Gadgets

JDT vs Negeri Sembilan Live Streaming 8 Julai 2023 LS16

Pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) akan bertemu Negeri Sembilan FC (NSE) yang dijadualkan berlansung pada hari Sabtu, 8 Julai 2023 , jam 9.00 malam di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Perlawanan JDT vs Negeri Sembilan FC merupakan perlawanan tumpuan dalam saingan Liga Super 2023 minggu keenam belas (LS16). Tuan rumah, Skuad Harimau Selatan sudah pasti akan memastikan pasukan mereka meraih 3 mata penuh bagi mengekalkan rekod tanpa kalah di laman sendiri.

Misi mereka juga untuk mengekalkan kemenangan rekod tanpa kalah sepanjang saingan Liga Super 2023 berlansung selain misi utamanya untuk bergelar Juara Liga Super 2023 buat kesepuluh kalinya. Sehingga LS15, 15 kemenangan dicipta oleh JDT dan terus gah kekal di tangga teratas.

Ini akan menjadi cabaran hebat buat Skuad Jang untuk bersaing dalam saingan LS16 menentang Juara bertahan Liga Super. Prestasi skuad Jang setakat 5 perlawanan terakhir berakhir dengan seri dan kalah dalam satu perlawanan.

Dalam saingan LS15, Negeri Sembilan FC berjaya membawa 1 mata pulang menentang Penang FC dengan terikat 1 sama. Keputusan ini tidak mengubah kedudukan Negeri Sembilan FC di tangga ke 9 dengan 19 mata.


Pembelian tiket perlawanan JDT vs Negeri Sembilan FC

Tiket untuk perlawanan Liga Super antara pasukan Kelab bolasepak JDT dan Negeri Sembilan FC pada 8 Julai 2023 yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim boleh didapati menerusi laman rasmi ticket.tickethotline.com.my

Setiap penyokong hanya boleh membeli empat (4) tiket sahaja. Pemegang pas bermusim hanya perlu menunjukkan pas di pintu masuk untuk masuk ke stadium. Tiket diperlukan untuk penyokong yang berusia 3 tahun ke atas. 

JDT vs Negeri Sembilan Live Streaming 8 Julai 2023 LS16

Siaran Langsung/ Live Streaming JDT vs Negeri Sembilan FC Liga Super 8 Julai 2023 LS16

Penonton di rumah boleh menyaksikan Siaran Lansung Liga Super 2023 JDT vs Negeri Sembilan FC secara lansung di saluran 803 Astro Arena Bola dan Astro GO bagi pelanggan Astro.

Boleh juga tonton secara online menerusi platform penstriman Sooka seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra perlawanan untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Untuk menonton perlawanan LS16 yang lain, boleh tonton di platform penstriman Sooka dengan melanggan pas 1 perlawanan berharga RM7.90.

Live JDT vs Negeri Sembilan FC (LS16)

Waktu siaran : Sabtu, 8 Julai 2023, jam 9.00 malam
Tempat : Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri
Siaran TV/ Platform penstriman  : Astro Arena Bola (CH803), Astro GO dan Sooka

Keputusan masa penuh perlawanan JDT vs Negeri Sembilan FC Liga Super 2023 (LS16)

FT : JDT (2) - (0) NEGERI SEMBILAN FC
 Feroz Baharudin 21'
 Leandro Velázquez 44'

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.