Gadgets

Bihun Bodo Je Pagi Ni

Malam tadi dah rendam bihun siap-siap. Memang dah rancang nak masak bihun bodo je lah pagi ni. Sebabnya stok sayur sawi nan hado. Kobis pun yilek. Malas nak keluarkan udang jadikan rencah. Kita rencah dengan telur sebiji je sudah. Jadilah kan..taklah dia nampak bodo sangat kosong gitu je.

Biasanya kalau masak bihun macam ni, saya akan buat telur dadar lepas tu potong-potong. Harini hari maha kelam kabut dah macam hari Isnin gayanya. Padahal hari Khamis! Inilah akibatnya bila cuti sehari macam cuti hujung minggu kaedahnya.

Pagi ni saya masak bihun guna blender. Nak cepat nak cepat nak cepat. Blend udang kering, bawang merah, bawang putih dan cili api. Dah tumis, masuk bihun dan pecahkan sebiji telur. Haa dah siap! Masak separuh pek. Sekali masak banyak daaa...

Mujur encik suami makan bertambah. Kalau tidak, jenuh nak habiskan sampai membawa ke petang pun boleh. Ada lah tinggal sikit untuk saya makan tengahari nanti. Makan sorang je, okaylah tu tak payah masak tengahari dah. Boleh fokus pada kerja lain.

Bihun bodo macam ni kadang boleh jadi menu emergency juga bila tetamu datang tak ada bahan-bahan lain. Bodo-bodo pun sedap juga. 

Bihun Bodo

Tak makan udang kering, boleh gantikan dengan ikan bilis. Tapi saya rasa udang kering sedap lagi lah. Ada orang alergik atau tak suka udang kering. Ikut selera masing-masing lah ye. Warna kuning tu sebab guna minyak goreng ayam. 

Pagi ni mendung je. Rasa nak tarik semula selimut. Tapi banyak kerja sedang menanti. Marilah kita bancuh secawan kopi dan menikmati bihun bodo yang sedap ni.

22 comments:

  1. biasanya yang bodo ni lah yg paling sedap..kalau bihun saya suka makan dengan keropok ikan,krupkrap2 habis sebalang keropok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, kalau ada keropok lagi bertambah sedap. Kena standby keropok awal-awal gitu.

      Delete
  2. Morning! Sejuk sejuk ni memang sedap minum kopi. Bihun bodo pun nampak sedap je tuuuu 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..nikmat betul kopi panas dengan bihun goreng waktu sejuk sejuk ni.

      Delete
  3. Selalunya yang ringkas macam ini yang buat bertambah..

    ReplyDelete
  4. Saya selalu bawa bekal bihun bodo juga, tapi bubuh peha ayam goreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi sedap tu kak Amie letak paha ayam goreng. Tak jadi bihun bodo dah dia. hihi...

      Delete
  5. kalau sy mesti ada telur mata tu hehehe tak pun hirisan timun hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Timun pun habis stok. Telur mata takdan nak goreng. hihi..betul betul bodo bihun ni.

      Delete
  6. Sedap tuh! Janji encik suami bertambah,ok la tu...Kalau kosong sangat, biasa saya makan je dengan sos...Huhu..Simple ever...

    ReplyDelete
  7. selalunya yang bodoh2 ni memang sedap dia semacam..lagi2 bila lapar. HAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..selalunya camtu lah. kalau lapar semua benda auto jadi sedap. hihi...

      Delete
  8. Kuning mihunnya, tidak nampak telur pecahnya. Takpe asal sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah , saya ada mention guna minyak goreng ayam. Itu yang jadi kuning. Telur pun tak nampak sebab hancur sangat kot atau duduk bawah bihun.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.