Drama Keria Women (TV3)

Azhafizah MN
By -
0
Tonton Drama Keria Women, drama Melayu bersiri terbaru di slot Lestary TV3 mulai 8 Julai setiap hari Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam.

Keria Women lakonan Rita Nadira, Sharleen, Fify Azmi dan ramai lagi diarahkan oleh Rusdi Ramli terbitan Anomali Media Production.

DRAMA KERIA WOMEN

Jumlah episod : 13
Mula siaran : 8 Julai 2023
Waktu Siaran : Khamis - Sabtu, jam 9.00 malam
Siaran TV/ Platform penstriman : Slot Lestary TV3, astro (CH103), Tonton 
Penulis skrip : Intan Zarina M Yasin
Pengarah : Rusdi Ramli
Produksi : Anomali Media Production

Tonton Drama Keria Women TV3

PELAKON DAN WATAK

Pelakon Keria Women menampilkan Rita Nadira, Sabrina Sharleen, Fify Azmi, Raja Ema, Ezaidi Aziz, Marc Syahmie, Muazmeer Mohsin, Shy Rim dan ramai lagi.

  • Rita Nadira sebagai Naura
  • Fify Azmi sebagai Icha
  • Raja Ema sebagai Cik Mah

SINOPSIS KERIA WOMEN

Drama Keria Women mengisahkan tentang Naura, seorang pengurus kewangan di sebuah syarikat terkemuka yang kecewa setelah menjadi mangsa diskriminasi dan gangguan seksual di tempat kerja. Oleh kerana layanan yang tidak adil diberikan oleh bossnya, Naura tidak teragak-agak untuk meletak jawatan walaupun sebelum ini selesa dengan pekerjaannya di situ.

Sally, pembantu peribadi Naura telah mengajak Naura untuk pulang ke kampung halamannya di Melaka agar Naura dapat menenangkan diri daripada peristiwa tersebut. Pada awalnya, Naura berasa janggal dan sukar untuk menyesuaikan diri dengan suasana di kampung kerana dia telah dibesarkan di bandar sejak umurnya masih kecil.

Cik Mah, ibu kepada Sally merupakan seorang peniaga kuih keria warisan yang cukup terkenal di kampung itu. Naura dapat melihat kuih keria Cik Mah itu berpotensi untuk tembus ke pasaran luar lantaran keistimewaan dan sambutan yang luar biasa. 

Berbekalkan pengetahuan dan pengalamannya sebagai pengurus kewangan, Naura mula membuat pelan bisnes untuk mengkomersialkan kuih keria itu walaupun masih janggal dengan peralihan kariernya. 

Berhasilkah percaturan Naura untuk mengkomersialkan kuih keria Cik Mah? Tonton Drama Keria Women, Khamis hingga Sabtu mulai 8 Julai 2023, jam 9.00 malam di TV3 dan secara online strim di Tonton

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)