Telefilem Jiwa Tanpa Jiwa (TV2)

Azhafizah MN
By -
4
Tonton Telefilem Jiwa Tanpa Jiwa bersiaran pada hari Isnin, 24 Julai 2023 jam 9.00 malam di saluran RTM TV2 Slot Drama On 2. Telefilem Jiwa Tanpa Jiwa ini merupakan telefilem terbaharu TV2 lakonan gandingan Syafi Tee dan Ezzaty Abdullah.

Turut dibantu oleh Melissa Aurellia, Farhan Asri, Jasmin Hamid dan ramai lagi. Boleh juga tonton Telemovie Jiwa Tanpa Jiwa secara online live streaming online menerusi platform penstriman RTM Klik atau menggunakan aplikasi RTM Klik. 

Telefilem Jiwa Tanpa Jiwa TV2

TELEFILEM JIWA TANPA JIWA

Waktu siaran : Isnin, 24 Julai 2023, jam 9.00 malam
Siaran TV/ Platform Penstriman : RTM TV2, astro (CH102), RTM Klik atau aplikasi RTM Klik
Penulis skrip : Hj Ainon Ariff, Nur Naquyah Burhanuddin , Ainur , Mohamad Aiman & Ijan Ai
Pengarah : Razuri Ajmain
Produksi : Les' Copaque Film Sdn. Bhd.

PELAKON, WATAK DAN SINOPSIS JIWA TANPA JIWA

Pelakon Jiwa Tanpa Jiwa dibintangi oleh Syafi Tee, Ezzaty Abdullah, Farhan Asri, Melissa Aurellia, Jasmin Hamid dan ramai lagi.
  • Syafi Tee sebagai Jiwa
  • Ezzaty Abdullah sebagai Maya
  • Melissa Aurellia sebagai Nana
  • Farhan Asri sebagai Man
  • Jasmin Hamid sebagai Mak Jiwa
Jiwa Tanpa Jiwa mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Jiwa merupakan seorang pelajar seni lukisan dan sering mendapat pujian daripada pensyarahnya. 

Dia tidak pernah melukis potret sehinggalah dia bertemu dengan Maya, Jiwa kemudian mengupah Maya untuk menjadi subjek lukisannya, namun Maya tidak dibenarkan untuk melihat lukisan tersebut hinggalah ianya siap. 

Telefilem Jiwa Tanpa Jiwa TV2

Jiwa dan Maya berkahwin selepas tamat belajar namun rumahtangga mereka diuji kerana Jiwa mempunyai penyakit psikologi yang menjadikan dia seorang yang sukar untuk meluahkan emosinya.

LAGU TEMA (OST) JIWA TANPA JIWA

Tajuk lagu : Jiwa Tanpa Jiwa
Penyanyi : Nini Razali

Tajuk lagu : Apa Erti Jiwa
Penyanyi : Yubi

Post a Comment

4Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. ooo les' copaque dah beralih kepada penghasilan drama2 ke ni....baru tahu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, yang saya update ada beberapa dah. Bagus juga kembangkan dalam drama selain fokus pada satu je kan.

      Delete
Post a Comment