JDT vs KL City Live Streaming 3 Julai 2023 LS15
Baki 3 perlawanan Liga Super kelima belas (LS15) akan berlansung serentak hari ini, Isnin 3 Julai 2023. Kesemua perlawanan akan berlansung pada jam 9.00 malam. Perlawanan ke-99 antara Kelab bolasepak Johor Darul Ta'zim, JDT bertemu pasukan Kuala Lumpur, KL City FC yang dijadualkan berlansung pada hari Isnin, 3 Julai 2023 jam 9.00 malam bertempat di Stadium Sultan Ibrahim.
Perlawanan saingan Liga Super antara JDT vs KL City FC boleh dianggap sebagai pra perlawanan Final Piala FA 2023 kerana kedua-dua pasukan akan bertemu kembali pada 22 Julai dalam saingan Akhir Piala FA 2023.
Pasukan pelawat, Skuad The City Boys juga akan memberikan saingan yang sengit bagi memburu kedudukan di kelompok teratas Liga Super 2023.
Pastinya saingan perlawanan JDT vs KL City FC akan menjadi perlawanan tumpuan utama malam ini. Setakat LS15, JDT berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dengan kutipan mata sebanyak 42 dan hanya bolos 2 gol. KL City FC berada di kedudukan ke-6 dengan 23 mata terkumpul.
Dalam aksi LS14, JDT menang tipis menewaskan pasukan lawan Terengganu FC dengan mencetak 3 gol berbalas 1. Manakala pasukan KL City FC terikat seri 1-1 menentang Penang FC.
Pembelian tiket perlawanan JDT vs KL CITY FC
Tiket untuk perlawanan Liga Super antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kuala Lumpur (KL) City FC pada 3 Julai 2023 yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim akan mula dijual menerusi ticket.tickethotline.com.my pada 1 Julai bermula jam 2.00 petang.Setiap penyokong hanya boleh membeli empat (4) tiket sahaja. Pemegang pas bermusim hanya perlu menunjukkan pas anda di pintu-pintu masuk untuk kemasukan ke stadium. Tiket diperlukan untuk penyokong yang berusia 3 tahun ke atas.

Siaran Langsung/ Live Streaming JDT vs KL CITY FC Liga Super 3 Julai 2023 LS15
Penonton di rumah boleh menyaksikan Siaran Lansung Liga Super 2023 JDT vs KL City FC secara lansung menerusi saluran TV2 dan Sukan RTM.
Atau boleh tonton secara online menerusi platform RTMKlik, aplikasi RTMKlik dan juga penstriman Sooka seawal jam 8:45 malam bermula dengan siaran pra perlawanan secara percuma untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Live JDT vs KL City FC (LS15)
Waktu siaran : Isnin, 3 Julai 2023, jam 9.00 malamTempat : Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri
Siaran TV/ Platform penstriman : TV2, Sukan RTM dan Sooka
Keputusan masa penuh perlawanan JDT vs KL City FC Liga Super 2023 (LS15)
FT : JDT (6) - (1) KL CITY FC
Diogo Luís Santo 12' 35' 44'





last beli season pass tahun 2020, lepastu tak pergi stadium lagi dah
ReplyDeleteDok dekat ada season pass syoklah boleh pergi. Kadang masa tu tak mengizinkan.
Delete