Drama Budak Hostel Otaknya Sewel (Astro Ria)

Azhafizah MN
By -
10
Tonton Drama Budak Hostel Otaknya Sewel mulai 31 Julai 2023 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di saluran 104 Astro RIA dan Astro GO.

Drama Budak Hostel Otaknya Sewel, sebuah drama adaptasi Novel Budak Hostel Otaknya Sewel karya Hasrul Rizwan dibintangi Tuah Adzmi, Izz Ilham, Sharnaaz Ahmad, Azhan Rani dan ramai lagi diarahkan oleh Norhanisham Muhamad atau lebih dikenali dengan nama Mr. Labu.

Buat pertama kalinya Tuah Adzmi yang merupakan salah seorang peserta Big Stage Musim 4 menceburkan diri dalam bidang lakonan dan ini merupakan drama pertama beliau.

DRAMA BUDAK HOSTEL OTAKNYA SEWEL

Jumlah episod : 18
Mula siaran : 31 Julai 2023
Waktu siaran : Rabu & Khamis, jam 9.00 malam
Siaran TV/Platform penstriman : Astro Ria dan Astro Go
Pengarah : Norhanisham Muhamad @ Mr. Labu
Produksi : Radius One Sdn. Bhd.

Drama Budak Hostel Otaknya Sewel Astro Ria

PELAKON

Pelakon Budak Hostel Otaknya Sewel dibintangi oleh Tuah Adzmi, Izz Ilham, Baihaq Majid, Adam Eji, Amelia Christie, Zarul Imran, Ahmad Amim, Azhan Rani, Sharnaaz Ahmad, Datin Natasha, Adzim Hariz, Amsyar Aziz, Aya Amiruddin dan ramai lagi.

WATAK PELAKON

  • Tuah Adzmi sebagai Akhil
  • Izz Ilham sebagai Cupin
  • Baihaqi Majid sebagai Mat Piah
  • Adam Eji sebagai Widad
  • Amelia Christie sebagai Zakiah Merican
  • Zarul Imran sebagai Borhan
  • Ahmad Amim sebagai Adam
  • Azhan Rani sebagai Cikgu Marzooki
  • Sharnaaz Ahmad sebagai Cikgu Danial
  • Datin Natasha sebagai Cikgu Murni
  • Adzim Hariz sebagai Ghani
  • Amsyar Aziz sebagai Munawir
  • Aya Amiruddin sebagai Balkis Tonggek
  • Flora Haron sebagai Angah

SINOPSIS BUDAK HOSTEL OTAKNYA SEWEL

Drama Budak Hostel Otaknya Sewel mengisahkan tentang Akhil dan rakan-rakannya merancang untuk pecah masuk ke asrama perempuan (aspuri) untuk mencuri “barang” milik Zakiah Merican seorang perempuan terpaling popular setelah dicabar dan diugut oleh gang Borhan. 

Sekiranya Akhil berjaya memecah masuk asrama perempuan, Borhan akan memulangkan kembali surat rahsia milik Akhil yang dicurinya. Menerusi bantuan rakan-rakannya, Akhil mula merancang strategi memecah masuk ke dalam asrama perempuan. 

Drama Budak Hostel Otaknya Sewel Astro Ria

Cabaran demi cabaran terpaksa mereka lalui untuk menjalankan rancangan nakal mereka termasuklah perlu berhadapan dengan warden mereka yang sangat garang iaitu Cikgu Marzuki.

Cikgu Marzuki merupakan pesaing Cikgu Daniel dalam cubaan untuk memenangi hati Cikgu Murni. Kesempatan itu diambil oleh Akhil untuk memasuki asrama perempuan ketika Cikgu Marzuki terleka. 

Namun tanpa disedari ada sesuatu yang “menghalang” usaha mereka setelah mereka berjaya memasuki asrama perempuan itu.

SINOPSIS NOVEL BUDAK HOSTEL OTAKNYA SEWEL

"Tidak namanya jantan la kalau tak pernah pecah masuk asrama perempuan!" Kata-kata Borhan bak belati yang membelah ke dada Akhil. Borhan satu-satunya pelajar lelaki yang pernah berjaya memecah masuk ke dalam asrama perempuan. 

Akhil menyahut cabaran Borhan dan mengumpulkan tiga teman baiknya, Mat Piah, Widad dan Cupin untuk satu misi berani mati. Mencuri baju dalam wanita yang paling cantik di sekolah. Dan ianya sudah tentulah Zakiah Merican. Gadis tercantik di sekolah yang membuatkan hati para pelajar lelaki bergoncangan.
Novel Budak Hostel Otaknya Sewel
sumber : google

Masuk seperti seekor lipas tanpa dapat dikesan. Keluar seperti seekor tikus yang menyusup bak halimunan. Plan disusun rapi untuk masuk pada malam hari karnival. Namun perancangan yang bermula dengan lancar bertukar sebaliknya. Satu persatu kekacauan mula mengundang petaka saat kaki melangkah masuk ke dalam asrama wanita.

Malam yang sepatutnya menjadi sejarah yang manis menjadi sebuah malam yang panjang. Malam yang penuh naharam!

Tonton Drama Budak Hostel Otaknya Sewel mulai 31 Julai 2023 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di Astro Ria dan Astro Go.

Post a Comment

10Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment