Gadgets

KL City vs Negeri Sembilan Live Streaming 15 Julai 2023 LS17

Pertembungan antara Kuala Lumpur, KL City FC dan Negeri Sembilan FC merupakan perlawanan ke-24 minggu keempat Liga Super (LS4) yang tertangguh dijadualkan berlansung pada hari Sabtu, 15 Julai 2023 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. Sepak mula bermula pada jam 5.30 petang.

Skuad The City Boys, KL City FC telah bersiap sedia melayani kunjung Skuad Jang di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur bagi merebut 3 mata penting sebelum menempuh saingan penting akhir Piala FA 2023 menentang Skuad Harimau Selatan, JDT.

Pada perlawanan yang lalu minggu ke-16 (LS16), Pasukan KL City beraksi cemerlang berjaya membolosi gawang pasukan Terengganu FC dengan 3 gol. Akan tetapi kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri dan masing-masing berjaya menambah 1 mata dengan terikat 3-3.

Dengan keputusan itu, KL City turun satu anak tangga dalam carta Liga Super 2023. Pasukan Negeri Sembilan tidak kurang hebatnya menjaga gawang gol mereka dengan hanya bolos 2 gol menentang pasukan JDT.

Kedudukan Skuad Jang juga turun satu anak tangga dalam carta Liga Super 2023. Kedua-dua pasukan pasti akan bangkit dalam misi menambah 3 mata penting dan seterusnya memperbaiki kedudukan dalam carta liga.

baca juga
keputusan JDT vs Negeri Sembilan FC LS16

Tiket perlawanan KL City FC vs Negeri Sembilan FC

Dapatkan tiket perlawanan antara pasukan Kuala Lumpur City FC vs Negeri Sembilan FC Liga Super 2023 (LS17) pada hari Sabtu, 15 Julai 2023 yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur menerusi laman rasmi ticket.tickethotline.com.my

Jualan tiket fizikal pada hari Sabtu, 15 Julai 2023 bermula pukul 12.00 tengahari di Kaunter A, Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

KL City vs Negeri Sembilan Live Streaming 15 Julai 2023 LS17

Siaran Langsung dan Live Streaming Kuala Lumpur, KL City FC vs Negeri Sembilan FC Liga Super 15 Julai 2023 LS17

Penonton di rumah boleh menyaksikan Siaran Lansung Liga Super 2023 KL City FC vs Negeri Sembilan FC secara lansung menerusi saluran 804 Astro Arena Bola 2 dan Astro Go.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, boleh tonton secara online menerusi platform penstriman Sooka seawal jam 5.00 petang bermula dengan siaran pra perlawanan. Untuk menonton perlawanan LS17 yang lain, boleh melanggan pas 1 perlawanan berharga RM7.90 di platform penstriman Sooka.

Live Kuala Lumpur City FC vs Negeri Sembilan FC (LS17)

Waktu siaran : Sabtu, 15 Julai 2023, jam 5.30 petang
Tempat : Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
Siaran TV/ Platform penstriman : Astro Arena Bola 2 (CH804), Astro GO dan Sooka

Keputusan masa penuh perlawanan Kuala Lumpur City FC vs Negeri Sembilan FC Liga Super 2023 (LS17)

FT : KUALA LUMPUR CITY FC/ KLC (1) - (1) NEGERI SEMBILAN FC/ NSE
 Romel Morales 40'
 Zainal Abidin Jamil 90+4'

2 comments:

  1. sy jangkakan game ni akan berakhir dengan seri 2-2

    ReplyDelete
    Replies
    1. KL City tengah power, Nismilan ON OFF juga. Kita nantikan game petang nanti.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.