Telefilem Asam Pedas Pewittt (TV9)

Azhafizah MN
By -
0
Tonton Telefilem Asam Pedas Pewittt lakonan Hazama, Izreen Azminda, Elly Mazlein dan ramai lagi bersiaran pada hari Jumaat, 14 Julai 2023, jam 8.30 malam di Slot Skrin di 9 TV9. Turut menampilkan penampilan istimewa, Amy Search.

Asam Pedas Pewittt karya skrip oleh Erma Fatima diarahkan oleh pengarah yang  juga seorang pelakon iaitu Izuan Mokhtar dan diterbitkan oleh Rumah Karya Citra Sdn. Bhd. 

TELEFILEM ASAM PEDAS PEWITT

Waktu siaran : Jumaat, 14 Julai 2023, jam 8.30 malam
Siaran TV/ Platform penstriman : TV9, astro (CH149), myFreeview 109, Tonton dan Xtra
Penulis skrip : Erma Fatima
Pengarah : Izuan Mokhtar
Produksi : Rumah Karya Citra Sdn. Bhd.

Telefilem Asam Pedas Pewittt TV9

PELAKON DAN WATAK

Pelakon Asam Pedas Pewitt dibintangi oleh Hazama, Izreen Azminda, Elly Mazlein, Azizah Mahzan, Kazar Saisi, Erma Fatima, Zulkifli, Nor Amisah, Amy Search, Ikhwan Idraqee dan ramai lagi.
  • Hazama sebagai Leman
  • Izreen Azminda sebagia Peah
  • Elly Mazlein sebagai Nuri
  • Azizah Mahzan sebagai Ibu Leman
  • Kazar Saisi sebagai Ayah Leman
  • Erma Fatima sebagai Mak Cun
  • Zulkifli sebagia Ayah Peah
  • Nor Amisah sebagai Emak Peah
  • Amy Search sebagai Amy Search

SINOPSIS ASAM PEDAS PEWITTT

Asam Pedas Pewittt mengisahkan tentang Leman merupakan peminat setia Amy Search. Setiap hari dia akan mengikuti perkembangan Amy di media sosial Instagram. Ibu dan bapanya kerap berleter disebabkan leman tidak berkerja dan masih menggangur. 

Leman pula mempunyai kekasih bernama Peah. Ibu bapa Peah tidak sukakan Leman kerana seorang penganggur. Leman hanya bermain gitar dan menyanyi. Oleh kerana tidak tahan dengan leteran ibu bapanya, Leman nekad lari ke Kuala Lumpur.

Peah juga memilih untuk mengikut Leman ke Kuala Lumpur. Namun kehidupan di bandar tidak semudah yang disangkakan untuk Leman dan Peah mendapat pekerjaan dengan hanya mempunyai kelayakan tahap SPM sahaja. 

Pada suatu hari, Leman ternampak masakan asam pedas yang dimasak oleh Amy Search di Instagram. Dia mendapat idea untuk berniaga asam pedas. Adakah Lemon akan berjaya dalam perniagaan Asam Pedasnya? 

Ikuti kisahnya dalam Telefilem Asam Pedas Pewitt di TV9 pada hari Jumaat, 14 Julai 2023, jam 8.30 malam.

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)