Gadgets

Sabah vs Kuching City Live Streaming 8 Julai 2023 LS16

Perlawanan ke-108 minggu keenam belas Liga Super 2023  melibatkan pasukan Sabah FC bertemu Kuching City yang dijadualkan berlansung pada hari Sabtu, 8 Julai, jam 5.30 petang di Stadium Likas, Sabah.

Pasukan tuan rumah, Skuad The Rhinos akan melayani kunjungan Skuad Skuad The Cats dalam saingan LS16 bagi meraih 3 mata penting. Pada saingan LS15 yang lalu, pasukan Sabah FC berjaya mengembalikan semula prestasi cemerlang menang bergaya dengan meledak 3 gol tanpa balasan gol menentang pasukan Kelantan United FC.

Walaubagaimanapun, Sabah FC masih mengekalkan kedudukan di tangga kelima dengan 27 mata. Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata akan menurunkan dua pemain import baharu Sabah FC, Miguel Angel Garrido Cifuentes dan Ramon Machado de Macedo dalam perlawanan menentang Kuching City FC.

Pasukan Kuching City FC terpaksa akur dengan kekalahan menentang Selangor FC dengan jaringan 2 gol berbalas 1. Dengan keputusan itu, Kuching City FC juga kekal di tangga ke-12 dalam carta Liga Super 2023.


Pembelian tiket perlawanan Sabah FC vs Kuching City FC

Tiket untuk perlawanan Liga Super antara Sabah FC dan Kuching City FC pada hari Sabtu, 8 Julai 2023 yang berlangsung di Stadium Likas boleh didapati menerusi laman rasmi ticket.tickethotline.com.my

Sabah vs Kuching City Live Streaming 8 Julai 2023 LS16

Siaran Langsung/ Live Streaming Sabah FC vs Kuching City FC Liga Super 8 Julai 2023 LS16

Penonton di rumah boleh menyaksikan Siaran Lansung Liga Super 2023 Sabah FC vs Kuching City FC secara lansung percuma menerusi saluran TV Okey dan Sukan RTM. 

Atau boleh tonton secara online live streaming menerusi platform RTMKlik, aplikasi RTMKlik dan juga penstriman Sooka seawal jam 5:00 petang bermula dengan siaran pra perlawanan secara percuma untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Untuk menonton perlawanan LS16 yang lain, boleh tonton di platform penstriman Sooka dengan melanggan pas 1 perlawanan berharga RM7.90.

Live Sabah FC vs Kuching City FC (LS16)

Waktu siaran : Sabtu, 8 Julai 2023, jam 5.30 petang
Tempat : Stadium Likas, Sabah
Siaran TV/ Platform penstriman  : TV Okey , Sukan RTM dan Sooka

Keputusan masa penuh perlawanan Sabah FC vs Kuching City FC Liga Super 2023 (LS16)

FT : SABAH (4) - (3) KUCHING CITY FC
 Saddil Ramdani 12'
 Ramon 27', 90+3'
 Amir Amri Bin Salleh 55'
 Stuart Wilkin 58'
 Abu Kamara 67', 86'

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.