Gadgets

Tema & Logo Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia (HKHM) 2023, Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Hari Kebangsaan Malaysia (National Day) juga dikenali sebagai Hari Kemerdekaan (Independence Day) atau Hari Merdeka disambut pada setiap 31 Ogos setiap tahun di seluruh Malaysia. Manakala Hari Malaysia pula disambut pada 16 September.

Sambutan Hari Kebangsaan/ Kemerdekaan dan Hari Malaysia merupakan cuti umum bagi seluruh Malaysia. Hari Kebangsaan Malaysia 2023 jatuh pada hari Khamis, 31 Ogos 2023. Tarikh Hari Malaysia 2023 pada 16 September 2023 iaitu hari Sabtu.

Sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Sambutan  Hari Kebangsaan disambut dengan tema & logo berbeza-beza setiap tahun. Pelancaran logo dan tema sambutan Hari Kebangsaan 2023 dan Hari Malaysia 2023 telah diadakan di Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah secara serentak oleh Menteri Komunikasi dan Digital YB Fahmi Fadzil.


Tema Hari Kebangsaan & Tema Hari Malaysia 2023

Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023 adalah "Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan"

‘Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ dipilih sebagai tema Sambutan HKHM 2023. Tema ini mendasari TEKAD pemimpin bersama rakyat bagi memastikan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang mempunyai semangat PERPADUAN yang tinggi, bersatu-padu, aman dan sejahtera.

HARAPAN Malaysia MADANI adalah PERPADUAN sebagai kunci utama bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan yang berteraskan Kemampanan budaya bangsa,berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat-menghormati dan ihsan.

Logo Malaysia MADANI menjadi logo rasmi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023

Logo Malaysia MADANI dijadikan sebagai logo rasmi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023 kerana reka bentuk logo ini yang berteraskan Malaysia MADANI dan sebagai simbolik ‘tangan yang sedang diangkat untuk melafazkan ikar Rukun Negara’.

Logo Malaysia MADANI HKHM 2023

Logo HKHM 2023 ini juga mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang yang bertepatan dengan maksud tema yang dipilih pada tahun ini selaras dengan jati diri serta semangat patriotik rakyat Malaysia yang berbilang bangsa hidup dalam keharmonian, sehati dan sejiwa.


Logo Malaysia MADANI yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ini terletak pada enam rukun iaitu :

M (keMampanan)
A (kesejAhteraan)
D (Daya cipta)
A (hormAt)
N (keyakiNan)
I (Ihsan)

Rasional Logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 (Malaysia MADANI)

Malaysia MADANI merupakan panduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik sebagai dasar pentadbiran yang lebih manusiawi. Malaysia MADANI bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban.

Kerangka Malaysia MADANI menjadi pemacu kewujudan masyarakat maju dan bertamadun berdasarkan ilmu pengetahuan, tradisi, khazanah dan kearifan tempatan.

Rasional Logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 Malaysia MADANI

  • Jalur – 5 jari dengan jalur merah putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara, asa ideologi Malaysia
  • Bulatan – Bulatan berwarna biru menandakan kebulatan, muafakat dan perpaduan di kalangan rakyat
  • Bulan Sabit – Bulan merupakan simbol agama Islam sebagai agama Persekutuan
  • Bintang – Bintang berbucu 14 menandakan perpaduan di kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan
  • WARNA BIRU – Kesatuan nasional, keterangkuman dan persaudaraan
  • WARNA MERAH – Keberanian, jatidiri dan keazaman
  • WARNA KUNING – Nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan
  • WARNA PUTIH – Keluhuran budi, kesucian hati dan hasrat murni

Lagu tema Malaysia MADANI

Malaysia MADANI merupakan hasil ciptaan dan nyanyian kumpulan Bunkface menjadi lagu tema rasmi yang berkonsepkan MADANI diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lirik berdasarkan enam rukun MADANI yang menjadi kerangka visi baharu negara pimpinan Anwar, selain sebagai tonggak dalam memeta hala tuju Malaysia ke arah negara bangsa maju serta sejahtera.

Untuk maklumat lanjut mengenai logo, tema dan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023, layari http://merdeka360.my/

Sumber info dan gambar : Merdeka360

2 comments:

  1. Diam tak diam, dah nak sampai bulan kemerdekaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye wak..Kejap nak masuk bulan 8 dah. Rasa macam baru je lagi bulan 7

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.