Sumpahan Jerunei, Filem Seram 2023 Inspirasi Kisah Sebenar

Azhafizah MN
By -
2
Tonton Filem Sumpahan Jerunei (Curse of the Jerunei), tarikh tayangan pada 27 Julai 2023 di seluruh pawagam Malaysia. Mengikut jadual asalnya, Sumpahan jerunei ditayangkan pada tahun 2020. Kemudian ditunda akibat penularan pandemik COVID-19.

Selain di Malaysia, filem Sumpahan Jerunei ditayangkan di negara luar iaitu United Kingdom dan Amerika Syarikat di Marché du Film sempena Festival Filem Cannes 2022.

Filem Sumpahan Jerunei merupakan filem seram Malaysia 2023 arahan Jason Chong yang berkisarkan tentang adat bersejarah pengebumian bangsawan Melanau di Sarawak dimana penggambaran dibuat pada bulan Ogos dan September 2019 di beberapa lokasi menarik di Sarawak termasuk di Mukah, Siburan dan Santubong.

Sumpahan Jerunei dibintangi oleh barisan pelakon yang terdiri daripada Bront Palarae, Uqasha Senrose, Syafie Naswip, Amerul Affendi, Daiyan Trisha, Tony Eusoff , Ruminah Sidek dan ramai lagi.

FILEM SUMPAHAN JERUNEI

Tarikh tayangan : 27 Julai 2023
Penulis skrip : Jason Chong, Sky Khor, Sofia J. Rhyland & Wendy Wong
Pengarah : Jason Chong
Produksi : Produksi Seni 2020, Primeworks Studios

Tonton Filem Sumpahan Jerunei full movie

PELAKON DAN WATAK

Bront Palarae, Uqasha Senrose, Syafie Naswip, Amerul Affendi, Daiyan Trisha, Tony Eusoff, Ruminah Sidek, Yuyun Hikmah dan ramai lagi

  • Bront Palarae sebagai Dr. Sani
  • Uqasha Senrose sebagai Bee
  • Syafie Naswip sebagai Arjuna
  • Amerul Affendi sebagai Tommy
  • Daiyan Trisha sebagai Hana
  • Tony Eusoff sebagai Madui
  • Ruminah Sidek sebagai Nula
  • Yuyun Hikmah sebagai Matalau

SINOPSIS SUMPAHAN JERUNEI

Filem Sumpahan Jerunei inspirasi daripada upacara pengorbanan sebenar yang bermula sejak abad ke-13, Jerunei menceritakan kisah Dr. Sani dan sepasukan yang pergi mencari isterinya, yang hilang semasa ekspedisi untuk mengkaji Jerunei (Kutub Totem) tertentu. 

Semasa mereka menyisir hutan untuk mendapatkan jawapan, setiap ahli mengalami kejadian halusinasi, sakit yang luar biasa dan ada juga yang mendapati diri mereka terjaga di tempat yang pelik. Keadaan menjadi lebih buruk apabila jasad salah seorang daripada mereka diambil alih oleh roh yang telah dikorbankan di sebuah Jerunei.

sumber info : sumpahan jerunei

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment