Gadgets

Kedah vs Kelantan United Live Streaming 14 Julai 2023 LS17

Saingan Perlawanan Liga Super kini dah memasuki minggu ketujuh belas (LS17). Perlawanan antara pasukan Sang Kenari, Kedah FC menentang pasukan Sang Kijang Hijau, Kelantan United FC yang dijadualkan pada hari Jumaat, 14 Julai 2023.

Kedah FC akan melayani kunjungan Kelantan United FC di Stadium Darul Aman dan sepak mula akan bermula pada jam 9.00 malam.

Pasukan tuan rumah sudah pasti akan memberikan saingan yang sengit buat pasukan pelawat bagi meraih 3 mata penting di gelanggang sendiri seterusnya mengubah kedudukan yang lebih baik di kelompok 3 teratas Liga Super 2023.

Prestasi pasukan Kedah FC semakin baik setakat ini. Dalam perlawanan LS16 menentang PDRM FC, Kedah berjaya membawa pulang 3 mata penting daripada 28 mata menjadi 31 mata. Walaupun begitu, kedudukan Kedah FC masih kekal di tangga keempat.

baca juga
Keputusan PDRM FC vs Kedah FC LS16

Cabaran buat pasukan Kelantan United FC yang berada di kedudukan kedua tercorot beraksi di tempat lawan yang merupakan pasukan yang hebat dalam kelompok teratas Liga Super 2023. Kedudukan pasukan Kelantan United FC terkini naik satu anak tangga di kedudukan ke-12 dengan 7 mata.

Kelantan United FC berjaya menambah 1 mata dalam perlawanan LS16 menentang Perak FC. "Pulun Kedah Pulun"

baca juga
Keputusan Perak FC vs Kelantan United FC LS16

Terbaru, Kelantan United FC dalam usaha mengukuhkan jentera pertahanan dengan membawa masuk pemain bek tengah (CB) asal Crotia, Dominik Balic pada perpindahan kedua Liga Malaysia 2023. Adakah kemasukan Dominik Balic akan menguatkan lagi benteng pertahanan Sang Kijang Hijau kembali kukuh selepas banyak kali bolos dalam perlawanan sebelumnya.

Walaubagaimanapun, sudah pasti pasukan Kelantan United FC akan tetap bersemangat menentang pasukan lawan. Bak kata pepatah Skuad Sang Kijang Hijau, "Kita Sahut, Kita lawan".

Tiket perlawanan Kedah FC vs Kelantan United FC

Tiket untuk perlawanan Liga Super 2023 antara Kedah FC dan Kelantan United FC pada hari Jumaat, 14 Julai 2023 yang berlangsung di Stadium Darul Aman boleh didapati menerusi laman rasmi ticket.tickethotline.com.my

Tiket fizikal pula akan mula dijual pada hari Jumaat, jam 10.00 pagi di Stadium Darul Aman. 

Harga Tiket (Dewasa)
RM15 Teres (Terbuka)
RM25 Pavilion (Berbumbung)
RM35 Grandstand (Astaka)

Harga Tiket (Kanak-kanak 12 tahun ke bawah)
RM10 Zon Teres & Pavilion (Kaunter B & Kaunter F)
RM20 Zon Grandstand (Terhad 200 tiket sahaja) (Kaunter F Sahaja)
**Semua kanak-kanak akan dikenakan tiket.

Tarikh, masa dan tempat jualan tiket
Jumaat, 14 Julai 2023, jam 10.00 pagi - 9.00 malam
Rehat : 12.30 tengahari - 3.00 petang
Tempat : Kaunter B & F

Kedah vs Kelantan United Live Streaming 14 Julai 2023 LS17

Siaran Langsung dan Live Streaming Kedah FC vs Kelantan United FC Liga Super 14 Julai 2023 LS17

Penonton di rumah boleh menyaksikan Siaran Lansung Liga Super 2023 Kedah FC vs Kelantan United FC dari Stadium Darul Aman secara lansung percuma menerusi saluran TV2 dan Sukan RTM.

Tonton secara online menerusi platform RTMKlik, aplikasi RTMKlik dan juga penstriman Sooka seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra perlawanan secara percuma.

Untuk menonton perlawanan LS17 berbayar yang lain, boleh tonton di platform penstriman Sooka dengan melanggan pas 1 perlawanan berharga RM7.90.

Live Kedah FC vs Kelantan United FC (LS17)

Waktu siaran : Jumaat, 14 Julai 2023, jam 9.00 malam
Tempat : Stadium Darul Aman
Siaran TV/ Platform penstriman : TV2, Sukan RTM dan Sooka

Keputusan masa penuh perlawanan Kedah FC vs Kelantan United FC Liga Super 2023 (LS17)

FT : KEDAH FC/ KDA (3) - (1) KELANTAN UNITED FC/ KLU
Ifedayo Olusegon 55' 74'
 Amiberk Juraboev' 86
 Ismahil Akinade 90+1'


2 comments:

  1. nasib baik x terkompius kelantan united dgn kelantan fc punya entry hehehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.