Gadgets

Tarikh Dan Niat Puasa Sunat Muharam (Puasa Isnin, Khamis, Hari Tasu'a, Hari Asyura dan Hari Putih) 1445H 2023M Arab dan Rumi

Datangnya bulan Muharam bermakna bermulanya tahun baru dalam kalendar Islam. Bulan Muharam merupakan bulan pertama dari tahun Hijriah dan merupakan salah satu bulan yang istimewa (bulan haram) dan dimuliakan oleh Allah SWT.

Pada bulan Muharam juga, Nabi Muhammad SAW berhijrah dari kota Mekah ke kota Madinah menegakkan syiar Islam yang merupakan peristiwa penting dalam sejarah Islam.

Selain itu, pada bulan Muharam juga terdapat hari yang istimewa iaitu hari Tasu'a dan hari Asyura yang jatuh pada tanggal 9 dan 10 Muharam. Pada hari Tasu'a dan Asyura, umat Islam dianjurkan untuk untuk melakukan berbagai amalan-amalan yang disunnahkan.

Amalan-amalan bulan Muharam

Selain bulan Muharam dimulakan dengan doa akhir dan awal tahun Hijrah. Amalan yang boleh kita dilakukan di bulan Muharam adalah dengan melaksanakan puasa sunat. 

Rasulullah SAW berkata, bulan yang paling baik untuk berpuasa selepas Ramadan ialah puasa pada Muharam. Manakala solat sunat yang utama selepas solat fardu ialah solat sunat malam (Qiamullail).

Puasa Sunat Tasu’a Dan Asyura Bulan Muharam

Anjuran berpuasa sunat 9, 10 dan 11 Muharam yang dinamakan Hari ‘Asyura dan Hari Tasu’a. Dari perkongsian Mufti Wilayah Persekutuan, amalan berpuasa pada hari sebelum atau selepas 10 Muharam adalah bertujuan bagi menyelisihi amalan penganut agama Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharam sahaja.

Akan tetapi, tiada masalah untuk berpuasa sunat pada 10 Muharam sahaja kerana pahalanya tetap dikira.

Walaubagaimana pun Puasa sunat Asyura pada 10 Muharam adalah lebih baik dilakukan selama dua hari berturut-turut sama ada (9 Muharam dan 10 Muharam) atau (10 Muharam dan 11 Muharam).

Rebutlah peluang kedatangan bulan Muharam untuk melakukan banyak puasa sunat khususnya pada 9 Muharam dan 10 Muharam di samping memperbanyak solat malam.

Bagi tahun 2023, tarikh puasa sunat bulan Muharam seperti dibawah :

Tarikh puasa sunat bulan Muharam 1445H/ 2023M (Puasa Sunat Isnin, Khamis, Tasu'a dan Asyura)

  • 1 Muharam 1445H (19 Julai 2023), Rabu : Puasa awal tahun Hijrah
  • 2 Muharam 1445H (20 Julai 2023), Khamis : Puasa sunat hari Khamis
  • 6 Muharam 1445H (24 Julai 2023), Isnin : Puasa sunat hari Isnin
  • 9 Muharam 1445H (27 Julai 2023), Khamis : Puasa sunat Tasu'a
  • 10 Muharam 1445H (28 Julai 2023), Jumaat : Puasa sunat Asyura
  • 13 Muharam 1445H (31 Julai 2023), Isnin : Puasa sunat Putih
  • 14 Muharam 1445H (1 Ogos 2023), Selasa : Puasa sunat Putih
  • 15 Muharam 1445H (2 Ogos 2023), Rabu : Puasa sunat Putih
  • 16 Muharam 1445H (3 Ogos 2023), Khamis : Puasa sunat hari Khamis
  • 20 Muharam 1445H (7 Ogos 2023), Khamis : Puasa sunat hari Isnin
  • 23 Muharam 1445H (10 Ogos 2023), Khamis : Puasa sunat hari Khamis
  • 27 Muharam 1445H (14 Ogos 2023), Isnin : Puasa sunat hari Isnin
  • 30 Muharam 1445H (17 Ogos 2023), Khamis : Puasa sunat hari Khamis

TARIKH PUASA SUNAT BULAN MUHARAM 1445H 2023M

Bacaan Niat puasa Isnin, Khamis, puasa sunat Tasu’a, puasa sunat Asyura dan puasa sunat hari Putih

Waktu Bacaan Niat : Bacaan lafaz niat boleh dilafazkan bermula malam hari sehingga siang hari sebelum waktu tergelincirnya matahari atau sebelum waktu zuhur.

Lafaz Niat Puasa Sunat Tasu’a

نَوَيْتُ صَوْم تَاسُعَاء سُنَّة لله تَعَالى
Niat puasa sunat Tasu'a dalam rumi
Nawaitu Sauma Tasu’a Sunnatal Lillahita’ala
Maksudnya : Sahaja Aku Puasa Sunat Hari Tasu’a Esok Hari Kerana Allah Ta’ala

Lafaz Niat Puasa Asyura

نَوَيْتُ صَوْم عشرسُنَّة لله تَعَالى
Niat puasa sunat Asyura dalam rumi
Nawaitu Sauma Asyura Sunnatal Lillahita’ala
Maksudnya : Sahaja Aku Puasa Sunat Hari Asyura Esok Hari Kerana Allah Ta’ala

Berpuasa pada hari ‘Asyura’ (10 Muharam) mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Qatadah bahawa Nabi SAW bersabda : 
Puasa hari ‘Asyura’ itu; sesungguhnya Aku bermohon kepada Allah agar dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya.— Riwayat: al-Tirmizi

Niat Puasa Puasa Isnin, Khamis, Hari Tasu'a, Hari Asyura dan Hari Putih 1445H 2023M Arab dan Rumi

Lafaz niat puasa sunat hari Isnin

نَوَيْتُ صَوْمَ يَوْمَ اْلاِثْنَيْنِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى
Niat puasa sunat hari Isnin dalam rumi
Nawaitu sauma yaumal itsnaini sunnatan illahi ta’ala
Maksudnya : Sahaja aku berniat puasa sunat hari isnin kerana Allah ta’ala.

Lafaz niat puasa sunat hari Isnin

نَوَيْتُ صَوْمَ يَوْمَ الْخَمِيْسِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى
Niat puasa sunat hari Khamis dalam rumi
Nawaitu sauma yaumal khomiisi sunnatan lillahi ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku berniat puasa sunat hari khamis kerana Allah ta’ala.

Niat puasa sunat Hari Putih (Ayyamul Bidh)

نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ اْلبِيْضِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
Niat puasa sunat hari putih dalam rumi
Nawaitu sauma ayyaamal bidh sunnatan lillahi ta’ala
Maksudnya : Sahaja aku puasa sunat hari putih kerana Allah Taala.

baca juga

Fadilat puasa sunat Asyura

Kelebihan puasa Asyura dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya. Daripada Abu Qatadah R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda :

صِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ

Maksudnya : Berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya. —Riwayat Ibn Majah : 1738

Fadilat Berpuasa Hari Tasu’a 

Tujuan berpuasa sunat pada hari Tasu’a adalah untuk membezakan amalan yang dilakukan kaum Yahudi iaitu berpuasa pada 10 Muharam sahaja. Dan juga riwayat daripada Ibn Abbas R.A. beliau berkata bahawa Nabi S.A.W bersabda :

صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ، صُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا، أَوْ بَعْدَهُ يَوْمًا

Maksudnya : Berpuasalah kalian pada hari ‘Asyura dan berbezalah dengan golongan Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya ataupun sehari selepasnya.—Riwayat Ahmad : 2154

Kelebihan bulan Muharam

1. Muharam merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah)
2. Bulan Muharam menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam untuk memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
3. Dalam pada itu, Muharam juga adalah salah satu daripada empat bulan yang dihormati dan memiliki kemuliaan di sisi Allah SWT. Jumlah bulan dalam setahun yang ditetapkan Allah SWT terdapat 12 bulan semuanya. Ia diciptakan sejak Allah SWT menciptakan langit dan bumi lagi.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati.—Surah at-Taubah, ayat 36

Imam Ibnu Kathir menyatakan, orang yang melakukan kemaksiatan dan kezaliman pada bulan itu akan ‘dilipat gandakan’ dosanya oleh Allah SWT.

Kelebihan berpuasa di bulan Muharam

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : 
Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah puasa di bulan Allah, iaitu MUHARAM. Sedangkan solat yang paling utama setelah solat fardhu adalah solat malam.—Hadis riwayat muslim, 1163

Kelebihan dan fadilat puasa bulan Muharam, Hari Tasu'a dan Hari Asyura

  1. Sunat berpuasa pada 10 Muharam, berdasarkan hadis bahawa berpuasa pada 10 Muharam memiliki fadilat menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu.
  2. Disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharam mengiringi 10 Muharam kerana ini perintah Rasulullah SAW agar menyelisihi amalan kaum Yahudi pada zaman baginda.
  3. Ulama juga menyatakan jika tidak dapat berpuasa pada 9 Muharam maka berpuasalah pada 10 dan 11 Muharam.
  4. Apakah hukum berpuasa pada 10 Muharam sahaja? Menurut Imam Ibnu Hajar di dalam karya beliau “Tuhfah al-Muhtaj”:
     قول المتن (وعاشوراء) ولا بأس بإفراده
    Maksudnya :
    Teks (Al-Minhaj) menyebut: “…dan (disunatkan berpuasa) Asyura” dan tidak mengapa hanya berpuasa pada hari itu sahaja.
  5. Menurut kenyataan di atas, mazhab Syafi’ie mengharuskan berpuasa pada 10 Muharam sahaja walaupun tanpa iringan puasa pada 9 Muharam.
  6. Namun yang amat digalakkan iaitu lebih afdal berpuasa sehari sebelum Asyura kerana itu keazaman baginda pada masa akan datang. Jika tidak dapat berpuasa pada 9 Muharam maka digantikan pada 11 Muharam.

Wallahu'alam.

Kredit : Ustaz Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil
Sumber : https://www.mais.gov.my/kemuliaan-bulan-hijrah/ | mysumber 


4 comments:

  1. Terima kasih Fiza atas peringatan puasa sunat Muharam.

    ReplyDelete
  2. insya allah kalau tak ada aral melintang sy mmg nak puasa 2 hari tu nanti...harap2 bdn sihat dah ms tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga diberi kesihatan yang baik untuk berpuasa nanti. Aamiin...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.