Gadgets

Kuching City vs Perak Live Streaming 16 Julai 2023 LS17

Hari ketiga minggu ke-17 Liga Super 2023 (LS17) menyaksikan perlawanan antara pasukan Kuching City FC dan Perak FC yang akan berlansung pada hari Ahad, 16 Julai 2023, jam 8.15 malam. Skuad The Cats akan menerima kunjungan Skuad Seladang (The Bos Gaurus) bagi merebut 3 mata penting di Stadium Negeri, Sarawak.

Kekalahan pasukan Kuching City FC menentang Sabah FC pada perlawanan yang lalu (LS16) gagal memberikan mata kepada pasukan Kuching City FC. Sekaligus menyebabkan kedudukan Kuching City FC turun satu anak tangga dalam carta Liga Super 2023.

Bermain di gelanggang sendiri memberi kelebihan kepada tuan rumah untuk menebus kekalahan di Ipoh dalam perlawanan LS4 yang lalu.

baca juga

Manakala pasukan Perak FC terpaksa berpuasa hati menambah satu mata dengan keputusan seri 1-1 menantang Kelantan United FC dalam perlawanan LS16. Dengan keputusan tersebut, Perak FC tidak berganjak di kedudukan ke-11 dalam carta Liga Super 2023.

Perak perlu bangkit untuk memperbaiki kedudukan dalam saingan Liga Super musim 2023 ini. "Kejor Yob Kejor!"

Tiket perlawanan Kuching City FC vs Perak FC

Dapatkan tiket perlawanan antara pasukan Kuching City FC vs Perak FC Liga Super 2023 (LS17) pada hari Ahad, 16 Julai 2023 yang berlangsung di Stadium Negeri secara dalam talian (online) menerusi laman rasmi ticket.tickethotline.com.my

Kuching City vs Perak Live Streaming 16 Julai 2023 LS17

Siaran Langsung dan Live Streaming Kuching City FC vs Perak FC Liga Super 16 Julai 2023 LS17

Penonton di rumah boleh menonton Siaran Lansung Liga Super 2023 Kuching City FC vs Perak FC secara lansung di saluran 804 Astro Arena Bola 2 dan Astro Go.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, boleh tonton secara online menerusi platform penstriman Sooka seawal jam 8.00 malam petang bermula dengan siaran pra perlawanan. Untuk menonton perlawanan LS17 yang lain, boleh melanggan pas 1 perlawanan berharga RM7.90 di platform penstriman Sooka.

Live Kuching City FC vs Perak FC (LS17)

Waktu siaran : Ahad, 16 Julai 2023, jam 8.15 malam
Tempat : Stadium Negeri
Siaran TV/ Platform penstriman : Astro Arena Bola 2 (CH804), Astro GO dan Sooka

Keputusan masa penuh perlawanan Kuching City FC vs Perak FC Liga Super 2023 (LS17)

FT : KUCHING CITY FC/ KUC (1) - (2) PERAK FC/ PRK
 Luciano Guaycochea 13'
 Abu Kamara 32'
 Seonung Seo 80'

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.