Drama Bukan Cinta Sempurna (Astro Ria)

Azhafizah MN
By -
2
Setelah lama tidak berlakon drama, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat kembali berlakon dalam Drama Bukan Cinta Sempurna bersama pelakon Fadlan Hazim yang memegang watak utama.

Drama Bukan Cinta Sempurna yang merupakan drama adaptasi novel siri 'Cafe Con Aroma' turut dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat yang lain iaitu Shah Iskandar, Neera Azizi, Alif Hadi, Qistina Khaled, Saidah Kamarudin, Nick Naim, Syazir Shafein, Amar Baharin, Hanna Aqeela, Emelda Rosemila, Ziela Jalil dan ramai lagi.

Bukan Cinta Sempurna disiarkan mulai 31 Julai 2023 setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6:00 petang di Slot Tiara Astro Ria dan Astro GO untuk tontonan yang lebih fleksibel. Juga boleh tonton secara online di platform penstriman Sooka.

Drama Bukan Cinta Sempurna 50 episod ini diarahkan oleh Azri Izhar bersama MP Roslin MD Sharif dan diterbitkan oleh syarikat Produksi Global Station Sdn. Bhd.

DRAMA BUKAN CINTA SEMPURNA

Jumlah episod : 50
Mula siaran : 31 Julai 2023
Waktu siaran : Isnin – Jumaat, 6:00 petang
Siaran TV/ Platform penstriman : Astro Ria, Astro GO dan Sooka
Pengarah : Azri Izhar & MP Roslin MD Sharif
Produksi : Global Station Sdn Bhd

Drama Bukan Cinta Sempurna Astro Ria

PELAKON

Pelakon Drama Bukan Cinta Sempurna dijayakan oleh Fadlan Hazim, Ayda Jebat, Shah Iskandar, Neera Azizi, Alif Hadi, Qistina Khaled, Saidah Kamarudin, Nick Naim, Syazir Shafein, Amar Baharin, Hanna Aqeela, Emelda Rosemila, Ziela Jalil dan ramai lagi.

WATAK PELAKON

  • Fadlan Hazim sebagai Luqman
  • Ayda Jebat sebagai Qistina
  • Shah Iskandar sebagai Aniq
  • Neera Azizi sebagai Marina
  • Alif Hadi sebagai Benjamin
  • Qistina Khaled sebagai Diana
  • Saidah Kamarudin sebagai Nadia
  • Nick Naim sebagai Omar
  • Syazir Shafein sebagai Badrul

SINOPSIS BUKAN CINTA SEMPURNA

Qistina merupakan seorang gadis miskin yang bekerja di ladang milik keluarga Luqman bersama ibunya. Malang yang menimpa keluarga Luqman turut terpalit pada Qistina yang telah jatuh cinta dengan Luqman. 

Drama Bukan Cinta Sempurna Astro Ria

Fitnah yang ditaburi oleh Aniq dan keluarga Luqman terhadap Qistina bakal mengubah haluan hubungan mereka.

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment