Gadgets

13 Resipi Kuih Kaswi Gedik Viral Pelbagai Perisa Sukatan Cawan Yang Mudah

Tak sangka, kuih kaswi tiba-tiba jadi viral. Yang viral tiba-tiba tu pula kuih kaswi pandan yang diberi nama kaswi pandan gedik. Gedik tu sebab kuih kaswi tu kenyal dan lembut. Goyang sikit je dah bergedik kuih kaswinya pun.

Selain itu, ada pelbagai perisa kuih kaswi gedik. Berikut 13 resipi kuih kaswi gedik viral pelbagai perisa sukatan cawan yang mudah. Pelbagai variasi kaswi dengan perisa dan warna-warna yang menarik dengan bekas acuan kaswi twister dan bunga yang cantik.

1. RESIPI KUIH KASWI KELEDEK UNGU oleh Nor aini abdul Rahman

RESIPI KUIH KASWI KELEDEK UNGU

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
2⅓ cawan air
¾ cawan gula
1 cawan keledek Ungu
sedikit garam
pewarna ungu

Kuah santan
1 kotak santan kecik 65ml
1 cawan air
2 sb tepung beras
1 sudu kecil garam

Cara-cara
Kukus dlu keledek sehingga lembut, masukkan kedalam blender/chopper, masukkan juga bahan-bahan lain dan kisar sampai sebati. Acuan sapu dengan minyak, tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit... Kuah santan tu masak sehingga meruap dan pekat... Sangai bijan sehingga keperangan , tabur atas santan.

2. RESIPI KASWI PANDAN oleh Norhayati basri

RESIPI KASWI PANDAN

Bahan-bahan
1 cawan Tepung Gandum
¾ cawan Tepung Ubi
1 cawan gula pasir
½ cawan santan kotak
2½ cawan air daun pandan (pandan diblend dgn 3 cawan air)
2 sudu air kapur
sedikit garam

Cara-cara
  1. Bancuh semua bahan diatas. Kemudian tapis.
  2. Tuang dlm acuan dan kukus selama 20 minit.
  3. Tggu kaswi sejuk, baru keluarkan dari acuan.

Resepi guna sukatan metrik
Kaswi Pandan (70pcs)
Resepi alia akhir

240g Tepung Ubi
200g Tepung Gandum
340g Gula
1 teaspoon garam
900g Air Pandan
100g Santan
3 teaspoon air kapur

Kacau sebati tapis dan kukus selama 20 minit

KELAPA
½ biji kelapa parut putih
garam
daun pandan

Cara-cara
kukus semua bahan selama 5minit

3. RESIPI KASWI JAGUNG oleh Nor aini abdul Rahman

RESIPI KASWI JAGUNG

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
½ cawan tepung ubi kayu
3 sb tepung jagung
¾ cawan gula
1 cawan santan cair
1 cawan air
2 sb air kapur
sedikit garam
2 sb sweet corn cream
pewarna kuning telur

Cara penyediaan
Campurkan semua bahan, kacau sebati (boleh blender). Acuan sapu dengan minyak sikit. Tuang adunan sehingga penuh dan kukus selama 20 minit. Untuk resepi ni dapat dalam 24 biji

KELAPA
½ biji kelapa parut putih
garam
daun pandan

Cara-cara
kukus semua bahan selama 5minit

4. RESIPI KASWI KACANG MERAH oleh Yana Abu Hussin

RESIPI KASWI KACANG MERAH

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
½ cawan tepung ubi
2 cawan air biasa/1/2 cawan susu cair.
2 sb air kapur
¾ cawan gula 1cawan kacang merah dlm tin hancurkn sedikit.
sedikit garam
sedikit pewarna merah jambu

kuah santan
1½ cawan santan
3 sb tepung beras
1 sudu kecil garam

Kuah santan pula masak dengan api perlahan sehingga meruap meletup-meletup. Kena sentiasa kacau. Kuah ni akan jadi kental bila dah sejuk.

*Atas kuah santan tu boleh tabur dengan sedikit bijan atau kacang merah.

5. RESIPI KASWI DURIAN oleh Nor aini abdul Rahman

RESIPI KASWI DURIAN

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
½ cawan tepung ubi
½ cawan gula
2½ cawan air masak
3 ulas durian
1 sb air kapur
sedikit garam
sedikit pewarna kuning

Kisar semua bahan. Tuang adunan ke dalam acuan. Kukus selama 15 minit. Tunggu kuih sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan.

KELAPA
½ biji kelapa parut putih
garam
daun pandan

Cara-cara
kukus semua bahan selama 5minit

6. RESIPI KASWI SIRAP oleh Norhayati basri

RESIPI KASWI SIRAP

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 cawan gula
4 cawan air + pati sirap
1 sudu besar air kapur

KELAPA
½ biji kelapa parut putih
garam
daun pandan

Cara-cara
kukus semua bahan selama 5minit

7. RESIPI KASWI GULA MERAH oleh Wan za

RESIPI KASWI GULA MERAH

Bahan-bahan
1 cawan gula merah
1 cawan gula putih
Cairkan gula di atas dengan 2 cawan air
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan tepung ubi
3 cawan air
1 st rata kapur

Cara-cara
  1. Tunggu air gula sejuk. Selepas tu sebatikan semua bahan. 
  2. Tapis supaya tidak berketul.
  3. Masukkan dalam acuan yang telah disapu sedikit minyak. 
  4. Kukus selama 15 ke 20 minit.
  5. Sejukkan dan boleh dimakan dengan kelapa yang diletakkan sedikit garam.
*Boleh letak daun pandan semasa cairkan gula

8. KASWI PANDAN SANTAN Norhayati basri

KASWI PANDAN SANTAN

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
½ cawan tepung ubi
2½ cawan air pandan
2 sb air kapur
¾ cawan gula
sedikit garam
sedikit pewarna hijau

kuah santan
1½ cawan santan
3 sb tepung beras
1 sudu kecil garam

Adunan kaswi tu blend 4 helai daun pandan, tapis serta masukkan bahan-bahan lain dan kacau. Kukus kuih 15 minit (acuan twister sapu minyak sikit).

Kuah santan pula masak dengan api perlahan sehingga meruap meletup-meletup. Kena sentiasa kacau. Kuah ni akan jadi kental bila dah sejuk.

*Kat atas kuah santan tu tabur dengan sedikit bijan.

9. KASWI KENTANG

KASWI KENTANG

Bahan-bahan
500gm kentang yg telah dibuang kulit ~ direbus
300gm gula pasir
500ml santan sederhana pekat
700ml air
300gm tepung sagu
150gm tepung gandum
50gm tepung jagung
1st garam
1st kapur masakan
1st esen vanilla
Pewarna kuning lemon
Daun pandan ~ disimpul
Kelapa parut putih + sedikit garam ~ dikukus sebentar

Cara cara
1. Satukan semua bahan kecuali daun pandan. Gaul sebati kemudian mesin hingga halus.
2. Masukkan dalam periuk bersama daun pandan dan masak sekejap sehingga naik wap.
3. Sapu acuan dengan sedikit minyak masak. Tuang adunan hingga penuh kemudian kukus selama 15 - 20 minit dengan api sederhana.
4. Sejukkan dulu dan keluarkan dari acuan. Golekkan dalam kelapa parut yang telah dikukus sebentar.
(Credit utk pemilik resepi)

10. RESIPI KASWI KELADI oleh Norhayati basri

RESIPI KASWI KELADI

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 cawan keladi dilecek (ditimbang setelah dilecek)
3 per 4 (3/4) cawan gula
2 setengah cawan santan
Setengah sudu teh air kapur
Setengah sudu teh garam
Pewarna purple (saya gunakan yam paste)

Kukus dlu keledek sehingga lembut, masukkan kedalam blender/chopper, masukkan juga bahan-bahan lain dan kisar sampai sebati. Acuan sapu dengan minyak, tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit...

KELAPA
½ biji kelapa parut putih
garam
daun pandan

Cara-cara
kukus semua bahan selama 5minit

11. RESIPI KASWI 2 BENUA oleh Norhayati basri

RESIPI KASWI 2 BENUA

Bahagian warna cokelat guna resepi kaswi gula merah.
Bahagian warna hijau guna resepi kaswi pandan.

Cara kukus sama seperti kuih kaswi yang lain. Step pertama letakkan lapisan pertama. Kukus separuh masak dan tuang lapisan kedua.

12. RESIPI KASWI KACANG HIJAU Norhayati basri

RESIPI KASWI KACANG HIJAU

Bahan-bahan
1 cawan tepung kacang hijau
1 cawan tepung ubi kayu
1 cawan kacang hijau sudah direbus (kalau letak 1 setengah cawan lagi sedap)
3 per 4 (3/4) cawan gula pasir (kalau letak gula merah atau brown sugar, rasa dulu manis atau tak)
2 setengah cawan santan
Setengah sudu teh air kapur
Setengah sudu teh garam

Adun semua bahan. Sapu acuan dengan minyak. Tuang adunan dan kukus 20 minit.

KELAPA
½ biji kelapa parut putih
garam
daun pandan

Cara-cara
kukus semua bahan selama 5minit

13. RESIPI KASWI LABU oleh Norhayati basri

RESIPI KASWI LABU

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 cawan labu dilecek (ditimbang setelah dilecek)
3 per 4 (3/4) cawan gula
2 + 1/3 cawan santan
Setengah sudu teh air kapur
Setengah sudu teh garam

Rebus dlu labu sehingga lembut, masukkan kedalam blender/chopper, masukkan juga bahan-bahan lain dan kisar sampai sebati. Acuan sapu dengan minyak, tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.

KELAPA
½ biji kelapa parut putih
garam
daun pandan

Cara-cara
kukus semua bahan selama 5 minit

Sumber resipi & gambar : Resepi Kuih Muih

10 comments:

  1. Cuya tkthu pon kuih kaswi viral sampaila abg Cuya duk sebut2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh ye ke. Lambat sikit sampai berita viral kat Cuya. Hehe...

      Delete
  2. Cantik2 pula tengok kaswi pelbagai warna

    ReplyDelete
  3. wah..mcm2 perasa & warna ni... nice.. tq for sharing.
    nak kena order acuan jugak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, ada bermacam-macam perisa, warna dan bentuk. Kena order acuan twister ni atau mawar tu cantik juga.

      Delete
  4. wahhhh berpinar mata nak pilih resepi mana yg lbh sedappp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua nampak sedap kan Anies. Cuma ada beberapa je yang macam kurang sikit.

      Delete
  5. Ya ampun!
    Mana satu nak terkam dulu ni Fiza.
    Semuanya cantik.
    Semuanya nampak sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..faham perasaan tu kak Amie. Kalau ada depan mata memang tak tahu nak ambil mana satu. kena ambil semua. Menarik ada pelbagai perisa, warna dan corak. Kalau rajin boleh cuba buat perisa mana yang menarik selera.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.