Header Ads

Bab 7 : Julai 2023


Berakhirlah sudah bulan Jun menandakan kita telah melalui setengah tahun 2023. Marilah kita melangkah ke muka surat baru bab baru, bulan Julai 2023. Tahu-tahu dah sampai bulan Julai dah. 

Bulan Julai umat Islam akan menyambut Awal Muharram atau Maal Hijrah pada hari Rabu, 19 Julai 2023. Cuti umum bolehlah merancang cuti-cuti. Rasanya macam lama tak bercuti kemana-mana. Otak macam dah tepu pula.

Nak pergi bercuti mencari vitamin sea. Dapat bilik seaview pun okay dah. Nak menikmati permandangan laut, acah-acah healing kononnya. Hotel mana yang ada seaview menarik ye di Port Dickson dan Melaka. Malas nak pergi jauh, dekat-dekat je sudah. Cepat sikit sampainya.

Apa-apa pun semoga dapat melalui Bulan Julai dengan tenang dan semoga yang baik-baik di bulan Julai ni. 

Bab 7 Julai 2023

Page 182/365
Don't force yourself to blend in when you were born
to stand out. Know your worth

 

Cuti umum/ Public holidays Julai 2023

7 Julai (Jumaat) – Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown (Pulau Pinang)
8 Julai (Sabtu) – Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (Pulau Pinang)
19 Julai (Rabu) – Awal Muharram (Cuti Umum)
22 Julai (Sabtu) – Hari Sarawak (Sarawak)
30 Julai (Ahad) – Hari Keputeraan Sultan Pahang

Sambutan pada bulan Julai
Hari Jumaat Terakhir Julai – Sambutan Hari Penghargaan Sistem Pentadbiran (System Administrator Appreciation Day)
2 Julai (Ahad) – Sambutan Hari UFO Sedunia (World UFO Day)
11 Julai (Selasa) – Sambutan Hari Populasi Sedunia (World Population Day)
29 Julai (Sabtu) – Sambutan Hari Harimau Antarabangsa (International Tiger Day)

4 comments:

  1. kejab je dah masuk julai dah.. moga yg baik2 saja utk kita semua

    ReplyDelete
  2. Selamat datang Julai.
    Moga yang baik-baik sahaja akan ditemui sepanjang bulan ini.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.