Gadgets

Merasa Juga Makan Donut Peach, Buah Kayangan Yang Tengah Viral

Selaku pemakan buah-buahan, haruslah mencuba donut peach/ flat peach yang sedang viral tu. Walaupun lambat terjebak dengan fenomena donut peach, tetap nak into the scene juga! 

Hari Sabtu encik suami cuti, jadi kita ambil peluang lah minta encik suami belikan buah donut peach alang alang nak membeli kuih minum petang.

Sepatutnya balik kerja Jumaat tu beli. Tapi dah balik kerja pun lewat, kedai pun dah tutup. Jadinya rezeki datang hari Sabtulah. Encik suami beli di kedai buah Pure Taste Fruits Valley. 4 pcs RM28 kalau tak silaplah. Benda bukan kita bayar memang payah nak ingat. Hiks~

Donut Peach Viral

Donut peach ni kulitnya masih kuning kuning merah. Kata peniaga tu, kalau nak lembut kena tunggu 2 hari lagi. Buahnya elok dan pelbagai rupa bentuk. Rupa buah memang macam donut. Sebab tu dipanggil donut peach. Bukan donut berperisa peach tau!

Dalam bahasa Inggeris, donut peach dipanggil juga dengan nama flat peach. Dari pandangan atas, cantik bentuknya. Mirip benar dengan paras rupa donut gebu.

Donut Peach Viral

Dari pandangan sisi pula ibarat donut peach yang gebu. Masih belum cukup merah sempurna. Kulitnya seperti baldu.

Donut Peach Viral

Dek kerana tak sabar nak rasa, terus basuh satu dan ngap. Ingatkan masam, rupanya manis juga walaupun tak diperam masak merah. Sedang elok rasa dia. Cuma kulit dia rasa kurang best sikit. Mungkin kena tunggu merah betul kulitnya baru sedap rasa kulit tu kot.

Donut Peach Viral

Almaklumlah kita baru pertama kali makan buah peach sebenar. Sebelum ni pernah makan peach dalam tin je. Itupun macam kurang suka sebenarnya. Tak tahu pula donut peach ni sedap. Donut peach pun ada pelbagai jenis.

Yang saya beli ni dari turkey. Ada dari Spain, golden peach dan terbaru yellow peach. Katanya yang golden peach tu sedap, isinya warna kekuningan. Yellow peach pula kulitnya berwarna kuning.

Yang pastinya, buah peach ni memang buah kayangan. Harga bukan biasa-biasa. Sekadar buat beli untuk rasa-rasa bolehlah. Walaupun sedap, tapi macam berkira-kira juga nak membelinya.

Suka dengan buah donut peach ni sebab dia juicy, lembut, manis dan rasa seperti buah plum tapi versi rangup sikit. Kalau tanya mana sedap antara plum dan donut peach, of course saya pilih donut peach. Selain rasa yang sedap, suka juga dengan bau peach yang wangi. 

Buah donut peach ni ada khasiatnya tersendiri. Tapi tak boleh terlebih makan,  makan berpada-pada. Ada juga orang yang alah dengan buah peach ni. Baru-baru ni viral kes makan donut peach sampai masuk hospital tu sebab alahan teruk.

Lepas tu teringat pula scene dalam Movie Parasite yang pembantu rumah tu alergik dengan buah peach. Tak semua orang boleh terima buah donut peach ni. 

Syukur juga tak ada kesan buruk lepas makan. Belum sempat tunggu peram merah masak, saya dah habiskan buah kedua. Hantu buah macam ni lah gayanya. Hiks~

14 comments:

  1. Saya ingatkan dia sejenis donut. Aduh nampak saya kurang membaca.

    ReplyDelete
  2. Mula2 dulu Cuya ingatkan donut yang kuih...rupanya buah...
    setakat ni Cuya belum rasa nak makan lagi..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, buah bukan kuih. Takpe, ada rezeki nanti boleh merasa.

      Delete
  3. Replies
    1. Kot ada benih dan boleh tanam di Malaysia, wak boleh cuba tanam wak.

      Delete
  4. Itulah memula dahulu ingat ia sejenis donut. Semua kata sedap dan mahal. Hehe. Akak tunggu orang belikan untuk rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..bukan. Sejenis buah. A'ah, mahal tapi mujur sedap. Semoga ada rezeki akan merasa nanti.

      Delete
  5. Cantik isi donut peach ini ye Fiza.
    Ramai kata sedap. Kalau begitu memang sedaplah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kulitnya cantik, isinya pun cantik dan sedap manis. Masam sikit sikit berdekatan dengan biji dia tu. Ye, betul. Untuk pemakan buah memang sedaplah.

      Delete
  6. nampak viral org makan sampai kena ke hospital terus takut nk beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah, macam saya cerita tu. Orang ada alahan memang bahaya makan.

      Delete
  7. ada yg alergi sbb bulu2 halus pd buah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh bukan dari isinya ye. Dari bulu halus kulit tu rupanya

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.