yang menghadapi depresi selepas beliau kecewa dalam percintaan dan menyebabkan prestasinya dalam perkerjaan sebagai wartawan juga merudum.

Tambahan pula, rakannya kini sudah dinaikkan pangkat ke Ketua Bahagian tetapi tidak untuk Umar. Disebabkan itulah, dia dicabar untuk mencari sebuah kisah masyarakat bagi membuktikan yang dia juga layak untuk jawatan tersebut.

Kemudian dia mendapat tahu satu cerita yang menceritakan tentang 3 balu yang malang kerana setiap lelaki yang berkahwin dengan mereka pasti akan meninggal dunia sebelum sampai 1 tahun.

Telefilem Perempuan Di Hujung Kampung TV9

Adakah cerita tersebut benar dan akan memberikan kesan kepada artikel yang ingin diterbitkan oleh Umar Ariffin? 

Saksikan kesudahan ceritanya dalam Perempuan Di Hujung Kampung pada hari Isnin, 24 Julai 2023, 8.30 malam di TV9.

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. dia kahwin dgn salah seorg daripada balu tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tengok nanti ni Anies. Saya pun tak tengok habis. huhu...

      Delete
Post a Comment