Gadgets

Terengganu vs Negeri Sembilan Live Streaming 28 Julai 2023 LS18

Saingan Liga Super 2023 minggu kelapan belas kembali dengan pembukaan perlawanan antara pasukan Terengganu FC menentang Negeri Sembilan FC yang dijadualkan berlansung pada hari Jumaat, 28 Julai 2023 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Terengganu.

Sepak mula akan bermula pada jam 9:00 malam. Manakala siaran pra perlawanan akan bermula pada jam 8:30 malam.

Skuad Jang akan berkunjung ke gelanggang tuan rumah Skuad Sang penyu bagi merebut 3 mata berharga. Dalam saingan LS17, kedua-dua pasukan hanya melakar keputusan seri dan hanya membawa pulang 1 mata.

Berdasarkan kedudukan terkini carta Liga Super 2023, pasukan Terengganu berada di tangga ke enam. Manakala pasukan Negeri Sembilan di tempat kesembilan dengan hanya beza 5 mata. 

Dengan jumlah mata yang terkumpul itu, sudah pasti Skuad Jang akan beraksi dengan baik di tempat lawan bagi menambah mata dan seterusnya memperbaiki kedudukan dalam carta liga.

Perlawanan ini merupakan peluang terbaik buat pasukan Terengganu FC apabila bermain di tempat sendiri memberikan kelebihan dalam merebut 3 mata penting.

baca juga
keputusan PDRM vs Terengganu FC LS17

Terengganu FC vs Negeri Sembilan FC (LS18)

Waktu siaran : Jumaat, 28 Julai 2023, jam 9:00 malam
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu
Siaran TV/ Platform penstriman : Astro Arena Bola (CH803), Astro GO, Sooka

Terengganu vs Negeri Sembilan Live Streaming 28 Julai 2023 LS18

Tiket perlawanan Terengganu vs Negeri Sembilan FC

Tiket untuk perlawanan Liga Super antara Terengganu FC dan Negeri Sembilan FC yang berlansung pada hari Jumaat, 29 Julai 2023 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin boleh didapati menerusi tickethotline.com.my.

Jualan tiket fizikal
Tarikh : Jumaat, 28 Julai 2023
Masa : 10:00 Pagi -12:00 Tengahari | 3:00 Petang - 9:30 Malam
Tempat : Kaunter A dan C Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
*Sehingga tiket habis dijual

Harga tiket
Dewasa : RM20.00
Kanak-Kanak (6-12 tahun) : RM10.00

Harga tiket online
Harga Tiket Dewasa : RM20.00 (caj diserap)
Harga Tiket Kanak2 : RM10.00 (caj diserap)

Siaran Langsung dan Live Streaming Terengganu FC vs Negeri Sembilan FC Liga Super 28 Julai 2023 LS18

Penonton di rumah boleh menyaksikan Siaran Lansung Liga Super 2023 Terengganu FC vs Negeri Sembilan FC dari Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin secara lansung menerusi saluran 803 Arena Bola dan Astro GO seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-perlawanan.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, boleh juga menonton perlawanan Terengganu FC vs Negeri Sembilan FC di platform penstriman Sooka dengan melanggan pas 1 perlawanan berharga RM7.90.

Keputusan masa penuh perlawanan Terengganu FC vs Negeri Sembilan FC Liga Super 2023 (LS18)

FT : TERENGGANU FC/ TER (1) - (1) NEGERI SEMBILAN FC/ NSE
 Ivan Mamut 66' 
 Hérold Goulon 89'

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.