Filem Mat Tudung Begins, Tayangan Di Pawagam Pada 3 Ogos 2023 Arahan Pertama Dato' Fizz Fairuz

Azhafizah MN
By -
2
Filem Mat Tudung Begins, tarikh tayangan di pawagam seluruh Malaysia pada hari Khamis, 3 Ogos 2023. Mat Tudung Begins merupakan arahan pertama Dato' Fizz Fairuz yang juga pelakon dalam filem ini.

Turut berlakon dalam Filem Mat Tudung Begins adalah barisan artis-artis popular seperti Achey, Isyariana, Fazlina Ahmad Daud dan Kazar Saisi serta influencer popular media sosial iaitu Maryam Durian Kimchi dan Mimi Peri.

Mat Tudung Begins adalah filem prekuel Filem Mat Tudung (2014) yang dibintangi oleh Dato' Fizz Fairuz sebagai pelakon utamanya dengan watak Johari/ Johanna.

Selepas 9 tahun, Dato' Fizz mengambil peluang untuk menghasilkan filem kedua, Mat Tudung Begins sendiri sebagai pengarah dan juga sebagai penerbit. Akan tetapi, filem ini bukanlah kesinambungan kepada jalan cerita filem pertama, Mat Tudung (2014).

Mat Tudung Begins adalah kisah yang berlaku sebelum Mat Tudung pertama dan sebab itulah tajuknya Mat Tudung Begins yang sarat dengan elemen-elemen komedi yang lebih kelakar berbanding sebelumnya.

Menerusi filem ini juga menjelaskan tentang bagaimana Johari boleh belajar menjadi Mat Tudung dan rakan yang mencetuskan idea untuk dia menyamar. Ia masih mengekalkan tema cerita sama, penyamaran menjadi seorang perempuan untuk menyelesaikan masalah yang melanda sebuah keluarga.

Lokasi penggambaran Filem Mat Tudung Begins dijalani di sekitar Kuala Lumpur, Damansara dan Genting Highland.

FILEM MAT TUDUNG BEGINS

Tarikh tayangan : Khamis, 3 Ogos 2023
Penulis skrip : Aloy Paradoks
Pengarah : Dato' Fizz Fairuz
Produksi : Rain Maker Creation Sdn. Bhd.

Filem Mat Tudung Begins

PELAKON DAN WATAK 

Pelakon Mat Tudung Begins dibintangi oleh Dato Fizz Fairuz, Achey, Maryam Durian Kimchi, Isyariana, Kazar Saisi, Fazlina Ahmad Daud, Abang Gee, Mimi Peri dan ramai lagi
  • Dato Fizz Fairuz sebagai Johari / Johanna
  • Achey sebagai Sabri / Sabrina
  • Isyariana sebagai Neesa
  • Maryam Durian Kimchi sebagai Datin Mun
  • Kazar Saisi sebagai Datuk Wahab
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Madam Lola
  • Abang Gee sebagai Abang Gee
  • Mimi Peri

SINOPSIS MAT TUDUNG BEGINS

Mat Tudung Begins mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Johari yang bekerja di sebuah hotel. Hotel tempat dia berkerja bakal menerima kedatangan juri The Forbest – iaitu sebuah badan penilai yang akan membuat penilaian sama ada hotel berkenaan layak mendapat tambahan bintang atau tidak. 

Namun beitu, pihak hotel diberitahu bahawa juri akan datang secara rahsia dan membuat penilaian selama satu minggu. Ini sangat menggusarkan Abang Gee iaitu pengurus hotel tersebut. Kemudian Johari bersama rakan sekerjanya, Sabri mula mengesyaki bahawa sebuah keluarga yang datang menginap di situ adalah juri The Forbest. 

Ini kerana lagak dan gerak-geri keluarga Dato Wahab dan Datin Mun bersama anak mereka, Neesa sangat mencurigakan dan mereka tidak kelihatan seperti keluarga yang sebenarnya. Johari juga cuba mendekati Neesa, tetapi gagal. 

Akhirnya Johari menggunakan kaedah menyamar menjadi seorang wanita bertudung bernama Johana, semata-mata mahu rapat dan mendekati Neesa.


Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. untung orang korea datang Malaysia, jadi artis..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..selebriti ekspress gitu. Rezeki dia popular disini.

      Delete
Post a Comment