Gadgets

Kuching City vs Kedah Live Streaming 29 Julai 2023 LS18

Perlawanan seterusnya melibatkan pasukan Kuching City FC bertembung pasukan Kedah FC yang akan berlansung pada hari Sabtu, 29 Julai 2023 di Stadium Negeri, Sarawak. Sepak mula akan dimulakan pada jam 8:15 malam.

Skuad The Cats akan menerima kunjungan Skuad Sang Kenari bagi merebut 3 mata berharga dalam liga. Tugas yang agak sukar buat pasukan tuan rumah, Kuching City FC menentang pasukan Kedah FC yang kini berada di tempat ketiga Liga Super 2023.

Walaupun bermain di tempat sendiri dan memberi kelebihan kepada tuan rumah, namun pasukan Kuching City FC tidak boleh mengambil mudah. Misi mereka untuk menang di tempat sendiri dan seterusnya dapat menambah mata dalam carta liga.

Ini merupakan perlawanan kedua bagi pasukan Kuching City FC dibawah kendalian caretaker Firdaus Morshidi. Dalam perlawanan LS17 yang lalu, pasukan Kuching City tewas menentang Perak FC dengan keputusan 1-2.

Pasukan Kedah pula berjaya mencetak 3 gol berbalas 1 ketika menentang Kelantan United sekaligus menambah 3 mata penting dalam carta liga.

baca juga

Kuching City FC vs Kelantan FC (LS18)

Waktu siaran : Sabtu, 29 Julai 2023, jam 8:15 malam
Tempat : Stadium Negeri, Sarawak
Siaran TV/ Platform penstriman : Astro Arena Bola (CH803), Astro GO, Sooka

Kuching City vs Kedah Live Streaming 29 Julai 2023 LS18

Tiket perlawanan Kuching City FC vs Kedah FC

Pembelian tiket untuk perlawanan Liga Super antara pasukan Kuching City FC dan Kedah FC yang berlansung pada hari Sabtu, 29 Julai 2023 di Stadium Negeri boleh mendapatkan tiket melalui laman web rasmi tickethotline.com.my.

Tiket fizikal akan dijual pada hari perlawanan hari Sabtu, 29 Julai 2023 di Stadium.

Siaran Langsung dan Live Streaming Kuching City FC vs Kedah FC LS18 29 Julai 2023

Peminat bola sepak di rumah boleh menonton Siaran Lansung Liga Super 2023 Kuching City FC vs Kedah FC dari Stadium Negeri secara lansung menerusi saluran 803 Arena Bola dan Astro GO seawal jam 8:00 malam bermula dengan siaran pra-perlawanan.

Penonton juga boleh menyaksikan perlawanan ini di platform penstriman Sooka dengan melanggan pas 1 perlawanan berharga RM7.90 untuk pilihan yang lebih fleksibel tonton online dimana sahaja berada.

Keputusan masa penuh perlawanan Kuching City FC vs Kedah FC LS18 2023

FT : KUCHING CITY FC/ KUC (0) - (1) KEDAH FC/ KDA
 Ifedayo Olusegun 39'

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.